Jumaat, 30 November 2018

Royal Family Order

Royal Family Order bagi United Kingdom

Royal Family Order merupakan darjah khas yang dianugerahkan oleh raja pemerintah yang dikurniakan kepada penerima perempuan sahaja. Hanya kerabat perempuan paling kanan sahaja yang akan dianugerahkan dengan darjah ini. Paling uniknya adalah, penerima darjah ini tidak akan diberikan semasa Istiadat pengurniaan bintang dan darjah kebesaran yang kebiasaanya diadakan ketika sambutan hari keputeraan raja pemerintah. Sebaliknya darjah ini akan dikurniakan secara peribadi kepada penerima perempuan dan merupakan simbol pemberian istimewa kepada penerima darjah ini. 

Darjah ini berbentuk reben dan dihiasi dengan potret raja pemerintah ketika itu. Hiasan permata berlian pada potret raja pemerintah akan menambahkan lagi seri pemakai darjah ini. Warna setiap reben akan berubah mengikut zaman pemerintahan seseorang raja pemerintah.

Royal Family Order bagi United Kingdom mula digunakan pada zaman pemerintahan Raja George IV (memerintah dari 1820-1830). Kemudian dikuti oleh Ratu Victoria (memerintah dari 1837-1901). Royal Family Order pada zaman pemerintahan Ratu Victoria adalah paling unik kerana ia dihiasi dengan dua wajah iaitu dirinya sendiri bersama dengan suaminya Putera Albert. Selepas dari itu sehinggalah ke hari ini, darjah ini hanya dihiasi dengan satu potret sahaja termasuk Royal Family order bagi zaman pemerintahan Ratu Elizabeth II (memerintah dari 1952-sekarang)

Royal Family Order  ketika ianya mula digunakan pada zaman pemerintahan Raja George IV (1820-1830)

Satu-satunya berbeza, Royal Family Order semasa zaman pemerintahan Ratu Victoria
(1837-1901)

Royal Family Order zaman pemerintahan Raja George IV (1820-1830)
Royal Family Order  zaman pemerintahan Raja Edward VII (1901-1910)
Royal Family Order zaman pemerintahan Raja George V (1910-1936)
Royal Family Order zaman pemerintahan Raja George VI (1936-1952)
Royal Family Order zaman pemerintahan Ratu Elizabeth II (1952-sekarang)

Darjah ini akan dipakai dibahagian bahu sebelah kiri penerima. Setiap penerima boleh memakai darjah ini lebih dari satu sekiranya dia menerima darjah ini sepanjang hayatnya.

Adinda Ratu Elizabeth II memakai 3 Royal Family order bagi pemerintahan kekandanya (kuning), ayahanda (pink) dan datuknya sendiri ( hijau)

 Bonda Ratu Elizabeth II, Queen Elizabeth, The Queen Mother memakai Royal Family Order suaminya (berwarna pink) dan anakandanya (berwarna kuning)

Ratu Elizabeth II pula sering kali memakai Royal family order bagi zaman pemerintahan ayahandanya Raja George V (berwarna pink) dan Royal Family Order zaman pemerintahan datuknya Raja George VI (berwarna biru muda). Baginda memakai darjah ini dalam potret rasmi baginda serta upacara-upacara istiadat kerajaan
Baginda memakai darjah ini ketika lawatan Presiden Susilo Bambang Yundoyono ke Britain pada tahun 2012

Ketika lawatan Presiden Korea Selatan, Roh Moo-Hyun ke Britain pada tahun 2004

Potret rasmi baginda sempena perayaan Jubli Intan 60 tahun pemerintahan pada tahun 2012

Royal Family Order bagi United Kingdom yang terkini meupakan Royal Family Order yang berwarna kuning tertera potret Ratu Elizabeth II. Berdasarkan sumber dari Wikipedia seramai 15 kerabat kanan perempuan telah dikurniakan darjah ini oleh Ratu Elizabeth II. 8 daripadanya telah mangkat manakala selebihnya masih lagi hidup sehingga hari ini

  1. Permaisuri Mary (Queen Mary of Teck) nenda kepada Ratu Elizabeth II. Baginda tidak sempat memakai darjah ini apabila mangkat 2 bulan sebelum cucunya itu ditabalkan
  2. Ratu Elizabeth (Queen Elizabeth, The Queen Mother) bonda kepada Ratu Elizabeth II
  3. Puteri Margaret (Princess Margaret, Countess of Snowdon) adinda kepada Ratu Elizabeth II
  4. Puteri Diana (Princess of Wales) menantu Ratu Elizabeth II
  5. Puteri Mary (Princess Royal, Countess of Harewood) Bonda saudara kepada Ratu Elizabeth II
  6. Puteri Alice (Princess Alice, Duchess of Gloucester) Bonda saudara kepada Ratu Elizabeth II
  7. Puteri Marina (Princess Marina, Duchess of Kent) Bonda saudara kepada Ratu Elizabeth II
  8. Puteri Alice (Princess Alice, Countess of Athlone)
  9. Puteri Anne (Princess Anne, Princess Royal) anakanda kepada Ratu Elizabeth II
  10. Puteri Alexandra (Princess Alexandra, The Honourable Lady Ogilvy) Sepupu kepada Ratu Elizabeth II
  11. Birgitte (Duchess of Gloucester)
  12. Katharine (Duchess of Kent)
  13. Sophie, (Countess of Wessex) menantu Ratu Elizabeth II
  14. Camilla (Duchess of Cornwall) menantu Ratu Elizabeth II
  15. Catherine (Duchess of Cambridge) menantu Ratu Elizabeth II
Puteri Mary (Princess Royal, Countess of Harewood) Bonda saudara kepada Ratu Elizabeth II menerima darjah pada tahun 1952

 Puteri Marina (Princess Marina, Duchess of Kent) Bonda saudara kepada Ratu Elizabeth II menerima darjah pada tahun 1952

 Puteri Alice (Princess Alice, Duchess of Gloucester) Bonda saudara kepada Ratu Elizabeth II menerima darjah pada tahun 1952

Puteri Alice (Princess Alice, Countess of Athlone) menerima darjah pada tahun 1952


Puteri Diana memakai darjah ini sewaktu menghadiri majlis rasmi sempena lawatan rasmi beliau ke Australia pada tahun 1983 . Diana menerima darjah ini pada tahun 1981

Puteri Anne (Princess Anne, Princess Royal) anakanda kepada Ratu Elizabeth II menerima darjah pada tahun 1969

Puteri Alexandra (Princess Alexandra, The Honourable Lady Ogilvy) Sepupu kepada Ratu Elizabeth II menerima darjah pada tahun 1952

Birgitte (Duchess of Gloucester) menerima darjah pada tahun 1973

 
Katharine (Duchess of Kent) menerima darjah pada tahun 1961

Sophie, (Countess of Wessex) menantu Ratu Elizabeth II menerima darjah pada tahun 2004

Camilla (Duchess of Cornwall) menantu Ratu Elizabeth II menerima darjah pada tahun 2007

Catherine (Duchess of Cambridge) menantu Ratu Elizabeth II menerima darjah pada tahun 2017