MENDIANG PUTERA HENRIK AKAN DIBAKAR

Pejabat Istana Denmark hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan istiadat pengebumian suami Ratu Margrethe II. Berikutan wasiat terakhir Mendiang Putera Henrik yang tidak mahu dikebumikan di kawasan Perkuburan Diraja Gereja dan menolak upacara pengebumian diraja maka satu upacara pengebumian tertutup akan dilakukan dan hanya di hadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat. Putera Henrik sebelum ini menimbulkan ketegangan dalam keluarga diraja Denmark apabila menolok untuk dikebumikan bersebelahan isterinya apabila tiba masanya nanti. Upacara pengebumian ini akan dilakukan pada 20 Februari pada jam 11 pagi di mana keranda mendiang Prince Henrik akan di bawa ke Gereja Istana Christiansborg. Upacara ini akan diketuai oleh bekas paderi Gereja Copenhagen, Erik Normann Svendsen dan di hadiri oleh kerabat dan ahli keluarga terdekat. Tidak seperti mana adat pengebumian masyarakat Eropah, Mendiang Putera Henrik akan dibakar seperti mana adat pengebumian agama Buddha. Abu mayat akan dilepaskan di tengah lautan dan selebihnya akan disimpan  di dalam bekas khas dan diletakkan di Taman larangan Istana Fredensborg. Tempoh perkabungan adalah selama 1 bulan berakhir pada 14 Mac nanti. Sepanjang tempoh perkabungan, Ratu Margrethe, Putera Mahkota Frederik, Puteri Mahkota Mary, Putera Joachim dan Puteri Marie akan menangguhkan semua aktiviti dan tugas-tugas diraja.

TAKZIAH SWEDEN
 Raja Sweden, Raja Carlx XVI Gustaf yang juga merupakan sepupu kepada baginda Ratu Margethe II merupakan kerabat diraja asing yang pertama menghantar perutusan takziah di atas kemangkatan Putera Henrik.
"Beta dan Permaisuri Silvia dengan penuh rasa kesedihan menerima khabar kemangkatan Putera Henrik. Beta ingin menyatakan rasa kesedihan kepada Ratu Margrethe, Putera Mahkota Frederik, Putera Joachim  dan ahli keluarga diraja. Hubungan antara Sweden dan Denmark bukan hanya di atas faktor hubungan diplomatik tetapi terhubung melalui ikatan kekeluargaan. Kami akan sentiasa mengingati Putera Henrik'- Kenyataan Raja Carl XVI Gustaf

TAKZIAH ROMANIA
"Her Majesty Margareta, penjaga takhta Romania bersama seluruh ahli kerabat diraja Romania berasa sangat sedih diatas kemangkatan Putera Henrik, suami kepada Ratu Pemerintah Denmark, Ratu Margrethe II. Her Majesty Margareta dan Putera Radu mempunyai hubungan yang sangat rapat di antara Ratu Margrethe II dan Putera Henrik dimana Her Majesty Margareta dan Putera Radu sering kali diundang secara peribadi ke Istana Fredensborg. Her Majesty Margareta akan menyatakan rasa simpati beliau kepada Ratu Denmark dalam satu surat rasmi. Seluruh ahli Keluarga diara Romania akan mengenang Putera Henrik. Bersemadilah dengan tenang"- Kenyataan Pejabat Rasmi Her Majesty Margareta

TAKZIAH NORWAY

Raja Harald mewakili seluruh rakyat Norway berasa sedih akan berita kemangkatan Putera Henrik. Atas titah Raja Harald bendera Norway akan dikibarkan separuh tiang pada 15 Februari 2018 dan pada hari upacara pengebumian iaitu pada 20 Februari 2018. Kami merakamkan rasa kesedihan kepada Ratu Margrethe II dan ahli keluarga serta takziah kepada semua rakyat Denmark.- Kenyataan Raja Harald

TAKZIAH SERBIA
Kami berasa begitu sediah dengan perkhabaran kemangkatan Yang Teramat Mulia Putera Henrik. Kami sekeluarga mengucapkan salam takziah kepada Ratu Margrethe II dan keluarga. Doa dan ingatan kami akan sentiasa bersama dengan ahli keluarga diraja. Putera Henrik adalah sahabat yang baik dan saya sangat menghormatinya. Kami bertutur dalam bahasa perancis bersama dan mengenali beliau adalah satu perkara yang sangat mengembirakan. Saya dan isteri saya akan sentiasa mengingati beliau" - Kenyataan Putera Mahkota Serbia

Turut mengutuskan perutusan takziah adalah Raja Felipe, Permaisuri Letizia, Raja Juan Carlos dan Permaisuri Sofia




Ulasan

Catatan Popular