Isnin, 28 November 2016

SULTAN KELANTAN: SEMPENA PEMASYURAN SEBAGAI YANG DIPERTUAN AGONG KE 15; DARJAH KEBESARAN NEGERI


Darjah Kerabat Yang Amat di-Hormati, Bintang al-Yunusi
The Most Esteemed Family Order, The Star of Yunus 
Darjah ini dizahirkan pada tahun 1916 oleh DYMM Sultan Muhammad IV dan hanya diberikan kepada kerabat diraja sahaja.

Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia, Bintang al-Muhammadi
The Most Illustrious Order of the Crown of Kelantan, or the Star of Muhammadi
Darjah ini dizahirkan pada tahun 1916 oleh DYMM Sultan Muhammad IV dan mempunyai 3 pangkat iaitu Dato Sri Paduka (SPMK), Dato Paduka (DPMK) dan Pingat Paduka (PMK)

Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa, Bintang al-Yahyawi
The Most Valiant Order of the Noble Crown of Kelantan or, the Star of Yahya
Dizahirkan pada tahun 1988 oleh DYMM Sultan Ismail Petra. Dianugerahkan dalam tiga pangkat iaitu
 Dato' Sri Paduka-SPKK, Dato' Paduka-DPKK dan Pingat Paduka-PKK).


 Baginda Tuanku Al-Sultan Kelantan memakai selempang dan bintang Darjah Kerabat Yang Amat di-Hormati, Bintang al-Yunusi serta kalung Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia, Bintang al-Muhammadi dalam potret rasmi baginda.

Baginda dalam persalinan biru diraja memakai selempang dan bintang Darjah Kerabat Yang Amat di-Hormati, Bintang al-Yunusi, kalung dan bintang Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia, Bintang al-Muhammadi serta bintang Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa, Bintang al-Yahyawi

Potret Sultan Muhammad V sewaktu bergelar Tengku Mahkota Kelantan. Baginda memakai set penuh Darjah kebesaran kelantan, Darjah Kerabat Yang Amat di-Hormati, Bintang al-Yunusi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan