SULTAN KELANTAN: SEMPENA PEMASYURAN SEBAGAI YANG DIPERTUAN AGONG KE-15


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
Tengku Muhammad Faris Petra Ibni DYMM Sultan Ismail Petra




Sultan Muhammad V berkenan menghadiri Majlis Perasmian Program Penghijauan D’Raja sempena ulang tahun Keputeraan Baginda ke-47 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai, Gua Musang pada 1 November 2016.Baginda diiringi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Addullah
Foto: https://kelantannews.wordpress.com/2016/11/01/kdymm-sultan-kelantan-hadir-program-penghijauan-draja/

17 Feb 2016 SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V (kanan) dan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (dua, kiri) berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240 yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Negara, semalam. Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob (dua, kanan) dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah
foto: Bernama https://www.utusan.com.my/berita/nasional/beberapa-peruntukan-rang-undang-undang-mkn-harus-diperhalusi-1.191823

Baginda Sultan menerima teks Titah Ucapan Diraja  yang dipersembahkan oleh YAB Datuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob semasa merasmikan Persidangan DUN Kelantan ke-13 di Kompleks Kota Darul Naim pada Mac 2015
fotohttp://www.therakyatpost.com/news/2015/03/16/do-more-to-help-flood-victims-urges-kelantan-sultan/

Baginda diiringi oleh pasukan pengawal pengiringnya mengenakan sut hitam dan songkok serta membawa senjata jenis ‘carbine’ dan 'submachine gun' ketika menghadiri  menjalankan tugas di upacara awam dan majlis makan malam di luar dan sekitar negeri Kelantan.

Sultan Muhammad V berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK) daripada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang diwakili oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah ketika itu, Almarhum Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negeri, Kubang Kerian pada 26 Mac 2012

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menerima Darjah Kebesaran, Darjah Utama Seri Mahkota Negara daripada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis pengurnian yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di  Bilik Rehat Raja-Raja Istana Negeri, Kubang Kerian pada 7 Disember 2011


 Khamis, 14 April 2011, Tengku Mahkota Johor, Yang Teramat Mulia Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim, sebagai mewakili ayahanda Baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, telah berangkat ke Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan, untuk menyampaikan kurniaan Darjah Kerabat (DK) Johor kepada Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V telah berangkat ke Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, untuk menerima kurniaan Darjah Kerabat (DK) Negeri Sembilan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 7 April 2011

 5hb Januari 2011, Istiadat Penganugerahan Darjah Kerabat (D.K.) Selangor Yang Amat Dihormati oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V dan Pengurniaan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al-Muhammadi) (S.P.M.K) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, dengan penuh adat istiadat dan tradisi kesultanan Melayu

 
 Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra menerima watikah pemasyuran Sultan kelantan daripada Allahyarham Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Abdul Aziz bin Nik Mat pada 13 September 2010. Pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan yang baru adalah selaras dengan Perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Baginda menghadiri Istiadat Pertabalan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Ketika ini baginda masih lagi bergelar Tunku Mahkota Kelantan. Baginda berbual mesra dengan KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut kelihatan adalah DYTM DPMM Pengiran Al-Muhtadee Billah dan YTM PAIPA Sarah.
Foto:http://asianroyals.tumblr.com/page/26

Baginda disambut oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Allahyarham Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Abdul Aziz bin Nik Mat sebaik sahaja tiba di perkaranngan Istana Nalai Besar bagi menghadiri Majlis Istiadat Sempena Hari Keputeraan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra di Kelantan. 30.3.2004

Baginda bersama adinda baginda YTM Tengku Amalain A'ishah Putri, YTM Tengku Muhammad Fakhry Petra dan YTM Tengku Muhammad Faiz Petra ketika  Majlis Istiadat Sempena Hari Keputraan Sultan Kelantan ,Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra di Kelantan. pada 30.3.2004
foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Istiadat Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan Ayahanda baginda, DYMM Sultan Ismail Petra pada 25 April 2003
Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Menteri Besar Kelantan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berjabat tangan dengan Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebaik Baginda tiba di Majlis Sambutan bagi meraikan Hari Keputeraan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 25 Mac 2003
Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Ulasan

Catatan Popular