Selamat Menyambut Ulang Tahun ke -40 Pemerintahan Raja Sweden dan Selamat Hari Jadi kepada Prince Daniel,Prince Harry dan Princess Letizia

Hari ini genap 40 tahun Raja sweden His Majesty King Carl Gustav XVI menjadi Ketua Negara Sweden. Ketika dilantik menjadi Raja Sweden yang baru pada tahun 1973 bagi menggantikan datuknya, King Gustav VI Adolf , baginda hanya berumur 27 tahun menjadikan baginda raja paling muda menaiki takhta di Eropah. Pada hari ini juga Menantu Baginda, HRH Prince Daniel of Sweden turut berkongsi tarikh yang sama menyambut hari jadi ke-40....Long Live The King.
His Royal Highness Prince Daniel of Sweden, Duke of Vastergotland
Lahir 15 September 1973
His Royal Highness Prince Henry Charles Albert David of Wales
Lahir 15 September 1984

Hari ini Prince Henry atau lebih dikenali sebagai Prince Harry menyambut ulang tahun hari jadinya yang ke-29. Anakanda bongsu kepada mendiang Puteri Diana ini kini berkhidmat sebagai Anggota Tentera Diraja Britain. Selain dari tugas ketenteraan, beliau juga turut menjalankan beberapa tugas diraja. sempena Ulang tahun jubli Intan pemerintahan Nendanya, Queen Elizabeth, beliau telah mewakili Nendanya itu mengadakan lawatan rasmi ke Belize, Bahamas, Jamaica. Pada tahun y2012 juga beliau mewakili nendanya itu merasmikan Upacara Penutupan sukan Olimpik London. Queen Elizabeth telah berjanji kepada cucunya ini, sekiranya Prince Henry berkahwin suatu hari kelak, baginda akan menganugerahkan gelaran Dukedom iaitu Duke of Sussex kepada cucunya ini sama seperti abangnya, Prince William yang dianugerahkan gelaran Duke of Cambridge. Prince Henry berada pada susunan ke-4 senarai pewaris pemerintahan England selepasa ayahandanya, Prince Charles, abangnya, Prince William, dan anak saudaranya, Prince George.....Happy 29th Birthday
Her Royal Highness the Princess of Asturias
Lahir 15 September 1972

Bakal menjadi Permaisuri sepanyol suatu hari nanti, Letizia Ortiz Rocasolano merupakan rakyat biasa pertama yang mungkin memegang status sebagai "Queen" bagi monarki Sepanyol. Sebelum berkahwin dengan Prince Philipe pada tahun 2004, Letizia hanyalah merupakan seorang pembaca berita rancangan telavisyen....Happy 41th Birthday 



Ulasan

Catatan Popular