KERABAT DIRAJA JEPUN HADIRI MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEMPENA TAHUN BARU 2016

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEMPENA TAHUN BARU 2016
------------------------------------------------------------------------------------------ 

Majlis Makan Malam Tahunan sempena tahun baru merupakan istiadat rasmi kerajaan yang akan diadakan pada 1 Jan setiap tahun. Pada Majlis ini Maharaja Akihito dan Maharani Michiko akan menerima menghadap
  • Semua Ahli Keluarga Diraja Jepun
  • Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat
  • Presiden dan Timbalan Presiden Dewan Negara
  • Perdana Menteri dan Ahli-ahli kabinet kerajaan
  • Ketua Hakim dan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan
  • Gabenor dan Para Perwakilan Asing bersama isteri masing-masing


 Keberangkatan tiba Keluarga Diraja
Berbaris dari hadapan: Kiko, Princess Akishino; Princess Mako of Akishino; Princess Kako of Akishino; Hanako, Princess Hitachi; Nobuko, Princess Tomohito of Mikasa; Princess Akiko of Mikasa; Princess Yōko of Mikasa; Hisako, Princess Takamado; Princess Tsuguko of Takamado; Princess Ayako of Takamado 
Putera Mahkota Naruhito, Putera Akishino dan Putera Masahito (berkerusi roda)

Maharaja Akihito menyampaikan titah ucapan diraja sempena tahun baru 2016. Turut berangkat sama ke majlis ini adalah Maharani Michiko. Majlis ini merupakan upacara rasmi tahunan kerajaan dimana setiap jemputan bagi lelaki akan memakai meskit dan bagi perempuan memakai gaun yang sesuai. Bagi kerabat diraja perempuan mereka akan memakai selempang darjah bersama dengan tiara masing-masing yang dihadiahkan dari Maharaja Akihito. Walaubagaimanapun, Maharani Michiko tidak memakai tiara untuk menghadiri majlis ini. Kali terakhir baginda memakai tiara dalam majlis-majlis rasmi kerajaan adalah pada thun 2012 akibat dari faktor usia dan kecederaan pada leher.

Dari kiri: Puteri Kiko (menantu), Puteri Mako (cucu), Puteri Kako (cucu) dan Puteri Hanako (adinda ipar)

Ulasan

Catatan Popular