SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI KE 68

ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN SEMPENA HARI PUJA USIA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-68 TAHUN
Pada bulan Ogos yang lalu bertarikh 14 Ogos 2014, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan  Istiadat Perbarisan Kehormatan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68. Tarikh hari keputeraan Baginda Sultan Brunei yang sebenar adalah pada 15 Julai 1946 namun disebabkan tarikh tersebut jatuh pada bulan Ramadhan maka sambutan tersebut telah dipinda ke Bulan Ogos. Istiadat ini diadakan di berlangsung pagi tadi di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien bersebelahan dengan mercu tanda Negara Islam Brunei iaitu Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien.
Dari kiri: DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
Tetamu Kenamaan yang mula hadir pada istiadat ini adalah Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Walled Al Kurdi. Berangkat sama ke istiadat itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah
Keberangkatan baginda disambut oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Bahrin
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di ibu negara dialu-alukan dengan kibaran bendera Negara Brunei Darussalam dan pukulan hadrah oleh penuntut-penuntut sekolah menengah yang berbaris di sepanjang jalan menuju ke Istiadat Perbarisan Kehormatan tersebut. Keberangkatan baginda disambut oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Bahrin. Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM berkenan menerima hormat diraja diiringi Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ oleh Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das oleh Unit Tembak Meriam yang terdiri daripada 21 orang anggota Polis Tentera ABDB diketuai oleh 553 Mejar Mardini bin Abdul Rahman
Baginda kemudian berkenan berangkat memeriksa pasukan-pasukan perbarisan terdiri daripada anggota-anggota Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), PDB,  jabatan-jabatan beruniform termasuk Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Perkhidmatan Bomba Penerbangan Awam dan pertubuhan-pertubuhan awam seperti Pasukan Kadet Tentera, Pasukan Kadet Polis, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam, Persekutuan Bulan Sabit Merah, Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dan Program Khidmat Bakti Negara. Kemudian pasukan-pasukan perbarisan yang membawa Panji-Panji Kebawah DYMM, Panji-Panji Pasukan ABDB dan Panji-Panji Diraja PDB berjalan lalu di depan pentas diraja dalam gerak perlahan dan cepat di bawah pimpinan Pemerintah Perbarisan, 478 Leftenan Kolonel Omar Shariff bin Haji Hidup.

Laungan tiga kali ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ disembahkan oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian merupakan acara kemuncak istiadat disusuli dengan terbang lalu pesawat-pesawat TUDB yang mengeluarkan kepulan asap berwarna-warni terdiri daripada enam buah helikopter, pesawat CN235 dan dua buah pesawat terbang kecil.






 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Faridah binti Haji Tussin 

Selain dari TYT YDPN Sarawak dan isteri, turut hadir adalah Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Faridah binti Haji Tussin dan Menteri Luar Yang Berhormat Dato’ Sri Anifah bin Haji Aman dan Datin Sri Siti Rubiah binti Datuk Abdul Samad.
Keberangkatan balik Baginda Tuanku Sultan
ISTIADAT MENGADAP DAN PENGURNIAAN BINTANG-BINTANG KEBESARAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Setelah selesai Istiadat Perbarisan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam. Istiadat dijalankan di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.


Berangkat sama dalam istiadat tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat-kerabat diraja yang lain.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
Kerabat Diraja Kanan
Juga hadir ialah tetamu-tetamu khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia antaranya Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Paduka Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud dan isteri;  Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Adenan Haji Satem dan isteri dan Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman dan isteri. Baginda berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 20 orang penerima sempena Hari Keputeraan Baginda diketuai oleh TYT YDPN Sarawak

Berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK) yang membawa gelaran Dato Laila Utama kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Paduka Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud
Mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B.) yang membawa gelaran Dato Seri Paduka kepada Menteri Luar, Yang Berhormat Dato’ Seri Anifah bin Haji Aman
 Mengurniakan Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J.) yang membawa
gelaran Dato Seri Laila Jasa kepada Perwakilan Khas Kerajaan Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Rastam bin Mohd Isa

Istiadat diakhiri dengan bacaan doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned membacakan doa

MAJLIS MENGADAP TETAMU-TETAMU LUAR NEGERI 2014 

Pada sebelah petangnya baginda berdua berkenan menerima mengadap para tetamu khas dari luar negara yang menghadiri perayaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 yang berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri mula-mula sekali berkenan menerima mengadap Yang Dipertua Negeri Sarawak,  Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Raghad Kurdi Taib.Ini diikuti oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin.
Menerima mengadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Raghad Kurdi Taib
Menerima mengadap Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin
Menerima mengadap Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Adenan Haji Satem, dan isteri, Yang Amat Berbahagia Puan Sri Dato Hajah Jamilah binti Haji Anu
Menerima mengadap Menteri Luar Negeri Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dato’ Seri Anifah bin Haji Aman, dan isteri, Datin Seri Siti Rubiah binti Datuk Abdul Samad
Menerima mengadap Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Republik Singapura,  Tuan Yang Terutama Dr. Vivian Balakrishnan dan isteri, Yang Mulia Madam Chia Oon Su Jo
Menerima mengadap Cabinet Secretary of Phlippines, Tuan Yang Terutama Jose Rene Almendras dan isteri, Yang Mulia Mrs. Lourdes V. Almendra


MAJLIS SANTAP NEGARA
Pada sebelah malamnya pula bertempat di Istana Nurul Iman baginda telah mngadakan Majlis Santap Negara kepada semua tetamu kerajaan. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.
Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani

Majlis Persantapan juga dihadiri oleh tetamu-tetamu khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia antaranya, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Puan Sri Raghad Kurdi Taib; Menteri Luar Negeri Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dato' Seri Anifah bin Haji Aman dan isteri, Datin Seri Siti Rubiah binti Datuk Abdul Samad dan Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Faridah binti Haji Tussin.

Juga berangkat dan hadir ke Majlis Persantapan itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri dan Manteri-Manteri Pendalaman, para perwakilan asing ke negara ini, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, para tetamu terdiri daripada pegawai kerajaan dan swasta serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Persantapan dimulakan dengan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’, diikuti dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Diambil,diolah dan diubahsuai dari: 
http://www.infofoto.gov.bn/
http://www.pelitabrunei.gov.bn

Ulasan

Catatan Popular