PERMAISURI SOFIA, BEKAS PERMAISURI SEPANYOL

Permaisuri Sofia merupakan kerabat diraja dua negara. Sekiranya berdasarkan keturunan, baginda merupakan kerabat Diraja bagi Greece dan Denmark. Setelah berkahwin dengan Putera Juan Carlos I, beliau telah berpindah ke Sepanyol dan menetap di sana sehingga ke hari ini. Baginda merupakan anakanda sulung daripada 3 beradik bagi Raja dan Permaisuri Greece, Raja Paul dan Permaisuri Frederica. Baginda diputerakan pada tanggal 2 November 1938 di  bandar Psychiko, Athens, Greece.  Adindanya yang lain adalah bekas Raja Grecce terakhir, Raja Costantine II dan Puteri Irene.

Puteri Sofia bersama keluarganya, Raja Paul I, Permaisuri Frederica, Putera Constantine dan Puteri Irine

Kehidupan sebagai seorang puteri raja semasa zaman perang dunia kedua tidaklah begitu indah. Manakan tidak, baginda dan keluarga terpaksa tinggal di Afrika Selatan dan hidup dalam buangan sebelumkembali semula ke Greece selepas tamat perang padat tahun 1946. Puteri Sofia mendapat pendidikan awal di Mesir di sekolah persendirian El Nasr Girls' College (EGC) di Alexandria. Setelah itu baginda menyambung pelajaran di beberapa buah sekolah di Selatan Jerman dan juga Athens. Baginda dan adindanya, Raja Costantine II pernah mewakili Greece sebagai pemain simpanan dalam sukan pelayaran Olimpik 1960.

 Gambar rasmi pertunangan diraja. Dari Kiri: Princess Irene of Greece (adinda bongsu Puteri Sofia), Prince Constantine of Greece (adinda Puteri Sofia), Queen Frederika of Greece (Bonda Puteri Sofia), Don Juan Bourbon y Battenberg (Ayahanda Mertua Puteri Sofia), Princess Sophia, Infante Juan Carlos, King Paul I of Greece (Ayahanda Puteri Sofia), Dona Maria de las Mercedes de Bourbon y Orleans, Countess of Barcelona (Bonda Mertua Puteri Sofia)

Puteri Sofia telah bertemu jodoh dengan sepupu jauh Infante Juan Carlos pada tahun 1954 dalam sebuah kapal persiaran. Mereka kemudiannya bertemu untuk kali kedua semasa menghadiri perkahwinan sepupu Ratu Elizabeth II, Putera Edward, Duke of Kent pada tahun 1961. Mereka akhirnya berkahwin pada 14 Mei 1962  di Gereja Katolik Saint Dionysius di Athens. Perkahwinan besar-besaran ini diadakan dengan gilang gemilang bagi meraikan perkahwinan antara Puteri Greece dan Putera Sepanyol. Sesuai dengan statusnya sebagai anakanda sulung kepada seorang raja pemerintah, ramai jemputan kerajaan dijemput untuk menghadiri istiadat ini.

Tiba di Gereja Katolik Saint Dionysius dengan diiringi pasukan kereta berkuda

Dianggarkan seramai 150 jemputan kerabat diraja menghadiri istiadat antaranya Kerabat diraja Britain, Denmark, Sweden, Norway, Bourbon-Two Sicilies, Hanover, Portugal, France, Monaco, Luxembourg, Parma, Württemberg, dan Romania.

Perkahwinan Puteri Sofia dan Infante Juan Carlos

Diarak mengelilingi bandar Athens sejurus selesai istiadat perkahwinan

Queen Sofia of Spain, standing second from left, joins her mother, Queen Frederica of Greece, left-most side, Queen Anne-Marie of Greece holding Crown Prince Pavlos, Princess Irene of Greece, King Constantine of Greece holding the hand of Princess Alexia.

Apa yang menariknya adalah, Puteri Sofia sebenarnya tidak menjangkakan yang dirinya akan bergelar permaisuri setelah menikahi Infante Juan Carlos. Ini kerana, pemerintahan beraja Sepanyol ketika itu bukan lah berada dalam pemerintahan sistem beraja sebaliknya di bawah penguasaan Jeneral Francisco Franco. Pemerintahan beraja Sepanyol digantung namun kesemua kerabat diraja masih lagi boleh menggunakan gelaran diraja masing-masing. Raja terakhir Sepanyol ketika itu adalah Raja Alfonso XIII (1886-1931) iaitu nenda kepada Infante Juan Carlos. Walaubagaimanapun, sebelum Jeneral Francisco Franco meninggal dunia pada tahun 1975 beliau telah menamakan Infante Juan Carlos sebagai penggantinya. Takhta akhirnya dikembalikan kepada keturunan Raja Alfonso XIII dan Infante Juan Carlos menggunakan gelaran Raja Juan Carlos I manakala isterinya, Puteri Sofia diberi gelaran Permaisuri Sofia. Sejak itu pemerintahan beraja Sepanyol kekal sehinngga ke hari ini.

Status sebagai Puteri Diraja Greece
Umum mengetahui bahawa Greece hari ini melaksanakan Sistem Pemerintahan Berpresiden. Keluarga Permaisuri Sofia adalah keluarga diraja Greece yang terakhir memerintah negara itu. Pada tahun 1967, semasa pemerintahan adindanya, Raja Constantine II, pihak tentera telah mengambil alih pemerintahan. Kesemua harta keluarga diraja dirampas dan mereka diarahkan keluar dari negara mereka sendiri. Istana mereka dikosongkan dan kesemua harta milik istana telah diletakkan di bawah pemerintaha yang baru. Sejak dari itu, Permaisuri Sofia tidak pernah melawat dan pulang semula ke Greece. Sewaktu bondanya Permaisuri Frederica mangkat di Madrid,Sepanyol pada tahun 1981, bondanya mewasiatkan agar dirinya dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Perkuburan diraja Istana Tatoi, di Greece. Bagi memenuhi wasiat bondanya, Permaisuri Sofia menggunakan statusnya sebagai Permaisuri Sepanyol memohon agar wasiat bondanya dapat ditunaikan dan ahli keluarga dapat membuat majlis ringkas di Istana Tatoi. Permohonan Permaisuri Sofia diluluskan namun mereka diarahkan pulang sebaik sahaja majlis pengebumian selesai. Sejak dari itu Permaisuri Sofia tidak pernah pulang ke negara asalnya sehinggalah pada tahun 1998 iaitu setelah 17 tahun keluarganya dihalau keluar dari Greece, baginda hadir sebagai tetamu kerajaan pimpinan Presiden Greece ketika itu, Presiden Constantinos Stephanopoulos.
 Potret rasmi sebagai Puteri Raja Greece

  Bersama adindanya Puteri Irene

 Potret rasmi 1978 sebagai Raja dan Permaisuri Sepanyol

Permaisuri Sofia menerima dua ekor kuda pemberian Kerajaan Argentina pada tahun 1978

Kenangan bersama mendiang Puteri Diana ketika puteri tersebut bercuti di Sepanyol di Istana Marivent, Majorca,1987
Potret keluarga 1978- bersama dengan anakanda baginda Felipe, Christina dan Elena
Perkahwinan diraja diantara mereka berdua dikurniakan dengan 3 cahaya mata iaitu Infanta Elena (20 Disember 1963); Infanta Cristina (13 Jun 1965); and Infante Felipe (30 Januari 1968).




 Antara koleksi potret rasmi baginda bersama Raja Juan Carlos I

Kehidupan seorang permaisuri yang tidak dijangka menjadikan baginda sentiasa sibuk dalam menemani suaminya, Raja Juan Carlos I dalam melakukan tugas-tugas negara. Selain dari itu, baginda telah menubuhkan yayasan baginda sendiri iaitu Yayasan Permaisuri Sofia yang bertujuan melakukan aktiviti kebajikan di seluruh dunia. Baginda pernah meyumbangkan dana kepada pelarian di Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1993. Baginda juga aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan dalam memberi kesedaran tentang bahaya dadah dan Aids. Baginda juga merupakan Penasihat Kehormat Jawatankuasa UNICEF PBB-Sepanyol. Baginda fasih dalam berbahasa Itali, Perancis, Jerman, Portugis dan Inggeris. Baginda memegang gelaran Permaisuri Sepanyol selama 39 tahun sebelum gelaran itu diwarisi oleh menantunya, Puteri Letizia pada 19 Jun 2014. Suami baginda, Raja Juan Carlos I telah mengambil keputusan untuk turun takhta dan memberi peluang kepada anakandanya Putera Felipe untuk memerintah. Sepanjang menjawat jawatan permaisuri, Permaisuri Sofia telah menerima hampir 40 darjah kebesaran daripada negara luar (Darjah Kebesaran Permaisuri Sofia)

Menghadiri Istiadat Perkahwinan Diraja Putera William bersama dengan anakanda dan menantuya Putera Felipe dan Puteri Letizia

Gelaran rasmi baginda
    2 November 1938 – 14 May 1962: Her Royal Highness Princess Sophia of Greece and Denmark
    14 May 1962 – 21 July 1969: Her Royal Highness Infanta Sofía of Spain
    21 July 1969 – 22 November 1975: Her Royal Highness The Princess of Spain
    22 November 1975 – 19 June 2014: Her Majesty The Queen of Spain
    19 June 2014 – present: Her Majesty Queen Sofía of Spain

Ulasan

  1. Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dapat Rp.630 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI MANGKUBONO
    karena cuma beliaulah yang memberikan angka
    ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 200 ribu karna
    saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya karna 4X berturut-turut saya menang
    buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
    hubungi di nomor hp: 085203333887 AKI MANGKUBONO
    saya jamin beliau akan membantu kesusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih

    INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP AKI MANGKUBUNO NMR (_0_8_5_2_0_3_3_3_3_8_8_7) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRI
    M’S ROO,MX

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular