DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.)


2 Mac 2015: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar (dua dari kanan) menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) daripada Tuanku Abdul Halim yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) di Istana Bukit Serene.- Foto Khairull Azry Bidin (Berita harian)

6 Disember 2014: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (kanan) berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan di Istana Perak, Bukit Persekutuan

27 Januari 2012: Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) daripada kerajaan Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara

7 Disember 2011 : Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Majlis penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mewakili Tuanku Mizan kepada Sultan Muhammad V itu di Bilik Rehat Raja-Raja, Istana Negeri, Kubang Kerian

Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) merupakan darjah yang kedua antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia dan tidak mempunyai darjah kecil. Bilangan ahli D.M.N. terhad kepada 30 orang. D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Asing, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama. Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben. Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958. Pemakaian darjah ini hanya dapat dilihat sewaktu istiadat-istiadat rasmi negara yang melibatkan raja-raja Melayu dan isteri-isteri baginda.

Almarhumah Tuanku Kursiah menerima darjah ini daripada SPB YDPA ke 7 Sultan Ahmad Shah

 Raja perempuan Perlis Tengku Budriah binti Tengku Ismail memakai darjah ini sewaktu menghadiri Majlis Pertukaran Cenderamata sempena lawatan SPB Yang di-Pertuan Agong ketujuh, Tuanku Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ke Perlis di Istana Dalam, Kangar, Perlis pada 15 Januari 1981

 Raja Permaisuri Agong keempat, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja memakai darjah ini sewaktu menghadiri Majlis Jamuan negeri sempena lawatan baginda ke Sarawak pada 19 September 1968. Kelihatan isteri Gabenor Sarawak, Toh Puan Hajjah Masniah menyampaikan hadiah, satu gelang tangan kepada Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong keenam, Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra memakai darjah ini sewaktu menghadiri Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 21.3.1977

Raja Permaisuri Agong ketujuh, Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang berangkat masuk bersama Raja perempuan Perlis Tengku Budriah binti Tengku Ismail untuk menghadiri Majlis Santapan Negeri, turut berangkat adalah SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah di Dewan Jamuan, Istana Arau, Kangar, Perlis. 15.01.1981


Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong ke lapan, Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja semasa Majlis Pembukaan Sidang Parlimen ke-7 pada 7.10.1986

Raja Permaisuri Agong kesembilan, Tuanku Siti Bainun binti Mohamad Ali memakai darjah ini sewaktu menghadiri Majlis Santapan Diraja Di Istana Buckingham pada 9 November 1993 sempena lawatan Tuanku Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah ke London. Turut kelihatan memakai darjah ini adalah Ratu Elizabeth II

Raja Permaisuri Agong ke sepuluh, Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin beramah mesra dengan Ratu Elizabeth II semasa Majlis Santapan Diraja sempena lawatan Ratu England ke Malaysia pada tahun 1998. Baginda berdua memakai selempang dan bintang darjah DMN

SPB Raja Permaisuri Agong Ke-11, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman memakai darjah ini sewaktu menghadiri Istiadat Santapan Diraja sempena Jubli Perak Pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar pada tahun 1999

SPB Raja Permaisuri Agong ke-12, Tuanku Fauziah Bt Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin berbual dalam satu aturcara sempena lawatan rasmi SPB Yang DI-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong ke Negeri Sembilan. pada 7.10.2002


29 April 2008-Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah semasa Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Malaysia yang ke-12 di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur Gambar: Mohd Naim Aziz

 Yang Dipertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah memakai darjah ini sewaktu menghadiri Istiadat Pembukaan Parlimen

Potret rasmi Raja Permaisuri Agong yang memakai darjah ini

PENERIMA DARJAH DARI LUAR NEGARA
KOREA SELATAN
Park Chung-hee & Yuk Young-soo
Presiden Korea ke 3 dan isteri
 SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja berkenan membuat minum selamat kepada Presiden Park dan Madame Park di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. 9.2.1966



IRAN
Maharaja Mohammad Reza Shah Pahlavi & Maharani Farah Diba
 SPB Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja berkenan bergambar bersama Maharaja Mohammad Reza Shah Pahlavi & Maharani Farah Diba Raja sempena Istiadat Santapan Diraja bagi memuliakan lawatan Maharaja dan Maharani Iran ke Malaysia pada 07.04.1969


JERMAN
Karl Heinrich Lübke & Wilhelmine Keuthen
Presiden Jerman dan isteri
 Permaisuri Agong, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja berkenan beramah mesra dengan Presiden Karl Heinrich Lübke pada Lawatan Kerja SPB Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin di Germany. 04.05.1969
JERMAN
Karl Heinrich Lübke & Wilhelmine Keuthen
Presiden Jerman dan isteri
Permaisuri Agong, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja berkenan beramah mesra dengan isteri Presiden Jerman, Wilhelmine Keuthen pada Lawatan Kerja SPB Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin di Germany. 04.05.1969


FILIPINA
 Ferdinand Marcos &  Imelda Marcos
Presiden Filipina dan Isteri
SPB Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja berkenan bergambar bersama Presiden Ferdinand Marcos dan isterinya Imelda Marcos ketikaMajlis Santapan Diraja meraikan Presiden Filipina di Istana Negara, Kuala Lumpur. 9.1.1968

BRUNEI
Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam II

 
BRUNEI
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaula  ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ketika dianugerahkan Bintang Darjah Utama Seri Mahkota Negara DMN oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah pada 9 Julai 1980

ETHIOPIA
Maharaja Haile Selassie
Maharaja Haile Selassie dan Maharani Menen Asfaw bergambar kenangan bersama SPB Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja pada tahun 1968 sempena lawatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah ke negara benua Afrika ini

ENGLAND
Ratu Elizabeth II
Baginda Ratu Elizabeth II memakai darjah ini sewaktu menghadiri Majlis Santap Balas yang dihoskan oleh Almarhum Tuanku Azlan Shah di Dorchester Hotel London pada 11 November 1993

JEPUN
Maharaja Akihito dan Maharani Michiko
SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Maharaja Jepun Akihito, Maharani Jepun Michiko dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali bergambar kenangan semasa menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Negara sempena lawatan 3 hari Maharaja dan Maharani Jepun ke Malaysia bermula dari 30.9.1991 hingga 3.10.1991


THAILAND
Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit Kitiyakara
Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit memakai darjah ini semasa mengadakan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan lawatan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah ke Thailand pada tahun 2013. Baginda berdua dianugerahkan darjah DMN pada tahun 1963

SWEDEN
Raja Carl XVI Gustav & Permaisuri Silvia Sommerlath
Raja Sweden, Raja Carl XVI Gustav menerima DMN daripada SPB YDPA ke -10 Almarhum Tuanku Jaafar semasa lawatan Baginda ke Malaysia ketika itu, manakala isteri baginda, Permaisuri Silvia menerima DMN daripada Tuanku Syed Sirajuddin sewaktu lawatan SPB YDPA ke -12 ke Sweden pada tahun 2005


QATAR
Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani
Pemerintah ke-7 Qatar menerima darjah ini daripada Tuanku Mizan sempena lawatan 2 hari baginda ke Malaysia pada tahun 2009


 INDONESIA
Susilo Bambang Yudhoyono
Presiden ke-6 Indonesia
11 Januari 2008: President Susilo Bambang Yudhoyono of Indonesia, who arrived here yesterday for a three-day working visit, was bestowed Malaysia's highest award – the Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN). The award was presented to Susilo by Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, at a ceremony at the Istana Negara
n

Ulasan

Catatan Popular