PERMAISURI BHUTAN SELAMAT MELAHIRKAN PEWARIS TAKHTA NEGARA
Permaiisuri Jetsun Pema memegang rekod sebagai Permaisuri termuda di dunia
Sumber rasmi Istana Bhutan mengesahkan bahawa permaisuri mereka, Permaisuri Jetsun Pema, 25 tahun telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Bayi lelaki ini dilahirkan pada 5 Januari 2016 di ketuai oleh pakar perubatan moden di Istana Lingkana, Thimpu. Bayi lelaki yang belum diberi nama ini akan diangkat menjadi putera mahkota bhutan, pewaris pertama keturunan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck. Menurut sumber, suami baginda berada di sisi Permaisuri Jetsun Pema sepanjang proses kelahiran bayi mereka. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2011 dalam satu adat istiadat keagamaan Bhudha.
Dalam satu kenyataan, Raja Bhutan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan perubatan, Ketua-ketua sami Bhudha dan rakyat Bhutan diatas usaha mereka mmendoakan kesejahteraan Permaisuri dan anakanda sulung mereka
Ulasan
Catat Ulasan