Lawatan Rasmi 3 Hari Raja Belanda ke Denmark

Semalam bermula 17 Mac 2015 sehingga 19 Mac 2015, Raja Belanda, Raja Willem Alexander dan Permaisuri Maxima tmengadakan lawatan 3 hari ke Denmark. Rombongan diraja ini diiringi oleh Menteri Luar Belanda, Bert Koenders. Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama yang telah tejalin sebelum ini terutama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial. Ini merupakan lawatan rasmi pertama bagi Raja Willem Alexander ke Denmark setelah baginda naik takhta pada tahun 2013

Ketibaan baginda berdua di Lapangan Terbang Kastrup, Copenhagen disambut oleh Keluarga Diraja Denmark yang diketuai sendiri oleh Ratu Margrethe II dan suaminya, Putera Henrik. Turut menyambut ketibaan baginda adalah anakanda Ratu Margrethe II, Putera Mahkota Frederick dan Putera Jaochim bersama isteri masing-masing. Baginda berdua kemudian diiringi dengan konvoi kenderaan diraja menuju ke Fredensborg Castle untuk sidang media rasmi. Baginda seterusnya mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt. Pada sebelah tengah hari baginda berdua bersama Putera Mahkota Frederick dan Puteri Mahkota Mary menghadiri Persidangan Pembangunan Sosial: Pembangunan Sosial di Denmark dan Belanda yang diadakan di Universiti Aalborg
Menunggu Ketibaan Diraja: Putera Mahkota Denmark, Putera Frederick dan isterinya, Putera Mahkota Mary, Putera Jaochim, Puteri Marie serta Puteri Benedikte bersama suaminya Putera  Richard
Pasangan Diraja ini disambut oleh Ratu Margrethe II serta Putera Henrik

Raja Willem Alexander berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Anggota Tentera Diraja Denmark sebelum berangkat menuju ke Fredensborg Castle
 Ketibaan baginda di Fredensborg Castle
Gambar Rasmi lawatan: Ratu Margrethe II, Raja Willem Alexander, Permaisuri Maxima dan Putera Henrik
 Perbincangan tertutup bersama dengan Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt

Persidangan di Universiti Aalborg

Pada sebelah malamnya, Ratu Margrethe II berkenan mengadakan Majlis Santapan Diraja Sempena Lawatan Raja Willem Alexander dan Permaisuri Maxima ke Denmark di Christansborg Castle. Lawatan rasmi tidak dapat dipisahkan dengan Majlis Santapan Diraja. Majlis Santapan Diraja yang diadakan ini sering kali ditunggu-tunggu oleh pihak media untuk mengetahui apa yang akan dipakai oleh kerabat diraja bersama dengan tiara masing-masing.
 Untuk Majlis ini Ratu Margrethe memakai The Pearl Poire Tiara lengkap dengan set rantai dan kerongsang mutiara. Baginda juga turut memakai darjah tertinggi kerajaan Belanda Knight Grand Cross of the Order of the Netherlands Lion yang diterima daripada Ratu Beatrix.
 Puteri Mahkota Mary turut mencuri perhatian pada Santapan Diraja tersebut. Baginda memakai tiara yang merupakan hadiah perkahwinan daripada ayahanda dan bonda mertuanya. Baginda juga turut memakai darjah tertinggi kerajaan Belanda Knight Grand Cross of the Order of the Netherlands Lion yang diterima daripada Raja Willem Alexander. turut menerima darjah yang sama adalah suaminya, Putera Mahkota Frederick.
Putera Mahkota Denmark, Putera Mahkota Frederick dan Puteri Mahkota DEnmark, Puteri Mahkota Mary

Turut hadir pada majlis santapan ini adalah anakanda kedua Ratu Margrethe II, Putera Jaochim dan isterinya Puteri Marie serta adinda Ratu Margrethe II, Puteri Benedikte dan suaminya. Kesemua mereka dikurniakan dengan darjah Grand Cross of the Order of the Crown.
 Putera Joachim dan isterinya Puteri Mary
His Royal Highness Prince Joachim of Denmark & Her Royal Highness Princess Marie of Denmark
 Adinda Ratu Margrethe II, Puteri Benedikte dan suaminya, Putera Richard
Princess Benedikte of Denmark & Prince Richard of Berleburg

Permaisuri Maxima pula memakai gaun yang pernah dipakai baginda sewaktu hari pertabalan suaminya sebagai Raja Belanda pada April 2013. Gaun biru hasil rekaan rakyat tempatan Belanda, Jan Taminiau diserlahkan lagi dengan pemakaian tiara permata biru The Dutch Sapphire Tiara milik Permaisuri Emma yang dibuat pada tahun 1881. Baginda juga turut dianugerahkan darjah tertinggi kerajaan Denmark Order of the Elephant.


Gaun yang sama digunakan baginda sewaktu hari pertabalan suaminya pada April 2013


 


Keberangkatan tiba Raja Willem Alexander dan Permaisuri Maxima disambut oleh Ratu Margrethe II dan Putera Henrik. Majlis Santapan Diraja diadakan di Christansborg Castle




Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt




Ulasan

Catatan Popular