ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-53 SULTAN BRUNEI DAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK HAJAH SALEHA

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibn Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Berdaulat dan Wilayahnya serta sekalian Jajahan Takluk Rantau dan Pesisirnya
&
KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Raja Isteri Negara Brunei Darussalam

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Sultan Brunei yang ke-29, pewaris pemerintahan beraja. Baginda merupakan putera sulong kepada Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II dan Alyarhamah Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Anak Abdul Rahman. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dilahirkan pada 15 Julai 1946di Istana Darussalam, Bandar Brunei. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan diisytiharkan sebagai Pengiran Muda Mahkota pada 1961 ketika berusia 15 tahun. Pada 5 Oktober 1967, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Negara Brunei Darussalam setelah ayahanda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, secara sukarela turun takhta daripada takhta kerajaan.

KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam merupakan anakanda kepada Almarhum Duli Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan Almarhumah Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar. Raja Isteri Saleha diputerakan di Kampung Sumbiling, Jalan Istana Darussalam dari Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan), Brunei Darussalam, pada 7 Oktober 1946. 

Pada tarikh ini, genap 53 tahun pasangan diraja ini membina mahligai cinta bersama. Perkahwinan ini telah diserikan dengan 2 orang putera dan 4 orang puteri. Sultan Hassanal Haji Hassanal Bolkiah telah berkahwin sebanyak tiga kali dan hanya dengan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, perkahwinan ini kekla sehingga ke hari ini. Hasil perkahwinan baginda dengan ketiga-tiga orang isterinya, baginda telah dikurniakan dengan 5 paduka putera dan 7 paduka puteri. Baginda juga turut dikurniakan dengan 16 orang paduka cucunda.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berlangsung di Masjid Sultan Omar ’Ali Saifuddien pada 28 Julai, 1965

Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien mengiringi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berangkat ke Majlis Istiadat Bersanding DiRaja di Istana Darul Hana

Majlis Istiadat Bersanding DiRaja di Istana Darul Hana pada 29 Julai, 1965

Majlis Istiadat Bersanding DiRaja di Istana Darul Hana pada 29 Julai, 1965

Majlis Istiadat Persantapan Pengantin DiRaja 29 Julai, 1965

Foto diraja keluarga diraja Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri mendukung YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik

Gambar keluarga pada tahun 2001: Anakanda KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan DYTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Hajah Mariam

Anakanda Sultan brunei bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

1.  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah
  • Y.A.M Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila di-Raja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji ‘Abdu’l Rahim
  • Y.A.M Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila di-Raja Sahibul  Irshad Pengiran Anak Haji ‘Abdu’l Rahim
  • Y.A.M Pengiran Anak 'Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila di-Raja Sahibul Irshad  Pengiran Anak Haji ‘Abdu’l Rahim
  • Y.A.M Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila di-Raja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji ‘Abdu’l Rahim
  • Y.A.M Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila di-Raja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji ‘Abdu’l Rahim

2.  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah

3. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Mahkota Pengiran      Haji Al-Muhtadee Billah
  • Y.A.M Pengiran Muda Abdul Muntaqim bin DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Haji Al-Muhtadee Billah
  • Y.A.M Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Haji Al-Muhtadee Billah
  • Y.A.M Pengiran Muda Muhammad Aiman bin DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Haji Al-Muhtadee Billah
  • Y.A.M Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa Raihaanul Bolkiah binti DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Haji Al-Muhtadee Billah

4.  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah
  • Y.A.M Pengiran Anak 'Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil 
  • Y.A.M Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil

5.  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah
  • Y.A.M Pengiran Anak Muhammad Za'eem bin Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini 
  • Y.A.M Pengiran Anak Muhammad 'Aamir bin Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini 
  • Y.A.M Pengiran Anak 'Abdul Hakeem bin Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini 

6. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik
  • Y.A.M Pengiran Anak Muthee'ah Raayatul Bolqiah binti DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik
  • Y.A.M Pengiran Anak Fathiyyah Rafaahul Bolqiah binti DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik

 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias serta Pertunjukan Bunga Api yang berlangsung di kawasan berhadapan Tarindak D’Seni, Jalan Residency, di ibu negara Brunei
Foto: http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita/NewDisplayForm.aspx?ID=12812

Sultan Hassanal Bolkiah dengan isterinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ketika menghadiri Istiadat Sambutan Jubli Emas Sultan Hassanal Bolkiah Menaiki Takhta di Istana Nurul Iman pada tahun 2017
Foto:https://www.beritaharian.sg/dunia/ribuan-rai-jubli-emas-sultan-brunei

MESRA..KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Pegawai-pegawai Keselamatan dan Pegawai Beruniform serta Pertubuhan-pertubuhan Awam Beruniform sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-72 Tahun di Istana Nurul Iman
Foto: https://theworldnews.net/bn-news/santap-bersama-pasukan-beruniform


Ulasan

Catatan Popular