MAHARANI MICHIKO, WANITA KESAYANGAN RAKYAT JEPUN

Susuk tubuh wanita ini sentiasa menjadi figura hebat bagi rakyat negara matahari terbit. Kesetiaan baginda mendampingi dan sentiasa menemani sang suami dalam melaksanakan tugasan diraja menjadi rutin harian sejak berkahwin dengan pewaris takhta bunga matahari pada tahun 1959. Walaupun telah menginjak umur 84 tahun Maharani Michiko merupakan maharani paling popular dalam sejarah monarki jepun yang telah berusia hampir 2600 tahun

KEHIDUPAN AWAL
Lahir sebagai Michiko Shoda pada tanggal 20 Oktober 1934 di Hospital Universiti Tokyo, baginda merupakan rakyat kebanyakan pertama yang diangkat statusnya sebagai Maharani Jepun. Baginda merupakan anakanda kedua daripada empat orang adik beradik hasil perkahwinan di antara Hidesaburō Shōda dan Fumiko Soejima. Ayahanda baginda merupakan Presiden dan Penasihat Kehormat sebuah syarikat ternama perusahaan tepung iaitu Nisshin Flour Milling Company. Lahir dalam keluarga kelas pertengahan menyebabkan baginda dan adindanya yang lain diberi pendidikan barat di samping penekanan kepada budaya tempatan. Walaupun keadaan negara jepun yang tidak stabil ketika Perang Dunia Kedua, ibu bapanya tetap memastikan pendidikan anak-anak mereka tidak terjejas. setelah menamatkan pendidikan menengah, baginda telah melanjutkan pelajaran dalam bidang kesusasteraan Inggeris di universiti tempatan sebelum meyambung pengajian di Havard dan Oxford.
Pertemuan pertama antara Michiko Shoda dan Putera Mahkota Akihito ketika bermain tenis di Karuizawa, di Nagona
Sumber: Berita Harian 18 Ogos 2016

ALAM PERKAHWINAN
Michiko bertemu dengan bakal suaminya pada tahun 1957 di sebuah gelanggang tenis. kebaikan dan keayuan Michiko menambat hati sang putera untuk menyunting dirinya sebagai penyeri hidup. Rakyat menyambut baik berita pertunangan putera mahkota dan pertunangan ini juga mendapat keizinan daripada 'Imperial Household Council'. Rakyat negara itu memberi sokongan penuh kepada Michiko untuk menjadi sebahagian daripada keluarga diraja dan mereka memberikan jolokan "fairy tale" dan "romance of the tennis court" bagi merujuk kepada perkahwinan ini. Michiko perlu menyesuaikan diri dengan adat dan protokol istana yang sudah tentu berbeza dengan kehidupan sebagai rakyat biasa. Walaubagaimanapun ada ura-ura yang mengatakan perkahwinan ini tidak disenangi oleh bonda mertuanya, Maharani Kojun. Sudah tentu maharani menginginkan anakandanya memilih pasangan dari kalangan bangsawan. Maharani dilihat agak keberatan untuk menerima "orang luar" dalam keluarga diraja namun Maharaja Hirohito memberi keizinan untuk anakandanya berkahwin dengan Michiko. Hal ini juga tidak menjadi masalah bagi rakyat Jepun yang menganggap Michiko sebagai simbol kemodenan dan demokrasi bagi negara mereka. Malah perkahwinan ini juga turut mendapat sokongan daripada ahli politik negara. Fenomena "Mitchi Boom" menjadi bualan hangat dalam negara.

Putera Mahkota Akihito dan Michiko Shoda dalam persalinan tradisional masyarakat jepun sewaktu hari perkahwinan mereka pada 10 April 1959
diarak dengan kereta kuda sebaik sahaja selesai istiadat perkahwinan. Kali pertama dalam sejarah negara apabila perkahwinan diraja dibuat secara terbuka

Akhirnya, Maharani memberi keizinan dan pasangan ini berkahwin dengan adat istiadat taradisi Shinto pada 10 April 1959. Pasangan ini diarak mengelilingi bandaraya Tokyo sejauh 8.8 kilometer. Hampir 500 000 ribu rakyat berbaris di sepanjang jalan bagi melihat kelibat secara dekat puteri mahkota yang diangkat dari kalangan rakyat biasa. Perkahwinan diraja ini juga merupakan perkahwinan diraja pertama yang diraikan secara terbuka. Usai perkahwinan Michiko diberi gelaran diraja dan segala kemudahan dan elaun sebagai puteri mahkota. Ayahanda mertuanya, Maharaja Hirohito mengurniakan gelaran "Her Imperial Highness The Crown Princess" kepada Michiko.

KEHIDUPAN SEBAGAI PUTERI MAHKOTA
Puteri Mahkota Michiko cuba menyesuaikan diri dengan adat istiadat dan protokol diraja sebagai seorang puteri mahkota. Tekanan yang diberikan oleh Maharani Khojun pada ketika itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada Puteri Mahkota Michiko. Walaubagaimanapun sokongan dan dorongan suami tercinta, Michiko berjaya mengatasi tekanan tersebut. Malah pasangan diraja ini cuba membawa perubahan dalam adat lama yang dipegang teguh oleh Maharaja dan Maharani Jepun sebelum ini. Antaranya, mengambil keputusan untuk menjaga sendiri ketiga-tiga anakanda mereka tanpa bantuan dari pihak istana. Mengikut adat, putera dan puteri yang dilahirkan dalam keluarga diraja perlu dipisahkan daripada ibu bapa mereka dan dibesarkan oleh pengasuh peribadi yang dilantik oleh pihak istana. Putera dan Puteri Mahkota berkeras mengubah adat ini dan ingin membawa pembaharuan kepada keluarga diraja. Disamping itu, keupayaan Puteri Mahkota Michiko membina hubungan yang baik dengan rakyat jelata menyebabkan rakyat mula menyayangi dirinya. Michiko dilihat sebagai pemecah tembok istana yang sebelum ini dianggap sebagai dunia asing. Monarki Jepun dihormati disebabkan oleh faktor agama. Kehadiran Michiko dianggap sebagai penghubung utama ke arah menjadikan monarki Jepun sebagai monarki moden dalam usaha untuk mengeratkan hubungan rakyat dengan istana. Malah protokol diraja yang ketat di antara keluarga diraja dan rakyat cuba dikurangkan oleh pasangan ini. Pasangan diraja ini turut melanggar protokol diraja apabila duduk berlutut bersama rakyat ketika bertemu mereka. Adalah sesuatu yang janggal dan asing sekiranya ahli keluarga diraja berlutut di hadapan rakyat kecuali ketika berdoa.

Antara perubahan yang dibawa oleh pasangan diraja ini:
Menjaga dan membesarkan anak-anaknya tanpa pembantu
Menghantar anak ke sekolah biasa tanpa ada tutor peribadi
Merapatkan jurang antara keluarga diraja dan orang awam (pernah memberi kebenaran seorang pelajar sekolah mengambil gambar baginda berdua)


BAginda berdua tunduk hormat ke atas mangsa perang dunia kedua. Sesuatu yang melanggar adat apabila Maharaja dan Maharani Jepun sebenarnya tidak boleh berbuat demikian namun tetap dilakukan oleh pasangan ini.

Maharaja Akihito dan Maharani Michiko Monarki pertama Jepun yang duduk berlutut menghadapi mangsa bencana alam
Sumber:Suara Tv 

MAHARANI JEPUN
Baginda diangkat menjadi Maharani pada tanggal 7 Januari 1989 berikutan kemangkatan ayahanda mertuanya, Maharaja Hirohito. Serentak dengan itu, suaminya yang merupakan pewaris pertama takhta kerajaan, Puteri Mahkota Akihito diisytiharkan sebagai Maharaja Jepun ke-125. Satu istiadat pertabalan maharaja baru telah dilaksanakan pada 12 November 1990 di Istana Rasmi Negara. Tugas rasmi baginda tidak lah jauh berbeza sewaktu bergelar Puteri Mahkota. Cuma, jadual kerja baginda agak padat merangkumi lawatan luar negara dan menghadiri majlis-majlis rasmi negara. Maharani Michiko tidak pernah merungut akan kesibukan baginda  malah tetap setia dalam melaksanakan tugas sebagai isteri raja pemerintah. Pada tahun 2007 sahaja, baginda telah menghadiri 300 acara rasmi negara. Baginda dan suami sering kali bersama menghadiri majlis secara bersama dan menjadi Maharaja dan Maharani pertama yang keluar dari tembok istana untuk beramah mesra dengan rakyat jelata di luar istana tanpa protokol diraja. Dengan hanya berpakaian sukan, pasangan ini keluar bersiar-siar mengelilingi istana dan beramah mesra dengan rakyat. Sudah pasti perkara ini menjadi kejutan rakyat apabila melihat Maharaja dan Maharani begitu mudah didekati. Berikutan kemangkatan bonda mertuanya, Maharani khojun pada tahun 2000, baginda dilantik sebagai Penaung kehormat Persatuan Palang Merah iaitu jawatan tradisi yang mesti disandang oleh maharani. Kini baginda masih lagi sibuk melakukan tugasan diraja namu aktiviti baginda terpaksa dikurangkan atas faktor kesihatan. Pada tahun 2003, maharani dan Maharaja Akihito terlibat dalam kemalangan menyebabkan maharani terpaksa memakai alat penyokong leher. Pada tahun 2009 baginda mendapat kecederaan ligamen lutut selepas bermain tenis manakal pada Pada tahun 2016, baginda didiagnos dengan bronkitis teruk. Tahap kesihatan yang agak terganggu memaksa urusan diraja terpaksa dikurangkan namun maharani masih lagi kuat untuk berjalan sendiri tanpa bantuan.


 walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, baginda tetap sibuk menghadiri acara-acara negara.

Her Majesty The Empress of Japan

Maharani Michiko kini dalam usaha mempersiapkan menantunya, Puteri Mahkota Masako untuk menggalas tugas sebagai Maharani Jepun yang baru pada penghujung April 2019. Tidak seperi dirinya yang tidak mendapat soskongan daripada bonda mertuanya, Maharani Michiko tidak mahu melakukan benda yang sama ke atas menantunya. Maharani sentiasa memberi dorongan kepada Puteri Mahkato Masako untuk berhadapan dengan tekanan terutamanya apabila menantunya itu gagal melahirkan zuriat lelaki sebagai pewaris takhta. Pada 30 April 2019, ini legasi kepimpinan Maharani Michiko akan terus terpahat dalam ingatan rakyat negara Jepun sebagai wanita yang berjaya membuat perubahan terhadap istana setelah 30 tahun menemani suaminya  berada di atas singgahsana negara.

Pasangan bahagia:12 April 2013: sewaktu menghadiri majlis di sebuah hotel di Tokyo
Meminati suakn yang sama "romance of the tennis court"
Terima kasih Maharaja dan Maharani

Ulasan