Pengantin Diraja Sweden

Sabtu ini, 13 Jun 2015, satu-satunya putera kepada Raja Sweden, Putera Carl Philip akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya, seorang model, Sofia Hellqvist. Perkahwinan akan diadakan di Gereja Dalam Istana dan akan dihadiri oleh kerabat diraja eropah yang lain. Pejabat Istana Sweden telah mengesahkan bahawa selepas berkahwin, Raja Sweden, Raja Carl XVI Gustav berkenan untuk memberikan gelaran puteri dan gelaran bangsawan "Duchess" kepada menantunya itu. Sofia akan bergelar Her Royal Highness Princess Sofia of Sweden, Duchess of Varmland. Setakat ini kerabat Diraja yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah seperti berikut
  • Denmark- Ratu Margrethe II, Putera Mahkota Frederik, Puteri Mahkota Mary, Putera Joachim dan Puteri Marie
  • Belguim- Permaisuri Mathilde
  • Britan- Putera Edward dan Countess Sophie
  • Norway- Permaisuri Sonja, Putera Mahkota Haakon, Puteri Mahkota Mette-Merit, Puteri Martha Louise dan Ari Behn
  • Belanda- Permaisuri Maxima
  • Jepun - Puteri Hisako (Princess Hisako of Takamado)

Ulasan

Catatan Popular