Istiadat Penghadapan dan Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu ke-53

ISTIADAT PENGHADAPAN DAN PENGURNIAAN BINTANG-BINTANG 
DARJAH KEBESARAN NEGERI
Istana Syarqiyyah, Chendering, Terengganu
26 April 2015 [7 Rejab 1436 H]


Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terangganu, Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol yang bertugas pada Hari Istiadat memeriksa kedatangan tetamu dan tetamu Vip sebelum memasuki Balai Singgahsana Istana Syarqiyyah

Suasana Balai Singgahsana Istana Syarqiyyah

Keberangkatan tiba Anakanda Sultan, Tengku Nadhirah Zaharah dan Tengku Fatimatuh Zahra'

Keberangkatan tiba Bonda Sultan, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Syariffah Nong Al-Sagoff


Keberangkatan tiba KDYMM Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu

Sultan dan Sultanah Terengganu berserta YTM Tengku Besar Terengganu bersemayam di Singgahsana Kerajaan

YAB Menteri Besar menyampaikan perutusan tahniah bagi mewakili kerajaan dan rakyat Terengganu

KDYMM Sultan menyampaikanTitah Ucapan Diraja

Dato’ Bentara Luar Dato' Hj Omar bin Pilus mengadap dan menyembah maklum kepada KDYMM Sultan untuk memulakan istiadat pengurniaan bintang kebesaran negeri

 YAB MB Datuk Ahmad Razif mengetuai senarai penerima pingat dengan dianugerahkan Bintang Kebesaran Peringkat Kedua Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) yang membawa gelaran
'Datuk Seri'

 Ketua  Istiadat Datuk Bentara Luar, Datuk Omar Pilus turut dianugerahkan Bintang Kebesaran Peringkat Kedua Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pula penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati Peringkat Pertama Seri Paduka Mahkota Terengganu (SPMT) yang membawa gelaran 'Datuk'

Mufti Negeri Dr Zulkifly Muda menerima Darjah Kebesaran Mahkota Terengganu peringkat kedua Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran 'Datuk'


Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu [Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol]
               Unit Komunikasi Negeri Terengganu

Ulasan

Catatan Popular