PEMERINTAH MELAYU PALING LAMA
1. Tunku Besar Tampin (Negeri Sembilan)
Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Kadri Ibni Almarhum Tunku Syed Muhammad Al-Qadri
menjadi Tunku Besar Tampin pada 3 Disember 1929 dan mangkat pada 26 Disember 2005 setelah memegang jawatan tersebut selama 76 tahun
Gelaran dan jawatan Tunku Besar Tampin hanyalah sebagai salah seorang ahli penuh Dewan Perundangan dan Keadilan Negeri Sembilan yang dipimpin Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan termasuklah ahli-ahli lain iaitu Undang Yang Empat dan Menteri Besar Negeri Sembilan
2. Kedah Darul Aman (Tanah Melayu)
Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II
diangkat menjadi Sultan Kedah ke-19 pada 15 Februari 1710 dan mangkat pada 23 September 1778 setelah memerintah kedah selama 68 tahun
3.Perak (Tanah Melayu)
Almarhum Sultan Mahmud Shah II
diangkat menjadi Sultan Perak pada tahun 1653 dan mangkat pada tahun 1720 setelah memerintah Perak selama 67 Tahun
4. Kesultanan Serdang (Indonesia)
Almarhum Sulaiman Sharif ul-'Alam Shah
diangkat menjadi Sultan Serdang pada 20 Disember 1879 dan mangkat pada 4 Disember 1945 setelah memerintah selama 65 tahun
5. Johor Darul Takzim (Malaysia)
Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al Masyhur Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
diangkat menjadi Sultan Johor pada 4 Jun 1895 dan magkat pada 8 Mei 1959 setelah memerintah selama 63 tahun
6. Kedah Darul Aman (Tanah Melayu)
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
diangkat menjadi Sultan Kedah ke-26 pada 22 September 1881 dan mangkat pada 13 Mei 1943 setelah memerintah Kedah selama 61 tahun
7. Paku Alam (Kesultanan Jogjakarta, Indonesia)
Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Prabu Suryodilogo, Paku Alam VIII
naik takhta pada 12 April 1937 dan mangkat pada 11 September 1998 setelah memerintah selama 61 tahun
8. Surakarta (Indonesia)
Pakubuwana XII (Raden Mas Surya Guritna)
naik takhta pada 11 Jun 1944 dan mangkat pada 11 Jun 2004 setelah memerintah selama 60 tahun
9. Kedah Darul Aman (Malaysia)
Alamrhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
diangkat menjadi Sultan Kedah ke-28 pada 14 Julai 1958 dan mangkat pada 11 September 2017 setelah memerintah Kedah selama 59 tahun
10. Brunei Darussalam
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
diangkat menjadi sultan Brunei ke-29 pada 15 Oktober 1967 sehingga kini dan memerintah selama 50 tahun. Baginda merupakan pemerintah monarki kedua paling lama bertakhta selepas Ratu Elizabeth II
Ulasan
Catat Ulasan