Permaisuri Maxima: Permaisuri Rakyat Belanda

Permaisuri Maxima merupakan Wanita Kebanyakan pertama yang diangkat menjadi Permaisuri Negara Belanda. Baginda juga merupakan Permaisuri (Queen Consort)  yang pertama sejak dari 1890 kerana sebelum ini pemerintahan Belanda berada di bawah pemerintahan 3 orang ratu (Queen) iaitu Ratu Wilhelmina  23 November 1980- 4 September 1948, Ratu Juliana 4 September 1948 - 30 April 1980 dan Ratu Beatrix 30 April 1980- 30 April 2013. Berasal dari negara Latin Argentina (lahir 17 Mei 1971), baginda merupakan anak sulung daripada pasangan Jorge Zorreguieta bersama isteri keduanya MarĂ­a del Carmen Cerruti Carricart. Menjalani kehidupan sebagai seorang rakyat biasa, baginda menerima pendidikan awal di  Northlands School. Berkelulusan Ijazah dalam bidang ekonomi dari Pontifical Catholic University of Argentina  pada tahun 1995 sebelum menyambung pendidikan master di Amerika. Setelah tamat belajar, baginda bekerja dengan firma kewangan antarabangsa di Argentina, New York dan Brussels. Selain dari itu, baginda juga turut bekerja sebagai Guru bahasa Inggeris dan Matematik di Sekolah Tinggi. Baginda juga fasih berbahasa Sepanyol, Perancis dan Belanda

Bibit perkenalan antara Permaisuri Maxima dengan Raja Willem Alexander bermula apabila mereka buat kali bertemu dalam  satu Pesta Kebudayaan yang diadakan di Seville, Sepanyol pada April 1999. Ketika bertemu, Raja Alexander hanya memperkenalkan dirinya sebagai Alexander dan Maxima tidak pernah mengetahui bahawa lelaki tersebut merupakan seoarang putera raja. Apabila Sang Putera memberitahu status dirinya yang sebenar sebagai Prince of Orange (Gelaran rasmi untuk pewaris pertama takhta diraja Belanda. sekiranya pewaris adalah perempuan gelaran adalah Princess of Orange) Maxima hanya berpendapat ianya hanya sebagai gurauan biasa. Namun, Putera Willem Alexander ingin bertindak jujur dalam perhubungan dan memberitahu statusnya yang sebenar dan mereka berjanji akan bertemu di New York dalam masa dua minggu dari sekarang. Di New York perhubungan mereka manjadi semakin serius namun Maxima belum lagi dibawa berjumpa dengan ayahanda dan bonda Putera Willem, Ratu Beatrix dan Putera Claus.

Namun Percintaan mereka berdua ini terpalit dengan kontraversi kerana Maxima merupakan anak kepada Jorge Zorreguieta. Sebenarnya Jorge Zorreguieta merupakan Menteri Pertanian Argentina di bawah pemerintahan Diktator Presiden Videla. Semasa pemerintahan Presiden diktator ini (1976-1981) dianggarkan seramai 10,000 hingga 30,000 rakyat ditangkap dan dibunuh sekiranya menentang kerajaan. Seorang ahli Parlimen Belanda Profesor Michiel Baud diberi tanggungjawab untuk menyiasat penglibatan ayah Maxima dalam kekejaman yang dilakukan oleh Presiden Videla. Setahun sebelum pemerintahan Videla berakhir Jorge Zorreguieta bertindak meletak jawatan dan memberi alasan bahawa beliau tidak tahun menahu berkaitan dengan insiden yang menimpa rakyat Argentina. Setelah siasatan dilakukan  Profesor Michiel Baud berpendapat bahawa alasan Jorge Zorreguieta adalah tidak masuk akal kerana adalah mustahil bagi seorang menteri kabinet yang memegang portfolio utama tidak tahu akan apa yang dilakukan oleh presidennya. Walaubagaimanapun Parlimen Belanda tetap memberi restu perkahwinan Putera Willem kerana Maxima tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh menyebabkan perkahwinannya dengan Putera Willem dibatalkan. Menjadi kelaziman di Belanda sekiranya seorang kerabat diraja kanan ingin berkahwin pasangan tersebut perlu mendapat persetujuan dari Parlimen Belanda terlebih dahulu. Sekiranya tidak mereka akan kehilangan mewarisi takhta dan status sebagai kerabat diraja. Ratu Beatrix dan Putera Claus memberi restu akan perkahwinan anakandanya malah tidak menghalang pilihan puteranya itu. Walaubagaimanapun, Parlimen Belanda memutuskan bahawa ayah Maxima tidak dibenarkan menghadiri perkahwinannya malah turut tidak dibenarkan menghadiri dalam apa jua bentuk acara yang melibatkan kerajaan Belanda. Malah sewaktu Istiadat Pertabalan menantunya sebagai Raja Belanda yang baru pada tahun 2013, Jorge Zorreguieta turut tidak dibenarkan menghadirinya. Jorge Zorreguieta hanya dibenarkan hadir pada acara pembaptisan tiga cucunya iaitu Puteri Catharina-Amalia, Puteri Alexia dan Puteri Ariane kerana Parlimen berpendapata bahawa upacara pembaptisan merupakan Upacara kekeluargaan bukan upacara kerajaan.
Cincin Pertunangan bertatahkan permata oren lambang warna rasmi bagi kerajaan Belanda
Pada  30 Mac 2001, pasangan ini akhirnya mengikat tali pertunangan. Dalam satu temubual ekslusif mengenai percintaan mereka yang disiarkan sera rasmi di televisyen Belanda, Putera Willem menyatakan kegembiraannya dapat menikahi seorang wanita biasa yang boleh menjadikan dirinya lebih dekat dengann rakyatnya. Pasangan ini bernikah pada 2 Februari 2002 di Amsterdam, ibu negara Belanda. Serentak dengan itu beliau diberikan kerakyatan Belanda dan diberi gelaran "Princess" dan Darjah Kebesaran Tertinggi Belanda Order of the Netherlands Lion. Perkahwinan bahagia ini diserikan dengan kehadiran tiga orang cahaya mata iaitu Puteri Catharina-Amalia (7 Disember 2003), Puteri Alexia (26 Jun 2005) dan Puteri Ariane (10 April 2007)
Perkahwinan Diraja Belanda April 2002
Sebagai sorang Permaisuri jadual hariannya sentiasa sibuk dengan tugas-tugas negara. Baginda merupakan seorang ahli kepada Suruhanjaya Khas Parlimen dalam isu meningkatkan penyertaan imigran wanita dalam sektor tenaga buruh. Baginda juga diberikan kadudukan khas sebagai penasihat dalam Dewan Perlembagaan Belanda (Badan Penasihat Teringgi dalm Pentadbiran dan kehakiman Belanda) pada tahun 2004. Selain itu baginda juga merupakan Ahli Jawatankuasa Penglibatan Etnik Minoriti dan ahli lembaga Pengarah Pengurusan, Kepelbagaian dan Integrasi di Free University of Amsterdam. Malah Baginda juga merupakan Pengarusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Putera Claus dalam Institut Ekuiti dan Pembangunan Sains Sosial  University of Utrecht. Peranan baginda di peringkat antarabangsa sangat menyerlah terutamanya dalam sektor kewangan. Sebelum menjadi Kerabat diraja Belanda Baginda banyak terlibat dalam firma kewangan antarabangsa. Maka tidak hairanlah baginda sering kali dilihat menghadiri persidangan kewangan dan dilantik menerajui beberapa badan kewangan dunia. Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-Moon turut mengiktiraf peranan Permaisuri Maxima dalam bidang kewangan apabila beliau bertindak melatik Permaisuri Maxima sebagai Penasihat Khas kepada PBB dalam urusan pengurusan dan pembangunan kewangan UNSGSA  Baginda juga turut menjadi :
  • Penaung Kehormat kepada Perkongsian Kewangan Antarabangsa bagi Kumpulan Negara Maju G20 GPFI
  • Ahli Penasihat kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Kewangan Microkredit dan Pengurusan Sektor Kewangan Antarabangsa
Conference for the Food and Agriculture Organization (FAO). Rome, Italy 16 October 2014

Bersama Setiausaha PBB, Ban Ki-moon sempena lawatan kerja 2 hari sempena Perhimpunan Agung PBB di New York. 24 September 2014
Pada tahun 2013status Puteri akhirnya bertukar kepada Permaisuri apabila Bonda Mertuanya, Ratu Beatrix mengambil keputusan untuk turun takhta bagi memberi laluan kepada anakanda sulungnya Putera Willem untuk menjadi Ketua Negara Belanda. Ratu Beatrix beranggapan bahawa anakanda dan menantunya itu telah bersedia untuk menggalas tugas negara seterusnya membawa kemajuan kepada Belanda. Istiadat Pertabalan diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh kerabat diraja seluruh dunia dan juga pemimpin asing.
Istiadat Pertabalan Raja Belanda 2013
Baginda juga turut menemani suaminya Raja Willem Alexander dalam melakukan lawatan rasmi ke negara asing bagi mengeratkan lagi hubungan negara yang dilawati.

 Lari dari Kebiasaan: Maxima memakai Jubah dan selendang atas rasa hormat keatas agama Islam sewaktu Mengunjungi Masjid Sheikh Zayed UAE pada tahun 2012 (kiri) dan Masjid Besar Sultan Qaboos 2012 (kanan)
Brunei Januari 2013: Ketika itu masih bergelar sebagai Puteri bagi mengiringi lawatan bonda mertuanya Ratu Beatrix. Permaisuri Maxima dianugerahkan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati
Lawatan Presiden China ke Belanda Presiden Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan 2014
Potret Rasmi sebagai Permaisuri Belanda


Ulasan

Catatan Popular