Siaran Media Lawatan Rasmi Raja dan Permaisuri Sepanyol ke Britain Pada Mac 2016

Laman Web Rasmi Keluarga Diraja British telah mengeluarkan kenyataan media mengenai lawatan Raja Felipe VI dan Permaisur Letizia ke Britain selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Mac 2016. Lawatan ini merupakan jemputan rasmi baginda Ratu Elizabeth II dan Putera Philip. Sepanjang 3 hari lawatan Raja dan Permaisuri Sepanyol akan menginap di salah sebuah istana rasmi Ratu Elizabeth, Windsor Castle. Ini merupakan lawatan rasmi baginda yang pertama setelah dilantik menjadi Raja Sepanyol pada tahun 2013.

 Raja Felipe VI dan Permaisuri Letizia bersama 2 anakanda baginda, Infanta Leonor dan Infanta sofia. Poret diambil sempena hari jadi ke 40 Permaisuri Letizia (ketika itu masih bergelar Puteri Mahkota Sepanyol)

 Istana rasmi kedua Ratu Elizabeth II selepas Istana Buckingham. Raja Felipe VI dan Permaisuri Letizia akan menginap di Istana ini yang siap dibina pada kurun ke-11. Istana ini yang pernah digunakan sebagai kubu pertahanan kini diletakkan di bawah  pengurusan Pejabat Pengurusan Istana Diraja British

 Raja Felipe VI (ketika itu masih bergelar Putera Mahkota Sepanyol) menghadap Ratu Elizabeth dalam Majlis Santapan Diraja di Istana Diraja Sepanyol pada tahun 1988

Untuk rekod, Kali terakhir monarki Sepanyol melawat britain adalah 29 tahun yang lalu oleh ayahanda dan bonda Raja Felipe VI iaitu, Raja Juan Carlos dan Permaisuri Sofia. Ratu Elizabeth pernah melawat Sepanyol pada tahun 1988.

Sumber:  http://www.royal.gov.uk/LatestNewsandDiary/Pressreleases/2015/AnnouncementofaStateVisitbytheKingandQueenofSpain.aspx

Ulasan

Catatan Popular