HAPPY BIRTHDAY YOUR MAJESTY

Puteri Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan pada 21 April 1926. Puteri ini merupakan anakanda sulung kepada Duke dan Duchess of York. Kehidupan puteri ini pada awalnya hanya sebagai puteri diraja yang tidak popular dan bukan menjadi tumpuan media. Tiada siapa pun dapat menyangka bahawa gadis kecil ini, suatu hari nanti akan memerintah England. Kehidupan diraja bagi Puteri Elizabeth, Puteri Margaret bapa mereka, Putera Albert dan ibunya Lady Elizabeth Bowes-Lyon pada ketika itu jauh dari lensa media kerana tumpuan tentunya lebih terarah kepada Prince of Wales ketika itu Putera Edward. Status Putera Edward yang ketika itu masih bujang apabila diangkat menjadi Raja England menyebabkan media sering kali "memburu" kemana sahaja baginda berada.

Puteri Elizabeth Alexandra Mary ketika berusia 5 tahun pada 22 Januari 1931


Tempat lahir Puteri Elizabeth bukan di Istana sebaliknya hanya di sebuah kediaman kecil milik datuk sebelah ibunya di 17 Bruton Street, Mayfair. pada hari ini, bangunan ini merupakan sebuah restoran namun pihak Bandaraya London telah mengambil inisiatif dengan meletakkan papan tanda kecil sebagai memperingati tempat kelahiran Ratu Elizabeth II.

Perkara ini berubah sekelip mata, apabila ayahanda saudaranya, Raja Edward VIII bertindak turun takhta untuk berkahwin dengan gadis pilihannya. Perkahwinan Raja Edward VIII dengan Wallis Simpson mendapat tentangan hebat dari gereja England memaksa baginda melepaskan jawatan sebagai pemerintah. Pada 11 Disember 1936,  takhta kerajaan akhirnya diserahkan kepada adindanya, Putera Albert (Ayahanda Ratu Elizabeth II). Bonda mereka, Permaisuri Mary begitu terkilan dengan tindakan anakandanya itu namun tidak membantah dan berusaha meyakinkan anakanda keduanya, Putera Albert untuk memerintah bagi mengelakkan masalah lain yang boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan dengan keluarga diraja England. Putera Albert yang agak terkejut dengan tindakan kekandanya itu, terpaksa menerima jawatan sebagai Raja Pemerintah dengan memakai gelara Raja George VI. Bermula dari itu, kehidupan Puteri Elizabeth berubah dari seorang puteri biasa kepada seorang pewaris takhta. Puteri Elizabeth berada pada kedudukan pertama senarai pewarisan takhta England dikuti dengan adindanya Puteri Margaret.

 Christening Ceromony sempena kelahiran Puteri Elizabeth pada 29 Mei 1926 di Istana Buckingham
Baginda diberi nama Elizabeth sempna nama bondanya Lady Elizabeth, Alexandra sempena nama bonda Raja George V (Permaisuri Alexandra) yang mangkat enam bulan sebelum Elizabeth dilahirkan, Mary sempena nama bonda Raja George VI (Permaisuri Mary). Gelaran penuh bagi Elizabth ketika lahir adalah Her Royal Highness Princess Elizabeth Alexandra Mary of York.

22 Jun 1939, Puteri Elizabeth dan Puteri Margaret bersama ayahanda dan bonda mereka, raja George VI dan Permaisuri Elizabeth.

Ratu Elizabeth II bersama bondanya Permaisuri Elizabeth dan Puteri Margaret

Potret bersama keluarga dirakam pada bulan Julai 1946 di taman Istana Windsor (Windsor Castle)

Kehidupan 4 beranak ini menjadi tumpuan media. Media sering melabelkan keluarga diraja ini sebagai keluarga diraja yang mengamalkan kehidupan yang agak berbeza dari protokol istana. Walaubagaimanapun dari aspek pendidikan, bonda mereka Permaisuri Elizabeth masih mengikut protokol istana dengan melantik guru khas bagi mengajar kedua-dua puterinya. "Lilibeth" merupakan panggilan manja yang diberikan oleh Raja George VI kepada puteri sulungnya itu. Semasa Raja George VI memerintah, seorang penasihat kanan baginda pernah menyarankan agar baginda menambah bilangan ahli keluarga mereka dengan kelahiran seorang waris lelaki. Namun, Raja George VI menolak dan mengatakan bahawa dirinya yakin dengan kemampuan anakanda sulungnya untuk memerintah England. England memberikan hak kepada waris perempuan untuk diangkat sebagai Ratu Pemerintah namun jika baginda mempunyai adinda lelaki, waris lelaki akan diberi keutamaan. Dengan kata lain sekiranya Puteri Elizabeth pada ketika itu mempunyai adik lelaki maka kedudukan dirinya sebagai pewaris pertama takhta kerajaan akan  diberikan kepada adiknya. dan baginda mungkin tidak akan bergelar seorang Ratu seperti hari ini. Pada Tahun 2012, Ratu Elizabeth II memperkenankan rang undang-undang pewarisan takhta yang baru di mana anakanda sulung akan dapat diangkat menjadi Raja/Ratu tanpa mengira jantina.

 Potret rasmi sempena istiadat Kemahkotaan Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth sebagai Raja dan Permaisuri England

Ratu Elizabeth II bersama bondanya Permaisuri Elizabeth berdiri di balkoni Istana Buckingham selepas Istiadat Kemahkotaan Raja George VI pada tahun 1936

Semasa Perang Dunia kedua sekitar tahun 1939, bagi menyelamatkan Kanak-kanak England dari serangan tentera Nazi Jerman, kerajaan mengeluarkan arahan agar semua kanak-kanak negara itu di bawa keluar dan dihantar ke Kanada. Arahan ini turut terpakai ke atas kedua-dua anakanda Raja George VI. Walaubagaimanapun, Permaisuri Elizabeth membantah dan menyatakan bahawa anakanda mereka tidak akan sesekali dibawa keluar dari England. Baginda berpendapat bahawa Puteri Elizabeth II perlu berada di dalam negara walaupun negara ketika itu sedang diambang perang. "The children won't go without me. I won't leave without the King. And the King will never leave." Ungkapan Permaisuri Elizabeth apabila kedua-dua puterinya disarankan untuk meninggalkan England. Setahun kemudian pada umur 14 tahun, Puteri Elizabeth dan adindanya Puteri Margaret menyampaikan ucapan secara langsung melalui radio kepada kanak-kanak England yang berada di Kanada

 "We are trying to do all we can to help our gallant sailors, soldiers and airmen, and we are trying, too, to bear our share of the danger and sadness of war. We know, every one of us, that in the end all will be well." Rakaman suara dua puteri England pada 13 Oktober 1940.
Puteri Elizabeth diberikan didikan yang cukup lengkap sebagai persediaan untuk menjadi pemerintah England. Baginda dan Puteri Margaret menghadiri kelas pendidikan khas di Istana berkaitan dengan undang-undang dan sejarah perlembagaan. Mereka juga fasih berbahasa perancis. Puteri Elizabeth turut diajar berkaitan dengan muzik, seni, menunggang kuda dan berenang. Pada usia yang muda baginda telah memasuki dan mengikuti latihan ketenteraan Pasukan Perkhidmatan Ketenteraan Wanita Britain. pada usia 15 tahun, baginda telah dilantik sebagai Kolonel Pasukan Grenadier Guards dan senior Regiment of the Foot Guards. Pada ketika usia baginda menjangkau 18 tahun Parlimen Britain telah meluluskan undang-undang bagi membolehkan baginda mewakili ayahanda baginda, Raja George VI dalam urusan-urusan negara serta melakukan lawatan rasmi negara. Pada tahun 1946, ketika berusia 21 tahun baginda telah turut serta menemani ayahanda dan bonda baginda, Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth mengadakan lawatan rasmi ke Afrika Selatan dengan menggunakan Kapal diraja Britania. Ketika berada disana Elizabeth telah membuat satu rakaman yang disiarkan melalui radio dan televisyen mengenai sumpah dan janjinya untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai bakal pemerintah England.

Puteri Elizabeth ketika menyertai Pasukan tentera wanita ATS (Auxiliary Territorial Services) untuk memberi sokongan moral dan bantuan perubatan kepada pasukan tentera. Baginda dilatih berkaitan dengan cara membaiki dan alatan ganti  kenderaan serta cara membawa ambulans.

"I declare before you all that my whole life, whether it be long or short, shall be devoted to your service and the service of our great imperial family to which we all belong." Petikan rakaman ucapan Puteri Elizabeth sempena sambutan Hari Komanwel 1946

Puteri Elizabeth memberi hormat (curtsying) kepada Raja Norway, Raja Haakon semasa baginda mengadakan lawatan rasmi ke London pada Jun 1951 sambil diperhatikan oleh adindanya Puteri Margaret dan bondanya Permaisuri Elizabeth


Elizabeth pertama kali bertemu dengan Putera Philip pada tahun 1939 ketika itu Philip berkhidmat dalam Angakatan Tentera Laut British. Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth berserta Elizabeth dan Margaret telah mengadakan lawatan ke kem tentera laut di Dartmouth (Royal Naval College, Dartmouth). Bapa saudara Philip, Earl Mountbatten telah meminta Philip menjadi pegawai pengiring kepada kedua-dua anakanda Raja George VI. Philip sebenarnya mempunayi hubungan kekeluargaan dengan Elizabeth kerana mereka merupakan sepupu jauh melalui Ratu Victoria dan Raja Cristian XI dari Denmark. Ketika pertemuan ini, Elizabeth baru sahaja berumur 13 tahun dan sejak dari pertemua itu, mereka sering kali berutus surat berhubung antara satu sama lain sehinggalah pada tahun 1946 Philip menghadap Raja George VI dan meminta kebenaran untuk berkahwin dengan Elizabeth.

Walaubagaimanapun kisah percintaan mereka ini juga terpalit dengan sedikit kontraversi. Hal ini berkaitan dengan status yang dipegang oleh Putera Philip ketika itu. Philip dilahirkan di dalam keluarga diraja Greece hasil perkahwinan antara Putera Andrew (Prince Andrew of Greece and Denmark) dan Puteri Alice ( Princess Alice of Battenberg) namun keluarga diraja Greece ketika itu mengalami penentangan daripada beberapa golongan yang mendesak supaya monarki greece dihapuskan. Pada tahun 1922, Bapa saudara Putera Philip yang memerintah Greece ketika itu, Raja Constantine I telah dipaksa melepaskan takhta dan menyerahkannya kepada pemerintahan tentera. Pihak tentera telah menangkap bapa Putera Philip, Putera Andrew dan pihak mahkamah mengeluarkan arahan agar Putera Andrew dan seluruh ahli keluarganya diusir keluar dari negara. Putera Andrew dan keluarganya akhirnya hidup dalam buangan di Paris. Hal ini menjadikan Philip sebagai seorang Putera Raja tetapi tidak mempunyai negara.

Beberapa penasihat yang rapat dengan Raja George VI beranggapan bahawa Putera Philip ketika itu tidak sesuai untuk dikahwinkan dengan seorang pewaris pertama takhta England. Tambahan pula kesemua kekanda Putera Philip telah berkahwin dengan Keluarga Bangsawan Jerman yang mempunyai hubungan rapat dengan tentera Nazi. Situasi peperangan antara Empayar Britain dengan pihak Nazi Jerman ketika itu mengukuhkan lagi pendapat bahawa Putera Philip adalah tidak sesuai untuk dijodohkan dengan Puteri Elizabeth. Walaubagaimanapun, Raja George VI yang begitu kasih dan sayang terhadap puteri sulungnya itu tidak membantah dengan keputusan Puteri Elizabeth untuk berkahwin dengan Putera Philip. Pada Musim panas 1946 Putera Philip menghadap Raja George VI tentang hasratnya untuk memperisterikan anakanda baginda, tetapi Raja George VI memohon agar pertunangan ditangguhkan sehinggalah Puteri Elizabeth mencapai umur 21 tahun dan oleh kerana kesemua kempat-empat kekanda Philip telah berkahwin dengan bangsawan Jerman yang mempunyai hubungan dengan tentera Nazi mereka semua adalah dilarang untuk menghadiri istiadat perkahwinan ini. Raja George VI mengambil keputusan sebegitu adalah bagi mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan kontraversi kerana negara ketika itu sedang berperang dengan Jerman.

Gambar dirakam pada Julai 1947 sewaktu majlis pertunangan antara Puteri Elizabeth dan Leftenan Philip Mountbatten. Turut kelihatan adalah Permaisuri Elizabeth, Raja George VI dan Puteri Margaret

Putera Philip begitu gembira apabila permintaannya diterima baik oleh Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth. Bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan rasa tidak disenangi oleh mana-mana pihak, Putera Philip telah bertukar pegangan agama daripada  kristian greek ortodok kepada kristian Anglicanisme. Bukan itu sahaja, beliau juga mengumumkan untuk melepaskan kesemua gelaran diraja yang diwarisi olehnya daipada Keluarga Diraja Greece dan Denmark. Nama Philip bertukar gelaran daripada seorang berstatus diraja (His Royal Highness Prince Philip of Greece and Denmark) kepada rakyat biasa Philip Mountbatten.

Perkahwinan Diraja 1947 Putera Philip, Puteri Elizabeth bersama Puteri Margaret, Raja George VI, Permaisuri Elizabeth dan Permaisuri Mary berada di balkoni Istana Buckingham

Akhirnya pada 20 November 1947, Leftenan Philip Mountbatten telah dikahwinkan dengan Puteri Elizabeth di Gereja Westminster Abbey. Buat pertama kalinya istiadat perkahwinan ini dirakam oleh BBC dan
 disaksikan oleh 200 million penduduk seluruh dunia. Pasangan ini turut menerima 2500 hadiah perkahwinan daripada pemimpin seluruh dunia. Philip akhirnya diberikan gelaran diraja baru sesuai dengan statusnya sebagai suami kepada bakal pemerintah England. Philip diberikan gelaran "His Royal Highness" dan gelaran bangasawan Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth, dan Baron Greenwich of Greenwich.

Antara Koleksi barang kemas yang diterima oleh Puteri Elizabeth dan Putera Philip sempena perkahwinan mereka.

Potret rasmi Perkahwinan Diraja 1946

Istiadat Christening anakanda sulung baginda Putera Charles di Bilik Muzik, Istana Buckingham pada tahun 1948. turut kelihatan adalah Permaisuri Mary dan Raja George VI.

Bersama anakanda mereka Puteri Anne dan Putera Charles di kediaman rasmi mereka di Scotland  (Balmoral Castle) pada tahun 1953

potret keluarga di kediaman rasmi mereka di Balmoral Castle 1972

Puteri Elizabeth berjaya melengkapkan tugasnya yang teramat penting apabila berjaya menyediakan waris penyambung legasi House of Windsor. Pada 14 November 1948 anakanda sulung mereka, Putera Charles dilahirkan. Raja George VI telah mengeluarkan surat arahan menggenai pemakaian gelaran "putera" dan "puteri" ke atas kesemua anakanda Puteri Elizabeth walaupun bapa mereka bukan lagi seorang putera raja. Ketika itu, jika seorang puteri raja berkahwin dengan rakyat biasa anakanda mereka tidak akan disebut dengan gelaran putera mahupun puteri. 2 tahun kemudian seorang Puteri Anne dilahirkan. Pada era 50 an kesihatan Raja George VI kian merosot dan memaksa baginda mengurangkan aktiviti diraja. Puteri Elizabeth telah mengambil tugas ayahandanya melakukan tugas dalam negara dan mengadakan lawatan rasmi luar negara. Tugas diraja dan lawatan diraja menyebabkan Elizabeth terpaksa berjauhan dengan dua orang anakandanya. Namun Puteri Elizabeth memahami akan keperluan dirinya untuk lebih mengutamakan hal negara. Pada tahun 1951 Baginda bersama suaminya Putera Philip telah membuat lawatan ke Kanada, Us dan melawat Presiden Harry S. Truman. Sebagai langkah berjaga-jaga, setiausaha sulit Puteri Elizabeth akan membawa surat penisytiharan takhta seandainya Raja George VI mangkat ketika puterinya itu berada di luar negara. Pada tahun 1952 pasangan ini dijadualkan untuk membuat lawatan ke Kenya, Australia dan New Zealand. Walaubagaimanapun sewaktu di Kenya, Raja George VI telah diberitakan mangkat. Berita kemangkatan Raja Geeorge VI di sampaikan sendiri oleh Putera Philip kepada isterinya. Puteri Elizabeth berasa sedih namun telah menjangkakan bahawa hayat ayahandanya tidak lama berlepas pulang ke Britain dan membatalkan semua lawatan diraja. Ketibaan pasangan ini dari Kenya disambut oleh Perdana Menteri, Winston Churchill sebagai Ratu baru England.

Puteri Elizabeth semasa Istiadat Mengarak Panji-Panji Kebesaran Diraja sempena hari keputeraan ayahanda baginda pada 7 Jun 1951. Raja George VI ketika ini berada dalam keadaan gering menyebabkan baginda terpaksa menghadkan tugas rasmi baginda.
Rakyat membaca muka depan akhbar yang menyatakan kemangkatan Raja George manakala  gambar kanan menunjukkan Puteri Elizabeth selamat tiba di London setelah terpaksa menamatkan lawatan rasmi berikutan kemangkatan ayahandanya.

3 Queen in one's Time. Ratu Elizabet II, Permaisuri Mary dan Permaisuri Elizabet semasa istiadat pengkebumian Raja George VI.

Suasana semasa Istiadat Kemahkotaan baginda di Gereja Westminster Abbay pada 2 Jun 1953

Persiapan kemahkotaan dilaksanakan dengan penuh meriah. Buat pertama kalinya istiadat kemahkotaan ini dirakam bagi membolehkan rakyat jelata dapat melihat dengan lebih dekat istiadat ini. Sebelum ini istiadat dilakukan secara tertutup di Gereja Westminster Abbay dan rakyat hanya berbaris di luar gereja sahaja. Namun Puteri Elizabeth agak terkilan kerana nendanya, Permaisuri Mary mangkat hanya empat bulan sebelum istiadat kemahkotaan dilaksanakan. Sebelum mangkat Permaisuri Mary berpesan agar istiadat kemahkotaan ini dilaksanakan seperti mana dirancang dan meminta agar semua keluarga diraja tidak berkabung terlalu lama atas pemergiannya. Puteri Elizabeth menurut kehendak Permaisuri Mary dan pada tanggal 2 Jun 1953 Puteri Elizabeth dimahkotakan dalam satu istiadat penuh gemilang dihadiri oleh kerabat diraja seluruh dunia termasuk raja-raja Melayu. Puteri Elizabeth memakai gelaran Ratu Elizabeth II. Bagi mengelakkan orang ramai keliru untuk membezakan penggunaan "Queen" ke atas Ratu Elizabeth II dan bondanya Permaisuri Elizabeth, baginda telah mengurnaiakan gelaran baru kepada bondanya iaitu Bonda Ratu atau ''Her Majesty Queen Elizabeth, The Queen Mother'' manakala Puteri Elizabeth bergelar "Her Majesty Queen Elizabeth II".

Lawatan Negara baginda ke Belanda 1958. Baginda Ratu Elizabeth II dan Putera Phlip bergambar kenangan bersama Keluarga Diraja Belanda, Ratu Juliana (duduk) dan suaminya Putera Bernhard dan dua anakanda mereka Puteri Beatrix dan Puteri Irene.
 Setelah hampir 7 tahun bergelar Ratu, baginda mula berfikir untuk menambahkan bilangan ahli keluarganya. Pada tahun 1960, Putera Andrew dilahirkan dan 4 tahun kemudian Putera Edward dilahirkan. Gambar dirakam pada tahun 1964 semasa kelahiran anakanda bongsu baginda Putera Edward di Istana Buckingham. Ratu Elizabeth kini mempunyai 8 orang cucu dan 5 orang cicit

Ratu Elizabeth II dan Putera Philip bergambar bersama cucunda mereka pada tahun 1987. Putera William disisi Ratu Elizabeth II, Putera Harry ditengah Peter Philip (berkot hitam) dan Zara Philips paling kanan.


Sehingga ke hari ini, Ratu Elizabeth II berjaya mencatatkan rekod sebagai pemerintah England paling lama bertakhta iaitu selama 64 tahun mengatasi moyangnya Ratu Victoria selama 63 tahun 7 bulan. Semasa menaiki takhta pada 1952, Ratu Elizabeth II berusaha untuk membangunkan England dan jajahan takluknya ke arah yang lebih maju dan moden. Baginda sering kali melakukan lawatan rasmi ke negara-negara Komenwel untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua negara. Beliau dilihat sebagai simbolik kemajuan England dimana baginda hidup pada era peperangan, era perindustrian sehinggalah ke hari ini dimana England, Australia dan Kanada diiktiraf sebagai negara maju.

Bergambar bersama bonda tersayang Permaisuri Elizabeth di Castle of Mey pada tahun 1985

Potret rasmi baginda sempana hari jadi ke-50, April 1999

Baginda bergambar kenangan bersama beberapa orang Perdana Menteri yang pernah berkhidmat sepanjang tempoh pemerintahan baginda. Sepanjang pemerintahan baginda, baginda telah menyaksikan pertukaran kerajaan dimana 34 tahun diperintah oleh parti konservatif (kerajaan) dan 24 tahun pemerintahan parti buruh (pembangkang)

Tempoh pemerintahan baginda dilihat cukup kukuh dan sistem monarki England masih lagi boleh diterima pakai dan dijadikan asas perpaduan negara England dan negara di bawah jajahan takluknya. Ratu Elizabeth II sering mengingatkan ahli keluarga baginda agar sentiasa menjaga adab dan kesopanan sesuai dengan status diraja yang dipegang. Keakraban Ratu Elizabeth II dan ahli kerabat diraja yang lain bersama dengan rakyat jelata membolehkan mereka sering kali dipandang tinggi dan dihormati oleh rakyat negara Britain dan Komanwel. Tidak hairanlah apabila rakyat Kanada memilih untuk terus kekal di bawah pemerintahan Ratu Elizabeth II  dalam satu hasil pungutan suara 60:40 yang dilakukan oleh Parlimen Kanada dalam usaha untuk menjadikan Kanada sebagai sebuah negara republik. Selain Britain, Elizabeth merupakan Ketua Negara bagi 15 negara Komanwel yang lain.

"i have to be seen to be belived" pegangan hidup baginda yang masih lagi aktif melakukan tugas-tugas diraja dalam menjangkau usia 90 tahun. Sepanjang  tahun 2015 baginda telah menghadiri 341 majlis rasmi kerajaan 

Namun begitu, pemerintahan baginda juga turut terpalit dengan kisah duka dan konflik keluarga antara sesama ahli keluarga diraja. Sewaktu Ratu Elizabeth II mula-mula diangkat sebagai Ratu England, berlaku selisih faham di antara baginda dan adindanya Puteri Margaret. Keputusan Puteri Margaret untuk berkahwin dengan seorang duda yang 16 tahun lebih tua daripadanya mendapat tentangan Ratu Elizabeth II. Baginda memohon agar adindanya mempertimbangkan keputusan itu. Ini kerana, Gereja England tidak membenarkan seorang kerabat diraja berkahwin dengan seseorang berstatus janda/duda dan sekiranya perkara ini berlaku mereka akan hilang status diraja dan hak susunan kekananan takhta kerajaan. Ratu Elizabeth II bersimpati dengan situasi yang sedang berlaku ke atas adindanya namun baginda terpaksa memberikan kata dua kepada adindanya itu kerana baginda merupakan Ketua Agama tertinggi England. Walaupun tidak sehaluan dengan kekandanya, Puteri Margaret akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya demi menjaga reputasi keluarga diraja dan maruah bondanya Queen Elizabeth, the Queen Mother. Puteri Margaret akhirnya berkahwin dengan Antony Armstrong-Jones seorang jurukamera. Walaupun Puteri Margaret hanya berkahwin dengan orang kebanyakan, Ratu Elizabeth II tetap menyokong keputusan adindanya itu. Dengan perkenan titah Ratu Elizabeth II dan kelulusan Gereja England, pada 26 Feb 1960, Istiadat Perkahwinan besar-besaran dilaksanakan di geraja yang sama tempat Elizabeth II berkahwin dengan Putera Philip. Hanya seorang sahaja kerabat diraja luar negara yang hadir ketika itu, iaitu Permaisuri Ingrid (Her Majesty Queen Ingrid of Denmark). Ini kerana ramai jemputan diraja menolak untuk hadir ke istiadat ini berikutan status pengantin lelaki yang dipandang terlalu rendah dan tidak sesuai untuk seorang berdarah diraja.

Pada tahun 1992 sewaktu berucap dalam satu majlis meraikan 40 tahun pemerintahan baginda sebagai Ratu England, baginda telah mengguna pakai istilah "Annus horribilis " bagi menggambarkan kesedihan baginda. Walaupun baginda tidak menyatakan peristiwa atau perkara yang menyebabkan baginda bersedih, pihak media berpendapat bahawa ia berkaitan dengan masalah ahli keluarga baginda.

  • 12 Mac 1992 - Mauritius sebuah negara di Benua Afrika bertindak keluar dari Komanwel dan menjadi sebuah negara republik
  • 19 Mac 1992 -  Putera Andrew (His Royal Highness Prince Andrew, Duke of York) bercerai dengan isterinya Sarah Ferguson, Duchess of York.
  • 23 April 1992 - satu-satu anakanda perempuan baginda Puteri Anne bercerai dengan Kapten Mark Phillips
  • 8 Jun 1992 - Buku "Diana, Her True Story" mengisahkan keperitan hidup yang dialami oleh Puteri Diana sepanjang tinggal bersama Putera Charles yang ketika itu mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya Camilla Parker-Bowles
  • 20 Ogos 1992 - penyebaran gambar Bekas menantunya Sarah Ferguson, Duchess of York dicium di bahagian kaki oleh rakan lelakinya John Bryan menimbulkan rasa kurang enak rakyat jelata
  • 24 Ogos 1992 - Rakaman perbualan kontraversi di antara Puteri Diana dengan seorang teman rapatnya James Gilbey tersebar
  • 13 November 1992 - Hubungan rahsia antara Putera Charles dengan Camilla Parker-Bowles berjaya dihidu oleh pihak media melalui rakaman perbualan telefon antara mereka berdua
  • 20 November 1992 - kediaman baginda, Windsor Castle terbakar menyebabkan kemusnahan berjuta-juta ringgit.
  • 26 November 1991 - Baginda dikenakan cukai pendapatan oleh pihak kerajaan menjadikan baginda sebagai pemerintah England pertama diarahkan membayar cukai.
  • 9 Disember 1992 - Dewan Rakyat mengesahkan bahawa Putera Charles dan Puteri Diana dalam proses untuk bercerai. Pasangan diraja ini akhirnya bercerai secara rasmi pada tahun 1996
Kesemua peristiwa ini menyebabkan Ratu Elizabeth II berada dalam keadaan sedih. Tiga daripada empat anakandanya bercerai disebabkan oleh pihak ketiga. Kejadian ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej keluarga diraja England yang sebelum ini dijaga dan dipelihara oleh baginda. Paling menjejaskan baginda adalah penceraian Putera Charles dan Puteri Diana. Semasa berita kematian Puteri Diana tersebar, baginda mengarahkan bendera diraja tidak perlu dikibarkan separuh tiang berikutan Diana telah bercerai dengan Putera Charles dan bukan laagi ahli keluarga diraja. Namun, disebabkan pengaruh diana yang kuat sebagai seorang Puteri berjiwa rakyat "People's Princess" rakyat mendesak agar Ratu Elizabeth II mengibarkan bendera separuh tiang di Istana Buckingham. Malah ada sekumpulan rakyat yang mengancam akan membuat provaksi ke atas baginda sekiranya baginda hanya berdiam diri di sebali pintu istana. Perdana Menteri ketika itu, Tony Blair menghadap Ratu Elizabeth II meminta perkenan agar baginda menuruti kehendak rakyat agar imej keluarga diraja dapat dipulihkan semula. Walaupun Diana bukan lagi ahli keluarga diraja, Diana masih lagi merupakan bonda kepada 2 pewaris takhta England ketika itu, Putera William dan Putera Harry. Akhirnya Bendera Diraja di Istana Buckingham dikibarkan separuh tiang. Selain daripada menyampaikan perutusan takziah menerusi siaran langsung di kaca televisyen, Ratu Elizabeth II dilihat memberi penghormatan dengan menundukkan sedikit kepala baginda apabila keranda Diana di bawa melintasi dihadapannya.

Istiadat Kesyukuran sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan baginda di Westminster Abbey
7 Jun 1977
(The Silver Jubilee Service)

25 tahun pemerintahan, baginda dan Putera Philip diarak menaiki kereta kuda setelah selesai istiadat kesyukuran di gereja Westminster Abbey

Sambutan 50 Tahun pemerintahan baginda. Pasangan diraja ini diarak menggunakan Kereta kuda bersalut emas pada tahun 2002

Sambutan 60 tahun pemerintahan, Ratu Elizabeth II menaiki kereta kuda ditemani putera sulungnya, Putera Charles dan isteri Camillia. Suami baginda, Putera Philip tidak dapat menghadiri istiadat ini disebabkan gering.

3 Generasi daripada keturunan House of Windsor, Putera Charles, Putera William dan Putera George

Keluarga Diraja: diambil sempena istiadat christening Puteri Charlotte

Setakat ini hanya seorang pemerintah Britain sahaja yang bejaya mencapai tempoh pemerintahan selama 60  tahun iaitu, Ratu Victoria. Rekod ini berjaya diatasi oleh waris baginda iaitu Ratu Elizabeth II. Walaubagaimanapun semasa Perayaan 50 Tahun Pemerintahan Baginda, adinda baginda Puteri Margaret mangkat pada bulan Februari 2002 akibat penyakit pneumonia. Puteri Margaret juga mengidap stroke yang kritikal akibat dari gaya hidup baginda yang suka merokok. Kisah sedih ini berlanjutan pada bulan Mac tahun yang sama apabila bonda baginda Queen Elizabeth The Queen Mother mangkat pada usia 101 tahun.

Baginda diapit oleh bekas Raja Romania Raja Michael I dan Bekas Raja Bulgaria, Raja Simeon ketika sesi fotografi bagi Majlis Makan Tengah Hari di Istana Windsor. Ketika Majlis ini diadakan pihak pengurusan majlis Istana Windsor mencari susunan yang terbaik bagi sesi fotografi ini kerana ada tetamu yang hadir pada majlis ini bukan lagi raja pemerintah. Ratu Elizabeth II mencadangkan agar susunan dibuat berdasarkan tarikh naik takhta pemerintah tanpa mengambil kira status terkini mereka. Ratu Elizabeth II berpegang pada prinsip once's a monarch, always a monarch. Walaupun Raja Greece (Raja Constantine II), Raja Romania (Raja Michael I) dan Raja Bulgaria (Raja Simeon) telah hilang status mereka sebagai raja pemerintah, ketiga tiganya masih berada pada senarai paling kanan dalam senarai tetamu Ratu Elizabeth II bagi majlis tersebut.

21 April yang lalu, baginda menyambut Ulang tahun kelahiran ke-90 menjadikan baginda sebagai monarki paling lama memerintah Britain. Ramai berpendapat bahawa baginda akan memerintah Britain bagi satu tempoh yang agak  lama berdasarkan kepada keadaan fizikal baginda yang masih sihat dan sentiasa menghadiri majlis-majlis kerajaan. Kehadiran baginda dan Putera Philip ketika menghadiri sesuatu majlis sangat dinanti-nantikan oleh rakyat baginda. Mereka berbaris di kanan dan kiri jalan semata-mata ingin melihat dengan lebih dekat ratu kesayangan mereka. Sempena ulang tahun kelahiran baginda ke-90, pihak Istana Buckingham telah mengeluarkan 4 foto rasmi bagi meraikan hari bersejarah ini. Kesemua foto ini dirakam di Istana Windsor 

Ratu Elizabeth dikelilingi oleh cucu dan cicit baginda 
dari kiri: James, Viscount Severn, Lady Louise Alice Elizabeth Mary Mountbatten-Windsor, Mia Tindall, Puteri Charlotte, Savannah Phillips, Putera George dan Isla Phillips

Bergambar dengan satu-satunya puteri baginda Puteri Anne, The Princess Royal

Queen Elizabeth II bergambar di laman taman istana Windsor dengan anjing peliharaan baginda Willow, Vulcan, Candy dan Holly

Waris keturunan baginda Putera Charles (67 tahun), Putera William (33 tahun), dan Putera George (2 tahun) 

Pasangan bahagia Ratu Elizabeth II dan Putera Philip


Ulasan

  1. ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (-0823-9177-2208-) EYANG WORO MANGGOLO JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI.

    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular