Anakanda Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun



H.R.H Princess Bajrakitiyabha of Thailand 
&
H.R.H Princess Sirivannavari Nariratana of Thailand

H.R.H Prince Dipangkorn Rasmijoti

3 gambar diatas merupakan anakanda kepada raja Thailand yang baru Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun. Baginda telah melangsungkan 3 kali perkahwinan namun semunya berakhir dengan penceraian.

Perkahwinan Pertama
Puteri Soamsawali Kitiyakara merupakan sepupu baginda sendiri disebelah bondanya Permaisuri Sirikit. Perkahwinan antara mereka berdua berlangsung pada 3 Januari 1977 dan dikurniakan dengan seorang puteri iaitu Puteri Bajrakitiyabha. Puteri Soamsawali Kitiyakara dan diberikan gelaran diraja Her Royal Highness Princess Soamsawali, Royal Consort of His Royal Highness Crown Prince Maha Vajiralongkorn of Thailand. Walaubagaimanapun perkahwinan ini tidak bertahan lama dan pada Julai 1993 pihak mahkamah mengesahkan penceraian antara mereka berdua. Sejak bercerai Puteri Soamsawali Kitiyakara masih lagi menjalankan tugas-tugas diraja dan diberikan gelaran Phravararajatinuddamats (The Princess Mother of the King's First Grandchild) oleh Raja Bhumibol Adulyadej.

Perkahwinan Kedua
Yuvadhida Polpraserth merupakan seorang artis thailand dan berkahwin dengan Putera Maha Vajiralongkorn pada tahun 1994 dan bercerai 2 tahun kemudian. Mereka berkahwin di istana pada bulan Februari 1994 dan mendapat restu daripada Raja Bhumibol Adulyadej dan nendanya Puteri Srinagarindra (Princess Mother). Walaubagaimanapun Permaisuri Sirikit tidak merestui perkahwinan ini. 4 orang anakanda lelaki mereka adalah tidak ssaf taraf dan hanya seorang sahaja anakanda perempuan yang diberikan gelara puteri iaitu Puteri Sirivannavari Nariratana. Yuvadhida Polpraserth kini tinggal di Amerika bersama dengan kesemua anakanda lelakinya.

Perkahwinan Ketiga
Pada 10 Februari 2001, Putera Maha Vajiralongkorn berkahwin dengan Srirasmi Suwadee. setelah melahirkan seorang waris lelaki Puteri Dipangkorn Rasmijoti, pada 29 April 2005, beliau diberikan gelaran diraja dan disebut sebagai Puteri Srirasmi Suwadee (Her Royal Highness Princess Srirasm, Consort to the Crown Prince) Mereka bercerai pada 11 Disember 2014 akibat skandal rasuah jutaan ringgit. Putera Mahkota Thailand Putera Maha Vajiralongkorn mengeluarkan surat rasmi pelucutan ahli keluarga isterinya daripada menggunakan nama diraja ekoran skandal rasuah "Akkharaphongpricha" daripada daftar nama keluarga yang diluluskan oleh monarki. Nama diraja diberikan sebagai satu penghormatan kepada keluarga yang telah berkhidmat kepada negara atau institusi diraja.
sumber:http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/isteri-putera-mahkota-thai-lepas-gelaran-1.36104

Ulasan

Catatan Popular