ELIZABETH II - Monarki Paling Lama Memerintah Britain

9 September 2015, tarikh dimana tercatatnya dalam sistem pemerintahan beraja moden apabila Ratu Elizabeth II berjaya meletakkan dirinya sebagai pemerintah Britain paling lama mengatasi moyangnya Ratu Victoria. Rekod yang dipegang oleh Ratu Victoria selama 63 tahun 216 hari (1837-1901) berjaya diatasi oleh Ratu Elizabeth II dimana baginda dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan dijangkakan boleh memerintah negara untuk satu tempoh yang agak panjang.

Berbeza dengan Ratu Victoria yang terpaksa hidup bersendirian setelah 21 tahun hidup bersama dengan pasangannya, Putera Albert, Ratu Elizabeth ii diberikan kesempatan untuk bersama suami yang juga merupakan penasihat paling dekat dalam hidupnya, Putera Philip. Putera Philip kini berusia 94 manakala Ratu Elizabeth bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-90 pada April 2016.

Ketika berumur 4 tahun (22 Januari 1931)

Elizabeth sebenarnya bukan dilahirkan untuk memerintah. Anakanda sulung kepada Putera Albert, Duke of York dan Elizabeth, Duchess of York ini tidak dijangkakan akan memerintah Britain. Malah baginda juga tidak menggunakan gelaran Prince/Princess of Wales dimana gelaran ini diberikan kepada pewaris pertama takhta kerajaan. Semuanya berubah apabila bapa saudaranya Raja Edward VIII bertindak turun takhta semata-mata ingin berkahwin dengan seorang janda dari Amerika Syarikat (AS), Wallis Simpson. Gereja England ketika itu menentang perkahwinan pemerintah mereka dengan seorang janda. Apatah lagi Wallis Simpson ketika itu telah 2 kali bercerai.

Akhirnya Takhta Britain diserahkan kepada Putera Albert (Ayahanda Ratu) dengan memakai gelaran Raja George VI. Secara automatik Elizabeth yang ketika itu berumur 10 tahun diangkat menjadi pewaris pertama kerajaan Britain. Walau bagaimanapun sekiranya Elizabeth ketika itu mempunyai adik lelaki, baginda mungkin kehilangan status sebagai pewaris pertama kerana pada ketika itu mengutamakan lelaki untuk mewarisi takhta. Nasib menyebelahi dirinya apabila Elizabeth hanya mempunyai seorang adik perempuan.

Elizabeth bertemu jodoh dengan dua pupunya  iaitu Putera Philip yang merupakan Putera Diraja Denmark dan Greece. Untuk berkahwin deggan Elizabeth, Philip terpaksa melepaskan gelaran dirajanya dan menukar agama dari Greek Ortodok kepada Anglicanisme. Philip hanya dikenali sebagai Leftenan Philip Mountbatten mengambil nama keluarga ibunya dari keturunan British. Pasangan ini telah bertunang secara rahsia pada 1946. Setahun selepas itu barulah pihak istana mengumumkan perkara itu kepada umum kerana Raja George VI mahu menunggu Puterinya itu mencapai usia 20 tahun terlebih dahulu. Pasangan ini berkahwin pada 20 nov tahun yang sama. Selepas berkahwin dengan Elizabeth, Beliau diberikan gelaran diraja baru His Royal Highness  Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth, dan Baron Greenwich. Perkahwinan mereka diwarnai dengan 4 orang cahaya mata iaitu Charles (1948) Anne (1950), Andrew (1960) dan Edward (1964)

Kelahiran Putera Andrew. Gambar diambil pada 16 Mac 1960

Foto keluarga 1972, Balmoral Castle, Scotland
Anne, Charles, Edward dan Albert

Apabila Ayahandanya Raja George VI meninggal dunia pada usia 56 tahun, pada 1952, Ratu Elizabeth yang ketika itu berusia 25 tahun mengambil alih pemerintahan negara. Ketika itu Elizabeth dan suaminya dalam rangka lawatan rasmi ke Kenya. Baginda terus membatalakn lawatannya dan terbang pulang ke London dengan disambut oleh Perdana Menteri Winston Churchill. Istiadat pertabalan diadakan pada tahun berikutnya dengan dihadiri oleh kerabat diraja termasuk Raja-Raja Melayu dan Sultan Brunei.

Ratu Elizabeth II dan Putera Philip ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Parlimen buat kali pertama sebagai pemerintah Britain pada tahun 1952

bersama Raja Arab Saudi ke-3, Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud sewaktu pemerintah Arab Saudi mengadakan lawatan ke London 1960


1972: Sambutan 25 tahun pemerintahan pada tahun 1972
menaiki kereta kuda selepas selesai istiadat kesyukuran di Gereja Westminster Abbey

Menjadi seorang Ketua Negara dengan dilimpahi kekayaan tidak bermakna kehidupannya akan sentiasa dilengkapi dengan kebahagian. Pada 24 November 1992 sewaktu berucap dalam satu Majlis kerajaan merayakn 40 tahun pemerintahannya, Elizabeth menyatakan bahawa tahun 1992 itu sebagai tahun yang menyedihkan. Baginda menggunakan istilah untuk 'annus horribilis' menggambarkan kesedihan pada tahun tersebut. Pada bulan Mac 1992, anakanda ketiganya Putera Andrew bercerai diikuti oleh puteri Anne pada bulan april tahun yang sama. Semasa meengadakan lawatan rasmi ke Jerman, baginda telah dibaling dengan telur oleh beberapa penunjuk perasaan dan yang terakhir pada bulan November, istana rasmi baginda kedua, Windsor Castle terbakar menyebabkan kerugian berjuta-juta pound sterling. Baginda juga turut menerima kritikan hebat sewaktu kemangkatan Puteri Diana dan ada puak yang mengugut untuk mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Istana Buckingham sekirranya pihak istana tidak mahu mengadakan istiadat pengebumian diraja kepada Puteri Diana.

Potret Rasmi 2015

Menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke UK, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan, 12 Nov 2014

Walaubagaimanapun, Personaliti yang dibawa oleh sang ratu berjaya menutup semua perkara lain yang menjejaskan imej keluarga diraja paling terkenal di dunia bahkan baginda turut menjadi ikon dan simbol seluruh penduduk dunia apabila melibatkan hal-hal diraja. Secara kasarnya, Ratu Elizabeth yang merupakan ibu kepada empat orang anak dan nenda kepada lapan orang cucu. Pada tahun 2007 Elizabeth mencatat sejarah menjadi kerabat diraja Britain paling lama hidup, mengatasi Ratu Victoria yang meninggal dunia pada usia 81 tahun.

 Kali pertama memegang status nenek. Elizabeth bersama cucu pertamanya, Peter Philip
(anakanda Puteri Anne)

Menganugerahkan Bintang kebesaran Honorary Dame Grand Cross of the Most Distinguished Order of St Michael and St George kepada pelakon Antarabangsa Ageline Jolie atas usaha kemanusiaan pelakon itu menentang keganasan seksual keatas pelarian antarabangsa

"GOD SAVE THE QUEEN"

'Entry' berkaitan Ratu Elizabeth II

Ulasan

Catatan Popular