Majlis Persantapan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Brunei Ke-69


Seperti kebiasaan setiap kali adanya sambutan hari keputeraan, maka sebelah malamnya pula akan diadakan "royal banquet" Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69, di Istana Nurul Iman. Majlis dihadiri oleh semua ahli kerabat diraja dan tetamu-tetamu khas negara.

Keberangkatan masuk KDYMM Sultan dan KDYMM Raja Isteri berserta tetamu khas negara dan kerab diraja ke Dewan Persantapan

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah,
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah
 Suasana Dewan Persantapan Istana Nurul Iman. Semua hadiri berdiri hormat ketika  Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dimainkan

 Bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Puan Sri Raghad Kurdi Taib merupakan tetamu utama VVIP pada Majlis Persantapan semalam

 Baginda berangkat masuk dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak




Ulasan

Catatan Popular