Perayaaan "Ruby Jublee" sempena 40 Tahun Pemerintahan Raja Sweden


Jika tahun lepas (2012) merupakan Perayaan 40 Tahun pemerintahan sepupunya, HM Queen Margrethe II of Denmark, maka tahun ini giliran Raja Sweden, King Carl Gustav XVI merayakan 40 tahun pemerintahannya. Kerajaan Sweden semalam (15 September 2013) mengadakan sambutan kerajaan bagi merayakan pemerintahan raja mereka.
His Majesty King Carl XVI Gustaf  of Sweden
&
Her Majesty Queen Silvia of Sweden

King Carl Gustaf XVI ditabalkan sebagai Raja Sweden ke-23 bagi mengagntikan datuknya HM King Gustav VI Adolf. Ketika ditabalkan baginda hanya berumur 27 tahun, umur yang begitu muda bagi seorang bakal raja untuk memerintah. Ayahandanya, Prince Gustaf Adolf, Duke of Västerbotten mangkat sebelum sempat menaiki takhta kerajaan apabila terlibat dalam kemalangan kapal terbang di Kastrup Airport, Kastrup, Denmark pada 26 Januari 1947 selepas menziarahi rakan baiknya Princess Juliana of Netherland (Kemudian bergelar Queen Juliana) dan suaminya Prince Benhard. Kemalangan ini mengorbankan kesemua 19 penumpang dan 6 anak kapal. Ketika tragedi ini berlaku, King Carl Gustaf hanya berumur 9 bulan dan akhirnya meletakkan dirinya sebagai pewaris pertama selepas datuknya.

King Carl Gustaf dianggap sebagai monarki moden Sweden kerana telah melakukan beberapa pembaharuan yang bertentangan dengan prinsip datuknya. Pertama, baginda telah mengubah Undang-undang pewarisan takhta yang hanya membenarkan pewaris lelaki sahaja menaiki takhta kerajaan. Penggubalan undang-undang ini membolehkan puteri sulungnya, Princess Victoria memerintah negara suatu hari kelak dan menjadi Ratu pertama memerintah Sweden. Baginda juga turut mengubah undang-undang yang membenarkan ahli keluarga diraja berkahwin dengan rakyat biasa. Bagi Datuknya, hanya kerabat berdarah raja sahaja yang layak memerintah negara. Sekiranya mereka berkeras maka merka bukan sahaja kehilangan hak mewarisi takhta malah turut hilang gelaran diraja. Hal ini berlaku terhadap bapa saudaranya, Prince Carl Johan hilang hak mewarisi takhta dan kesemua gelaran diraja.  Keadaan ini menyebabkan King Carl Gustaf tidak berkahwin dengan wanita biasa pilihanya sehinggalah datuknya itu mangkat pada 1973. Baginda akhirnya berkahwin dengan wanita biasa pilihannya, Silvia Sommerlath pada 19 Jun 1976. Perkahwinan mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Anakanda King Carl Gustav dan Queen Silvia - dari kiri:  Her Royal Highness Victoria Ingrid Alice Désirée, Crown Princess of Sweden, Duchess of Västergötland, His Royal Highness Prince Carl Philip Edmund Bertil, Duke of Värmland, dan Her Royal Highness Princess Madeleine Thérèse Amelie Josephine, Duchess of Hälsingland and Gästrikland

Kalendar sambutan Ruby Jublee pemerintahannya turut diwarnai dengan peristiwa sedih pada tahun ini apabila bonda saudaranya, Princess Lilian mangkat pada bulan Mac lalu.
Her Royal Highness Princess Duchess of Halland

Sambutan 40 tahun pemerintahan baginda telah dimulakan dengan lawatan keluarga diraja kesemua daerah di Sweden. Kemuncak sambutan bermula pada 14 September lepas apabila Kerajaan Sweden mengadakan Majlis Makan Malam di Parlimen yang dihoskan oleh Perdana Menteri Sweden. Ketibaan baginda brdua dan ahli keluarga diraja disambut oleh Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt

Her Majesty the Queen of Sweden
Her Royal Highness Princess Madeline dan suaminya, Christopher O'Neill serta abangnya, His Royal Highness Prince Carl Philip
ANAKANDA DAN MENANTU RAJA SWEDEN - dari kiri: HRH Prince Daniel, HRH Crown Princess Victoria, HRH Prince Carl Philip, HRH Princess Madelaine dan Christopher O'Neill 

Majlis diteruskan dengan Konsert diraja yang diadakan di City Hall, Stocklom Ibu Negara Sweden

Keesokannya (15 September 2013) Majlis kesyukuran (Thanksgiving ceromony) diadakan di Gereja Istana, Istana Diraja. Kesemua Adik beradik Raja Sweden hadir ke majlis ini iaitu Princess Margaretha, Princess Birgitta, Princess Désirée dan Princess Christina. Majlis turut dihadiri oleh sepupu baginda, Queen Margrethe II of Denmark (Ayahanda King Carl XVI gustaf iaitu Prince Gustaf Adolf merupakan adik beradik kandung kepada bonda Ratu Margrethe II iaitu Princess Ingrid Victoria Sofia Louise Margareta of Sweden. Kesemua tetamu memakai Pingat 40 tahun Pemerintahan King Carl XVI Gustav disebelah kanan. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan King Carl XVI Gustaf di balkoni istana dan diakhiri dengan pasangan diraja ini menari di laman istana
TETAMU NEGARA - HM King Harald of Norway & HM Queen Sonja of Norway
SEPUPU RAJA - HM Queen Margrethe II of Denmark dan suaminya HRH Prince Henrik 
Bergambar kenanngan di hadapan tangga besar gereja
HRH Princess Estella bakal memerintah Sweden suatu hari nanti bersama ibunya Crown Princess Victoria. Estella berada pada susunan kedua senarai pewaris takhta selepas bondanya.






Ulasan

Catatan Popular