TIGA PERMAISURI BARU UNTUK TAHUN 2019

Tahun 2019 menyaksikan sistem kerajaan monarki  menerima 3 orang permaisuri baru yang akan menjadi sejarah dunia. Yang pertama sekali adalah dari Malaysia iaitu Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-16 iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Baginda merupakan anakanda keempat kepada Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Kalsom binti Abdullah. 

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Baginda dilantik sebagai Tengku Ampuan Pahang pada 29 Januari 2019 iaitu 2 minggu selepas suami baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dilantik sebagai Sultan Pahang yang baru. Kemudian pada 31 Januari 2019 baginda secara automatik diangkat menjadi Raja Permaisuri Agong ke-16 berikutan Majlis Raja-Raja sebulat suara telah memilih Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Jawatan Raja Permaisuri Agong kosong selama 2 tahun berikutan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V tidak mempunyai isteri.

Maharani Masako
Her Imperial Majesty The Empress of Japan

Maharani Masako merupakan suri kepada Maharaja Jepun yang baru, iaitu Maharaja Naruhito. Baginda berasal daripada keluarga bangsawan bagi pasangan Hisashi Owada dan Yumiko Egashira. Bapanya pernah menjadi diplomat kerajaan dan pernah menjadi Presiden  Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Baginda mengikut jejak langkah bapanya sebagai diplomat asing sebelum disunting oleh Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito. Selepas berkahwin, baginda diberikan gelaran diraja Puteri Mahkota (Her Imperial Highness The Crown Princess of Japan). Walaupun menghadapi pelbagai tekanan sehingga memaksa baginda berehat panjang dari tugas baginda sebagai Puteri Mahkota Jepun, rakyat negara matahari terbit itu tetap menyokong baginda sebagai bakal maharani sejak pengumuman turun takhta telah dibuat oleh ayahanda mertua baginda Maharaja Akihito pada tahun 2018. Maharani Masako telah memegang jawatan Puteri Mahkota Jepun selama 26 tahun. Pada 1 Mei 2019, baginda telah diangkat menjadi Maharani Jepun selepas perlantikan suami baginda sebagai Maharaja Jepun yang baru.

Her Majesty The Queen of Thailand 
สมเด็จพระนางเจ้าสุทิดา พัชรสุธาพิมลลักษณ พระบรมราชินี
Somdet Phra Nang Chao Suthida ฺBajarasudhabimallakshana Phra Boromma Rajini) 

2 hari sebelum pertabalan Raja Tahiland yang baru bermula, Raja Vajiralongkorn telah mengumumkan perlantikan bekas jeneral pasukan keselamatan raja sebagai permaisuri baginda. Pengumuman itu agak mengejutkan namun diterima secara baik oleh rakyat Tahiland yang sangat menghormati raja mereka. Permaisuri Suthida pernag menjadi pramugari bagi syarikat penerbangan Thai Airways. Pada tahun 2016, baginda telah diangkat sebagai Ketua Unit Khas (King's Guard) dengan berpangkat jeneral. Perlantikan baginda sebagai Permaisuri disokong oleh adindanya, Puteri Maha Chakri Sirindhorn (Puteri Debaratanarajasuda) dan Presiden Majlis Privy, Prem Tinsulanonda  yang juga merupakan bekas perdana menteri Thailand.

Permaisuri Suthida menyembah hormat di hadapan suaminya ketika suaminya, Raja Vajiralongkorn menyapu air suci di dahi Permaisuri Suthida




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular