Puteri Leonor terima Darjah Kebesaran Sepanyol

Her Royal Highness The Princess of Asturias, Princess of Girona, Princess of Viana, Duchess of Montblanc, Countess of Cervera and Lady of Balaguer.

Kelmarin, Puteri Leonor yang merupakan anakanda sulung kepada Raja Felipe VI telah dianugerahkan Darjah Tertinggi Kerajaan Sepanyol. Sumber rasmi pejabat Istana megesahkan bahawa darjah ini dianugerahkan sempena hari ulang tahun puteri itu yang ke-10. Puteri Leonor menjadi orang pertama yang dianugerahkan darjah kebesaran semenjak ayahandanya ditabalkan menjadi Raja Sepanyol pada tahun 2014 dan keputusan pemberian darjah ini turut dipersetujui oleh barisan kabinet kerajaan. Menjadi adat keturunan diraja Sepanyol untuk menganugerahkan darjah ini kepada pewaris pertama kerajaan. Ayahanda baginda Raja Felipe VI dianugerahkan darjah ini sewaktu berusia 13 tahun oleh Raja Juan Carlos I. Leonor merupakan pewaris pertama kerajaan Sepanyol dan bakal menjadi Ratu Pemerintah suatu hari nanti selepas Ratu Isabella II (1833-1868)

Darjah Order of the Golden Fleece turut dinugerahkan kepada Ketua-ketua Kerajaan negara asing.

Ulasan

Catatan Popular