BEKAS PERMAISURI ROMANIA MANGKAT

Permaisuri Romania, Permaisuri Anne
Her Majesty Queen Anne Of Romania (1948-2016)
Her Royal Highness Princess Anne Antoinette Françoise Charlotte Zita Marguerite of Bourbon-Parma, Princess of Denmark (1923-2016)

Bekas Permaisuri Romania, Permaisuri Anne mangkat pada usia 92 tahun jam 1.45 waktu tempatan pada 1 Ogos yang lalu. Baginda merupakan satu-satunya permaisuri di dunia yang tidak mempunyai negara sendiri dan hanya menjejakkan kaki di negara bekas pemerintahan suaminya ketika hampir berusia 70 tahun. Hal ini kerana, suami baginda Raja Michael I telah dipaksa turun dari takhta kerajaan sebelum sempat Permaisuri Anne ditabalkan sebagai Permaisuri Negara itu. Dilahirkan pada 18 September 1923 dalam golongan kerabat diraja dari wilayah Bourban-Parma sebelah bapanya (Putera Rene) dan kerabat diraja Denmark dari sebelah bondanya (Puteri Margaret), Permaisuri Anne atau nama asalnya Puteri Anne Antoinette Françoise Charlotte Zita Marquerite merupakan seorang puteri diraja yang cantik dan jelita. Puteri Anne dan Raja Michael I buat kali pertama bertemu adalah pada tahun 1947 ketika Raja Michael I berangkat ke London bagi menghadiri Istiadat Perkahwinan sepupu baginda iaitu Puteri Elizabeth of York (Ratu Elizabeth II sekarang). Pertemuan yang tidak dirancang ini akhirnya membuahkan cinta antara mereka berdua dan 16 hari selepas itu mereka akhirnya mengikat tali pertunangan. 

Walaubagaimanapun, istiadat perkahwinan bagi pasangan diraja ini tidak dapat dilaksanakan secara gilang gemilang kerana sekembalinya Raja Michael I dari London pada 30 Disember 1947, baginda akhirnya telah dipaksa turun takhta dari tentera komunis yang menjajah Romania ketika itu. walaupun Permaisuri Anne mngetahui status mengenai tunangnya yang telah kehilangan kerajaan, baginda tetap ingin berkahwin dengan Raja Michael I. Perkahwinan mereka akhirnya telah dilaksanakan di Athens, Greece pada 10 Jun 1948 atas perkenan Raja Greece ketika itu. Pasangan ini dikurniakan dengan 5 orang puteri, 
Pasangan Diraja ini hidup dalam buangan di Switzerland namun masih kekal menggunakan gelaran diraja termasuk kepada kesemua puteri-puteri baginda. Walaupun tiada sebarang usaha untuk mewujudkan kembali monarki di Romania, pasangan diraja ini tetap dihormati oleh rakyat Romania.

Pada tahun 1992, ketika berusia 70 tahun, Permaisuri Anne buat pertama kalinya melawat Romania, negara bekas pemerintahan suaminya. Pada tahun 2008, pasangan diraja ini menyambut ulang tahun ke-60 perkahwinan mereka dan majlis ini telah diadakan di Romania dengan dihadiri oleh Kerabat diraja Eropah, pegawai kanan kerajaan Romania dan juga wakil diplomatik.

Permaisuri Anne mangkat di Hospital Morges, Switzerland dan akan dikebumikan di Curtea de Arges (Perkuburan Diraja bagi kerabat Romania). Walaubagaimanapun suaminya yang masih menerima rawatan akibat penyakit kanser dinasihatkan oleh pasukan perubatan agar tidak menghadiri istiadat pemakaman isterinya berikutan keadaan fizikal baginda yang tidak mengizinkan.



Istiadat Pemakaman bermula dengan ketibaan keranda baginda di Lapangan Terbang Otopeni, Bucharest dari Switzerland. Istiadat ketenteraan ringkas telah diadakan di lapangan terbang sebaik sahaja keranda baginda yang dilitupi dengan bendera negara Romania di bawa keluar. Turut hadir pada istiadat itu adalah  Puteri Mahkota Margareta, suaminya, Putera Radu, Puteri Elena, suminya Alexander Nixon, Puteri Sofia, anakandanya  Maria Elizabeth Biarneix dan Puteri Marie. Selesai Istiadat tersebut, keranda baginda di bawa ke Peles Castles untuk istiadat penghormatan terakhir dari pihak kerajaan dan wakil diplomatik. Keranda seterusnya akan dibawa ke Istana Negara (kini merupakan Muzium kerajaan) di Bucharest dimana rakyat jelata diberi peluang untuk memberikan penghormatan terakhir. Disebabkan baginda hanyalah Permaisuri bersandarkan pada gelaran sahaja, pihak kerajaan Romania hanya mengisyhtiharkan sehari iaitu 13 Ogos sebagai Hari Perkabungan Negara. Kali terakhir kerajaan Romani mengadakan Istiadat Pemakaman diraja adalah pada tahun 2015 bagi Istiadat Pemakaman Semula Nenda Raja Michael I yang juga merupakan Permaisuri Romania terakhir iaitu Permaisuri Marie.



Ketibaan Keranda Permaisuri Anne di Peles Castles

Keranda baginda diletakkan di Castle’s Hall of Honor untuk istiadat penghormatan terakhir dari pihak kerajaan dan wakil diplomatik





Keranda Permaisuri diletakkan di Balai Singgahsana bagi membolehkan rakyat memberikan penghormatan terakhir

 Keranda baginda di bawa keluar dari bekas kediaman keluarga diraja Romania suatu ketika dahulu yang kini telah ditukar menjadi muzium Kerajaan.Kelihatan beberapa ahli keluarga diraja baginda diketuai oleh anakanda sulungnya Puteri Mahkota Margareta memberi penghormatan terakhir kepada bondanya.


Keranda baginda di arak keluar dengan diiringi paderi fahaman kristian katolik dan setreusnya di bawa ke Gereja Ortodok untuk pengebumian tertutup mengikut fahaman Kristian Ortodok di Curtea de Arges (Perkuburan diraja bagi kerabat diraja Romania)

Ulasan

Catatan Popular