A Baby Boy



Duchess of Cambridge selamat melahirkan bayi lelaki. Bayi dilahirkan pada pukul 4.24 waktu tempatan dan kenyataan rasmi telah diletakkan dihadapan pintu Istana Buckingham (tradisi yang diamalkan sejak pemerintahan Ratu Victoria apabila ahli baru keluarga diraja lahir, kenyataan rasmi akan digantungkan di pintu besar istana). Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Setiausaha sulit kepada Prince William dan dibawa ke Istana Buckingham untuk mendapatkan tandatangan Queen Elizabet II sebelum diletakkan dihadapan pintu pagar istana. Kebiasaanya bayi yang baru dilahirkan dalam keluarga diraja akan diiringi dengan 41 das tembakan meriam. Keduanya-duanya berada dalam keadaan sihat. Bayi ini berada pada kedudukan Ketiga senarai pewarisan takhta England. Bapa saudaranya, Prince Henry kini berada pada kedudukan keempat. Satu lagi kenyataan rasmi telah dikeluarkan di hadapan hospital St Mary.
Royal Proclamation: Kiri merupakan kenyataan rasmi sempena kelahiran bayi Prince William bertarikh 22 Julai manakala disebelah kanan merupakan kenyataan rasmi kelahiran Prince William bertarikh 21 June. Kedua-duanya diletakkan dihadapan pgar Istana Buckingham

Ulasan

Catatan Popular