Ahad, 10 Februari 2019

BILIK MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA


Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja merupakan ruangan khas bagi Raja-Raja Melayu bermesyuarat yang lazimnya diadakan sebanyak tiga kali setahun. Motif rekabentuk lampu hiasan di bilik mesyuarat ini adalah bermotifkan haiwan laut obor-obor. Hiasan corak tradisional di meja mesyuarat bilik ini adalah bermotifkan ukiran Bunga Tikam Seladang. Motif ukiran ini diinspirasikan daripada ungkapan pepatah melayu lama seperti "Takkan Melayu Hilang di Dunia" dan "Sekali Layar terkembang. Pantang berbalik Pulang". Keseluruhan warna bilik ini dicat dengan warna kuning pastel menggunakan teknik "spongging". Tujuan teknik ini digunakan adalah untuk mengurangkan kecerahan warna tersebut seterusnya menjadikan warna bilik tidak terlalu cerah. Tambahan pula warna langsir yang digunakan adalah berwarna coklat terang bagi menambahkan seri bilik mesyuarat ini. Corak hamparan karpet di bilik adalah bermotifkan "Songket Potong Wajik", "Songket Bunga Padi" dan "Songket Bunga Kerawang dan Kendik Padi".

Pokok kesidang berasal dari Pulau Jawa. Di negeri utara Malaysia, kesidang dikenali dengan nama pokok bunga kerak nasi, manakala di pantai timur Malaysia dikenali dengan nama bunga tikam seladang. Motif bunga kesidang di Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Bunga Kesidang juga antara sembilan jenis bunga dalam Istiadat Siram Tabal KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29 (2018)

Mesyuarat Majlis Raja-raja

Semua Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh Anggota itu mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu Negeri. Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Anggota Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda. Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-raja adalah dipegang oleh kesemua sembilan Raja Melayu secara bergilir-gilir. Hanya Raja Melayu yang hakiki boleh mempengerusikan mesyuarat, yakni bukan seseorang Pemangku Raja ataupun seseorang Yang di-Pertua Negeri. Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak semestinya diadakan di Istana Negara. Mesyuarat ini boleh diadakan di luar istana selepas mendapat kelulusan majlis.

Bilik Mesyurat Majlis Raja-Raja di Muzium Diraja (Istana Negara Lama)

Replika susunan bilik Mesyurat Majlis Raja-Raja di Muzium Diraja (Istana Negara Lama)

Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin (empat dari kiri) menghadiri Mesyuarat Ke-213 Majlis Raja-Raja di Istana Negara. Hadir sama (dari kiri) Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, Menteri Besar Perlis Datuk Dr Mat Isa Sabu, Sultan Kedah Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak

Sultan Sharafuddin berkenan hadir untuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-236 di Istana Negara pada Rabu. Turut kelihatan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali

Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-250 di Istana Negara

YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika mengiringi YMM Pemangku Raja Kelantan di Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-247

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengiringi Sultan Muhammad V sewaktu baginda menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15

Mesyurat Majlis Raja-Raja di Istana Negara

Luar Istana Negara, KUCHING, 29 Julai 2009 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya 

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 berlangsung di Istana Maziah, Kuala Terengganu

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-200 di Istana Melawati, Putrajaya. 15.7.2004



Sumber:

Sabtu, 9 Februari 2019

SENARAI SUSUNAN KEKANANAN SULTANAH, RAJA PEREMPUAN, RAJA PERMAISURI DAN TENGKU AMPUAN SERTA ISTERI TYT BERMULA 31 JANUARI 2019

RAJA PERMAISURI AGONG XVI
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar
D.K., D.K. (Johor), S.P.M.J.

SULTANAH TERENGGANU
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, 
D.K., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., D.K. (Kedah),
 Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand)

RAJA PEREMPUAN PERLIS
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, 
D.K.P., D.K., S.S.P.J., S.P.M.P, D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), Grand Croix De L’Ordre (Royal Sash) – Cambodia, Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), The Order of the Sacred Treasure, Gold and Silver Star (Japan).

TENGKU PERMAISURI SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, 

TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud, 
D.K., D.P.T.J.

PERMAISURI JOHOR
Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
DK. (Johor), SPMJ. (Johor), SPCM. (Perak)
Foto:https://themalaysianreserve.com/2018/09/05/raja-zarith-sofiah-to-speak-at-28th-tar-lecture/

RAJA PEREMPUAN KELANTAN
-kosong-

RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, 
D.K., D.K.S.A., D.K.A.
Foto:https://twitter.com/icheme/status/783714325143887872

SULTANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Tengku Ariff, 
D.K., S.S.S.K., S.H.M.S., S.S.D.K., D.S.D.K.
Foto:https://www.kedah.gov.my/kesultanan-kedah/biodata-kdymm-tuanku-sultanah

TENGKU PUAN PAHANG
-kosong-

ISTERI KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor bt. Shariff, 

ISTERI KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
Yang Amat Berbahagia Toh Puan  Datuk Seri Utama Dato' Zurina bt. Kassim, 
D.U.N.M., S.I.M.P.

ISTERI KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni, 
A.D.K.
ISTERI KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib, 
D.P., S.S.A.P.
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE-8 (1984-1989)
DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH JOHOR (1981-2010)
Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Panglima Raja Ahmad,
D.K., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), S.S.I.J., P.I.S.

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE-9 (1989-1994)
DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN ( 1984-2014)
Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun Binti Haji Mohd Ali,
D.K., D.M.N., D.K.(Selangor), D.K.A., Grand Cross of the Order of the Precious Crown(Japan), Grand Cross of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand)
Foto: https://www.thepatriots.asia/raja-permaisuri-tuanku-bainun-guru-yang-bergelar-permaisuri/

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE-10 (1994-1999)
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS (1967-2008).
Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,
D.K., D.M.N., D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), S.P.T.J., S.P.M.K., Dame Grand Cross of the Order of Civil Merit(Spain), Dame Grand Cross of the Order of the Royal Order of Cambodia.

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE-11 (1999-2001)
DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR (1998-2001).
Yang Amat Mulia Permaisuri Datuk Amar Hajah Siti Aishah Binti Dato' Seri Abdul Rahman,
D.K., D.M.N., D.A.(Sarawak), Grand Cross of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand)

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE-14 (2011-2016)
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH KEDAH DARUL AMAN (2004-2017).
Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Darul Aman Dato' Seri Utama Hajah Haminah Binti Haji Hamidun,
D.M.N., D.K., D.K.H., D.M.K., Grand Cross of the Order of the Precious Crown(Japan), Grand Cross of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand)
Foto:https://deskgram.net/explore/tags/sultanahkedah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN KELANTAN DARUL NA'IM (1979-2010) :
Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid,
D.K., D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Brunei), D.K.I(Johor), D.K.(Perlis), D.K.II(Selangor), S.P.M.K., S.P.M.P.

 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH PAHANG (1992-2019)
Duli Yang Amat Mulia Sultanah Hajjah Kalsom, 
DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH JOHOR DARUL TA'ZIM (1978-1981):
Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Panglima Raja Ahmad,





Khamis, 7 Februari 2019

SENARAI SUSUNAN KEKANANAN SULTAN, RAJA MELAYU DAN TYT BERMULA 31JANUARI 2019

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA XVI (16)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, 
D.K., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Terengganu)., D.K. (Johor)., S.P.M.J. P.A.T. - 
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 11 Januari 2019)

SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia).
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 15hb. Mei 1998 dan ditabalkan pada 4hb. Mac 1999)

RAJA PERLIS INDERA KAYANGAN
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan).- 
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Perlis pada 17hb. April 2000 dan ditabalkan pada 7hb Mei 2001)

SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, 
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France). -
 (Naik Takhta Kerajaan Negeri Selangor pada 22hb. November 2001 dan ditabalkan pada 8 Mac 2003)

YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
D.K., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T. - 
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada 29 Disember 2008 dan ditabalkan pada 26hb Oktober 2009)

SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar - 
D.K, D.K (Perak), D.K (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K (Selangor), D.K (Negeri Sembilan),
D.K (Terengganu), D.K.M.B. (Brunei), S.P.M.J, S.S.I.J, S.P.M.T, S.M.N, S.P.M.K, S.P.M.P, P.I.S
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 23hb. Januari 2010 dan dimahkotakan pada 23hb Mac 2015)

AL-SULTAN KELANTAN DARUL NAIM
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.(Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K. S.P.J.K. 
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Kelantan pada 13hb. September 2010)

PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, 
D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.N.S., D.K.(Perlis), Ph.D (Harvard). - 
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 29hb Mei 2014 dan ditabalkan pada 6 Mei 2015)

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
D.K., D.K.H., D.M.N., D.U.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perlis), D.M.K., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K. - 
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 12hb. September 2017)

PEMANGKU RAJA PAHANG
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
D.K, S.S.A.P
Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG PULAU MUTIARA
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, 
D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N., 
Foto: http://pgsportsclub.com.my/page/managementDetails/1

YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, 
S.M.N., D.U.N.M., S.U.M.Z., S.J.M.K., S.S.A.P., P.S.M., S.I.M.P., S.P.D.K., D.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P., G.C.O.M. (GER)
Foto: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/184-senarai-sultan-dan-raja-raja.html

YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH DIBAWAH BAYU
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin,
S.M.N., S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., A.S.D.K., J.P.
Foto:http://www.sabah.gov.my/events/2016/20161014/2016525145.pdf

YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG
Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, 
P.S.M., S.P.M.J., S.S.D.K., S.S.A.P., D.P.P.N., S.S.S.A., S.P.M.T., D.G.S.M., S.B.S. (Sarawak), D.P., P.G.D.K., S.U.M.W.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B., D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia), Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop, USA), Hon.D.Sc. (Bedfordshire, UK.), Hon. PhD. (Civil Engineering) Universiti Malaysia Pahang)
Naik Takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 7hb. Mei 1974 dan ditabalkan pada 6hb. Mei 1975

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
 D.K., D.M.N., D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Perak), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K.M.B. (Brunei), D.P.S.S. (Sarawak), D.P. (Sarawak), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim pada 31hb Mac 1979