Istiadat Pengebumian Permaisuri Fabiola

Jumaat lepas Negara Belgium telah mengadakan Istiadat Pengebumian Negara bagi bekas Permaisuri mereka, Permaisuri Fabiola. Istiadat diadakan di Gereja Cathedral of St Michael and St Gudula. Keranda baginda dilitupi dengan Bendera Rasmi Negara


Keranda Permaisuri Fabiola di bawa keluar dari Istana Château de Laeken untuk dibawa ke Gereja Cathedral of St Michael and St Gudula sambil diiringi oleh kawalan tentera berkuda
Ketibaan Maharani Jepun, Maharani Michiko bagi mewakili Maharaja Akihito dan Kerajaan Jepun
Ketibaan Puteri Maha Chakri Sirindhorn, anakanda kedua Raja Thailand mewakili ayahandanya Raja Bhumibol dan Kerajaan Thailand
Ketibaan Putera Moulay Rachid El Alaoui adinda Raja Maghribi mewakili kekandanya Raja Mohammed VI dan kerajaan Maghribi
 Bekas Ratu Belanda, Puteri Beatrix mewakili anakandanya Raja Willem-Alexander dan kerajaan Belanda
Raja Harlad V dan kekandanya Puteri Astrid mewakili Kerajaan Norway
Raja Carl XVI Gustav dan Permaisuri Silvia mewakili Kerajaan Sweden
Ratu Margrethe II mewakili kerajaan Denmark
Bekas Maharani Iran, Maharani Farah Pahlavi
Bekas Raja Sepanyol, Raja Juan Carlos dan isterinya, Permaisuri Sofia hadir mewakili anakandanya Raja Felipe V dan kerajaan Sepanyol. Kelihatan Permaisuri Sofia sedang berbual dengan sahabat karibnya Puteri Beatrix
Pemerintah Luxembourg Grand Duke Henri dan isterinya Grand Duchess Maria Teresa. Grand Duke Henri merupakan anakanda saudara Permaisuri Fabiola
Anakanda Grand Duke Henri Putera  Prince Guillaume dan isterinya Puteri Stephanie
Bekas pemerintah Luxembourg; Grand Duke Jean memerintah dari 1964 sehingga 2000 sebelum mengambil keputusan turun takhta untuk memberi laluan kepada anakanda sulungnya, Grand Duke Henri. Grand Duke Jean merupakan kekanda ipar kepada Permaisuri Fabiola

Setelah semua tetamu khas kerajaan mengambil tempat di dalam Gereja, Ahli keluarga Permaisuri Fabiola dari Belgium dan Luxembourg menunggu ketibaan keranda baginda
Keranda baginda tiba di Gereja
dari Kiri: Permaisuri Paola, Raja Albert II, Permaisuri Mathilde dan Raja Phillipe menunggu ketibaan keranda di luar gereja

Keranda diusung masuk dikuti dengan kerabat diraja Belgium dan Luxembourg
Putera Gabriel, 11 ditenangkan oleh ibunya Permaisuri Mathilde. Gabriel mempunyai hubungan yang rapat dengan Permaisuri Fabiola
Selesai sahaja Istiadat di Gereja Keranda diusung keluar untuk dibawa ke tempat persemadian baginda. Permaisuri Fabiola disemadikan disebelah pusara suaminya, Raja Badouin di Church of Our Lady of Laeken. Walaubagaimanapun istiadat ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kerabat terdekat dan tetamu jemputan. Setelah istiadat pengebumian selesai Raja Phillipe dan Permaisuri Mathilde mngadakan sedikit jamuan makan tengah hari bagi jemputan khas negara.

Kereta khas yang membawa keranda Permaisuri Fabiola dan tetamu kerajaan diiringi kereta peronda polis ke Church of Our Lady of Laeken untuk istiadat tertutup

Senarai Penuh tetamu kerajaan yang hadir
  •  His Royal Highness Grand Duke Henri of Luxembourg and Her Royal Highness Grand Duchess Maria Teresa of Luxembourg
  • His Royal Highness Prince Guillaume, Hereditary Grand Duke of Luxembourg and Her Royal Highness Stéphanie, Hereditary Grand Duchess of Luxembourg
  • His royal Highness Grand Duke Jean of Luxembourg
  • Her Royal Highness Princess Marie-Astrid of Luxembourg and His Imperial and Royal Highness Archduke and Prince Carl Christian of Austria
  • His Royal Highness Prince Jean of Luxembourg and Her Exellency Countess Diane of Nassau
  • Her Royal Highness Princess Margaretha of Luxembourg and His Serene Highness Prince Nikolaus of Liechtenstein
  • His Royal Highness Prince Guillaume of Luxembourg and Her Royal Highness Princess Sibilla of Luxembourg
  • His Majesty King Juan Carlos and Her Majesty Queen Sofia of Spain 
  •  Her Majesty Queen Margrethe II of Denmark
  •  Her Imperial Majesty The Empress of Japan, Empress Michiko
  • Her Royal Highness Princess Beatrix of the Netherlands
  • His Majesty King Harald V of Norway and His Highness Princess Astrid of Norway
  • His Majesty King Carl XVI Gustav of Sweden dan Her Majesty Queen Silvia of Sweden
  • Her Royal Highness Princess Sirindhorn of Thailand
  • His Royal Highness Prince Moulay Rachid of Morocco
  • His Royal Highness Sheikh Nasser Al-Mohammad Al-Ahmad Al-Sabah of Kuwait
  • His Royal Highness Prince Eudes d'Orléans, Duc et Duchesse d'Angoulême
  • Her Imperial Majesty Empress Farah Diba of Iran
  • His Serene Highness Prince Hans Adam of Liechtenstein
  • His Royal Highness Dom Duarte of Portugal, The Duke of Braganca
  • His Royal Highness Prince Victor-Emmanuel of Savoie, The Prince of Naples
  • His Imperial and Royal Highness Archduke Karl of Austria
  • His Highness Prince Michel, 14th Prince of Ligne
  • His Serene Highness Prince Charles-Louis of Arenberg
  • Her Royal Highness Princess Helene of France
  • His Royal Highness Prince Carlo Duke of Castro and Her Royal Highness Princess Camilla of Bourbon-Two Sicilies, Duchess of Castro
  • His Imperial Highness Grand Duke George of Russia
  • His Majesty King Fouad II of Egypt
  • Her Royal Highness Princess Francoise of Lobkowicz, Princess of Bourbon-Parma
  • Her Serene Highness Prince Charles Henri de Lobkowicz
  • His Imperial and Roral Highness Archduke Carl Christian of Austria
  • His Royal Highness Duke Michael of Württemberg
  • His Royal Highness Hereditary Countess Mathilde von Waldburg zu Zeil und Trauchburg, Duchess of Württemberg 
Tiada wakil rasmi dari keluarga diraja Britain dan Monoca. Ketidakhadiran wakil dari keluarga diraja ini dikecam oleh media eropah kerana tidak sensitif dengan kematian seseorang yang pernah memegang jawatan 'Queen' selama 33 tahun bagi Belgium.
 His Majesty King Baudouin of Belgium
(7 September 1930 - 31 Julai 1993)

Her Majesty Queen Fabiola of Belgium
(11 Jun 1928 - 5 Disember 2014)

Ulasan

Catatan Popular