BILIK MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA


Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja merupakan ruangan khas bagi Raja-Raja Melayu bermesyuarat yang lazimnya diadakan sebanyak tiga kali setahun. Motif rekabentuk lampu hiasan di bilik mesyuarat ini adalah bermotifkan haiwan laut obor-obor. Hiasan corak tradisional di meja mesyuarat bilik ini adalah bermotifkan ukiran Bunga Tikam Seladang. Motif ukiran ini diinspirasikan daripada ungkapan pepatah melayu lama seperti "Takkan Melayu Hilang di Dunia" dan "Sekali Layar terkembang. Pantang berbalik Pulang". Keseluruhan warna bilik ini dicat dengan warna kuning pastel menggunakan teknik "spongging". Tujuan teknik ini digunakan adalah untuk mengurangkan kecerahan warna tersebut seterusnya menjadikan warna bilik tidak terlalu cerah. Tambahan pula warna langsir yang digunakan adalah berwarna coklat terang bagi menambahkan seri bilik mesyuarat ini. Corak hamparan karpet di bilik adalah bermotifkan "Songket Potong Wajik", "Songket Bunga Padi" dan "Songket Bunga Kerawang dan Kendik Padi".

Pokok kesidang berasal dari Pulau Jawa. Di negeri utara Malaysia, kesidang dikenali dengan nama pokok bunga kerak nasi, manakala di pantai timur Malaysia dikenali dengan nama bunga tikam seladang. Motif bunga kesidang di Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Bunga Kesidang juga antara sembilan jenis bunga dalam Istiadat Siram Tabal KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29 (2018)

Mesyuarat Majlis Raja-raja

Semua Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh Anggota itu mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu Negeri. Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Anggota Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda. Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-raja adalah dipegang oleh kesemua sembilan Raja Melayu secara bergilir-gilir. Hanya Raja Melayu yang hakiki boleh mempengerusikan mesyuarat, yakni bukan seseorang Pemangku Raja ataupun seseorang Yang di-Pertua Negeri. Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak semestinya diadakan di Istana Negara. Mesyuarat ini boleh diadakan di luar istana selepas mendapat kelulusan majlis.

Bilik Mesyurat Majlis Raja-Raja di Muzium Diraja (Istana Negara Lama)

Replika susunan bilik Mesyurat Majlis Raja-Raja di Muzium Diraja (Istana Negara Lama)

Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin (empat dari kiri) menghadiri Mesyuarat Ke-213 Majlis Raja-Raja di Istana Negara. Hadir sama (dari kiri) Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, Menteri Besar Perlis Datuk Dr Mat Isa Sabu, Sultan Kedah Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak

Sultan Sharafuddin berkenan hadir untuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-236 di Istana Negara pada Rabu. Turut kelihatan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali

Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-250 di Istana Negara

YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika mengiringi YMM Pemangku Raja Kelantan di Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-247

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengiringi Sultan Muhammad V sewaktu baginda menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15

Mesyurat Majlis Raja-Raja di Istana Negara

Luar Istana Negara, KUCHING, 29 Julai 2009 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya 

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 berlangsung di Istana Maziah, Kuala Terengganu

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-200 di Istana Melawati, Putrajaya. 15.7.2004



Sumber:

Ulasan

  1. RECOMMENDED NIH...!!!
    Segera join di Bos333
    Hanya dengan melakukan minimal deposit 25.000 kalian sudah bisa melakukan bettingan dan bermain berbagai permainan slot yang di sediakan.
    Jadi tunggu apa lagi...!!!
    Segera bergabung dan tinggkatkan saldo anda bersama kami...!!
    Untuk PROMO atau INFO lebih lanjut silahkan hubungi CS kami..

    Menang Berapapun Pasti Kami Bayar. Jangan Kasih Kendor Bosque, Kalah/Menang Kami berikan Bonus setiap Minggunya.....

    Agen Judi Online Indonesia Proses deposit dan Withdraw 24 Jam
    Bonus New Member Sportbook 120%
    Bonus New Member Sambung Ayam 20%
    Bonus New Member Slot Game 100%
    Bonus Next Deposit Slot 10%
    Bonus Free chip Deposit 50ribu dapatkan 20ribu

    - Slot Online
    - Live Casino
    - Agen Judi Online
    - Bandar Bola
    - Judi Slot Online
    - Bandar Poker
    - Agen Togel Online
    - Sabung Ayam

    Komisi Casino 0.8%
    Cashback All Game 5-10%
    Komisi Slot 0.8%
    Komisi Sportbook 0.8%
    Bonus Referral 0.3%

    Info Lanjut Hubungi Kami :
    WA.me/6282329247732
    line: PBABET

    BalasPadam

Catat Ulasan