Adik Bongsu Raja Belanda Mangkat

His Royal Highness Prince Johan Friso of Orange-Nassau, Count of Orange-Nassau, Jonkherr Van Amsberg 
(25 September 1968- 12 Ogos 2013)

Semalam His Royal Highness Prince Johan Friso of Orange-Nassau dilaporkan mangkat setelah koma hampir setahun yang lalu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web rasmi keluarga diraja Belanda, Prince Friso (44 tahun) mangkat disebabkan kegagalan otaknya berfungsi semenjak dia ditimpa kemalangan ketika bermain ski pada 17 Februari 2012. dalam kejadian tahun lepas, beliau tertimbus di dalam runtuhan salji di pergunungan Austrian selama 20 minit. akibat kekurangan oksigen,  Semenjak dari kejadian itu, beliau dilaporkan koma selama 18 bulan. beliau dirawat di sebuah hospital berdekatan kediamanya di Kota London sebelum dipindahkan ke kediaman ibunya yang merupakan bekas Ratu Belanda, Queen Beatrix di Huis Ten Bosch Palace. Raja dan Permaisuri Belanda, His Majesty King Wlliem-Alexander dan Her Majesty Queen Maxima dilaporkan telah memendekkan percutian mereka dan berlepas pulang ke Belanda serta merta. Upacara pemakaman akan dilangsungkan namun tarikh rasmi belum dikeluarkan oleh pihak istana. Beliau meninggalkan 2 orang cahaya mata Countess Launa dan Countess Zariaa hasil perkahwinannya dengan Princess Mabel. Beliau juga hilang hak mewarisi takhta kerana perkahwinannya dengan Princess Mabel pada tahun 2003 tidak mendapat persetujuan Parlimen Belanda namun beliau masih lagi diberikan gelaran 'Prince' dan isterinya diberikan gelaran 'Princess'.

Ulasan

Catatan Popular