Sabtu, 12 Januari 2019

SULTAN MUHAMMAD V - YANG DIPERTUAN AGONG KE 15

LAKARAN PEMERINTAHAN BAGINDA

4 Oktober 2016: Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas), menggantikan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

13 Disember 2016: Sultan Muhammad V Tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Ketibaan baginda pada 10.16 pagi disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah dan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu,  Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Istiadat Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) di Istana Negara

31 Jan 2017: Berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) daripada kerajaan Malaysia. Ia disampaikan kepada Seri Paduka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu istiadat di Istana Negara. Antara yang hadir pada istiadat itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S.A. Vigneswaran dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad. Jemputan lain ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

22 April 2017: Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap rombongan Utusan Diraja Brunei


24 April 2017: Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat penuh dengan tradisi Kesultanan Melayu di Istana Negara. Baginda berkenan mengucup Keris Kerajaan sebagai simbolik penerimaan kuasa Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara, hari ini. --fotoBERNAMA


24 April 2017: Majlis Santapan Diraja untuk kali pertama sempena pertabalan baginda.Istiadat Santapan ini diadakan di Dewan Santapan Istana Negara. Berangkat ke Istiadat ini ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Tuanku Muhriz dan DYMM Tuanku Aishah Rohani, DYMM Sultan Nazrin Shah dan DYMM Tuanku Zara Salim, KDYMM Tengku Abdullah dan KDYTM Tunku Azizah, YMM Tengku Fa-iz Petra, TYT Tun Abdul Rahman Abbas dan YABhg Toh Puan Majimor, TYT Tun Khalil Yaakob dan YABhg Toh Puan Zurina, TYT Tun Juhar Mahiruddin dan YABhg Toh Puan Norlidah dan TYT Tun Taib Mahmud dan YABhg Toh Puan Ragad. Turut berangkat DYTM Tunku Salehuddin dan DYTM Tengku Maliha serta DYAM Tunku Ismail dan YM Che Puan Khaleeda dan DYTM Tengku Muhammad Ismail. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri  kabinet, duta-duta asing serta para pegawai kanan kerajaan

3 Nov 2017: Berkenan menerima menghadap Putera Charles dan isteri baginda, Camella di Istana Negara


10 Mei 2018: Berkenan menerima menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara selepas gabungan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.

16 Mei 2018: Memperkenan rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Ketua Umum PKR dan diberi pembebasan serta-merta

18 Mei 2018: Berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Negara untuk menyerahkan senarai nama Anggota Parlimen yang dilantik sebagai Menteri Persekutuan baharu

5 Julai 2018: Sultan Muhammad V mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 ketua perwakilan Malaysia ke luar negara

16 Julai 2018: "sila duduk dan jangan lari"

18 September 2018: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menerima kunjungan hormat Presiden Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob ke Majlis Pertemuan Khas di Istana Negara

2 Nov 2018: Sultan Muhammad V bercuti sehingga 31 Dis 2018 untuk menjalani rawatan dan sepanjang tempoh itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong

6 Jan 2019: Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa serta merta

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'inbillah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B., D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia), Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop, USA), Hon.D.Sc. (Bedfordshire, UK.), Hon. PhD. (Civil Engineering) Universiti Malaysia Pahang)

PEKAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan Sultan Ahmad Shah berkuat kuasa serta-merta. Pengumuman berhubung pelantikan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baru dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar di Pekan hari ini. Pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan pada 15 Jan ini. Cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini berada dalam keadaan sakit, dan dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam (12 Jan) setelah perbincangan diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.

"Dalam keadaan sedih, dan dukacita saya dan keluarga menerima hakikat bahawa paduka ayahanda saya tidak lagi boleh memikul tugas dan tanggungjawab sebagai raja pemerintah. Menyedari keadaan ini, saya dan keluarga terdekat berpendapat untuk mencadangkan kepada Jumaah Pangkuan negeri supaya paduka kekanda saya Tengku Abdullah untuk dilantik sebagai pengganti kepada ayahanda Sultan Pahang," katanya dalam sidang media khas di Istana Abu Bakar hari ini (12 Jan).

Sultan Ahmad Shah, 88 tahun, dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975. Diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan pada 24 Okt 1930, Sultan Ahmad Shah merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1944, ketika berusia 14 tahun. Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Sept 1975 dan kemudian menjadi ketua negara apabila dipilih menjadi Yang di Pertuan Agong ketujuh yang memerintah negara pada 26 April 1979 hingga 25 April 1984. Selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali menjadi pemerintah Pahang sehinggalah baginda jarang kelihatan di khalayak umum sejak kebelakangan ini kerana sakit dan kemudian menyerahkan jawatan itu untuk dipangku oleh anaknya, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah pada 28 Dis 2016. 

Sultanah Kalsom bakal menggunakan gelaran Duli Yang Amat Mulia Sultanah Hajah Kalsom manakala Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal menggunakan gelaran Tengku Ampuan Pahang. Sultan Haji Ahmad Shah merupakan sultan kedua yang turun takha akibat kegeringan oleh Jemaah Pangkuan Diraja Negeri manakala yang pertama adalah Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra. Baginda telah digantikan oleh anakanda Sultan Muhammad V setelah mendapat persetujuan Majlis Perajaan Negeri. Penguguman keputusan ketika itu dibuat oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada September 2010


Isnin, 7 Januari 2019

DIGARHAYU TUANKU-SULTAN MUHAMMAD V

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV
SULTAN MUHAMMAD V
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak).,
D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., .D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., S.P.J.K.
Member Special Class of the Order of Sheikh Isa ibn Salman Al Khalifa (Bahrain),  Grand Cross of the Order of the Legion of Honour (France), Collar of the Order of Independence (Qatar), Collar of Badr Chain (Saudi Arabia)

MENJUNJUNG KASIH DI ATAS PEMERINTAHAN TUANKU SEBAGAI 
YANG DI-PERTUAN AGONG KE-15
13 DISEMBER 2016 – 6 JANUARI 2019
DIGARHAYU TUANKU