Tempat Persemayaman Singgahsana Istana Diraja Sepanyol bakal diubah

Kerusi Singgahsana yang kini terdapat di Balai Singgahsana Istana Diraja sepanyol di Madrid bakal diubah berikutan pelantikan Raja Felipe VI sebagai Raja baru Sepanyol baru-baru ini. menjadi adat dan tradisi monarki Eropah seperti Sepanyol dan United Kingdom sekiranya seorang raja baru menaiki takhta, tempat duduk persemayaman baginda akan digantikan dengan yang baru mengikut citarasa raja baru yang dilantik. Buat masa ini kerusi yang dibuat khusus untuk Raja Juan Carlos I dan Permaisuri Sofia selepas dilantik menjadi Raja dan Permaisuri Sepanyol 39 tahun yang lalu masih belum digantikan.
Suasana Balai Singgahsana Istana Diraja Madrid, Sepanyol
Kedudukan Balai Singgahsana (43) manakala Bilik Gasparini (6) merupakan bilik tempat diadakan istiadat menandatangani Undang-undang penurunan takhta sempena perletakan jawatan Raja Juan Carlos I
Balai singgahsana ini dihiasi dengan warna merah keemasan dan pada singgahsana diraja ini terdapat 4 ekor singa gangsa mewakili kekusaan Raja Sepanyol. Dinding balai Singgahsana ini disulam dengan kain baldu berwarna merah manakala bahagian syiling pula dihiasi dengan lukisan minyak mengisahkan keagungan pemerintahan monarki sepanyol. Istana ini merupakan Istana rasmi Raja-raja Sepanyol sehingga pemerintahan nenda Raja Juan Carlos I, Raja Alfonso XIII sebelum dia dibuang dari takhta oleh diktator Francisco Franco. Kini, istana ini hanya digunakan untuk istiadat rasmi dan sambutan kenegaraan sahaja. Keluarga diraja Sepanyol kini tinggal di Istana yang lebih kecil iaitu Istana Zarzuela.

Majlis menerima duta baru ke Sepanyol Februari 2014
Majlis Menerima menghadap Presiden Mexico H.E Enrique Pena Nieto 8 Jun 2014
Majlis menerima menghadap Bekas Emir Qatar Sheikh Hamad bin Khalif aAl-Thani dan isteriya Sheikha Mozah April 2011
Istiadat menerima menghadap bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan bekas Wanita Pertama Perancis Carla Bruni April 2009



Ulasan

Catatan Popular