KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG XIV, SULTAN MUHAMMAD V; TENGKU ZAINAB BINTI TENGKU SRI UTAMA RAJA TANGKU MUHAMMAD PETRA

Tengku Zainab binti Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra  merupakan nenda kepada Sultan Muhammad V. Tengku Zainab merupakan puteri kepada Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra Ibni Sultan Muhammad II dan Tengku Kembang Petri Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV atau juga dikenali dengan nama Tengku Maharani Petri). Baginda diputerakan  pada tanggal 7 Ogos 1917 di Kota Bharu.Lahir dalam keluarga diraja, baginda diberi asuhan dan didikan yang sesuai sama ada dari aspek pembelajaran dan juga kerohanian. Di samping itu Baginda juga dididik dengan adat sopan dan tingkah laku yang mulia sebagai seorang puteri kerabat diraja.

Baginda bertemu jodoh dengan sepupunya sendiri iaitu Tengku Yahya Petra dan mendirikan perkahwinan pada 4 Jun 1939. Bonda Tengku Zainab iaitu Tengku Kembang Petri merupakan kekanda kepada ayahanda Tengku Yahya Petra. Pada 21 Jun 1939, suami baginda Tengku Yahya Petra telah dikurniakan gelaran Tengku Temenggong Kelantan oleh Paduka Ayahandanya iaitu Paduka Sri Sultan Sir Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Serentak dengan pelantikan itu Tengku Zainab memakai gelaran Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Pada  1 Februari 1948, Raja Muda Kelantan ketika itu Tengku Indra Petra telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan baginda sebagai pewaris utama takhta Kelatan kerana berlaku perselisihan faham antara dirinya dan Ayahandanya Sultan Ibrahim (ketika itu pewaris pertama kelantan bergelar Raja Muda Kelantan). Oleh itu, Sultan Ibrahim telah mengangkat anakanda keduanya yang juga adinda tiri kepada Tengku Indra Petra, Tengku Yahya Petra sebagai pewaris pertama yang baru. Gelaran Raja Muda Kelantan dihapuskan dan gelaran baru bagi pewaris pertama takhta Kelantan digunakan dan disebut dengan gelaran Tengku Mahkota Kelantan. Gelaran ini kekal sehingga ke hari ini. Tarikh 19 Jun 1948 telah dipilih untuk diadakan istiadat ringkas pemasyuran Tengku Mahkota Kelantan yang baru di Istana Balai Besar. Dengan ini, Tengku Zainab yang ketika itu merupakan isteri kepada Tengku Yahya Petra telah diperkenankan dengan gelaran baru iaitu Tengku Ampuan Mahkota Kelantan

Baginda telah diistiyarkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan pada 10 Julai 1960, serentak dengan perisytiraan Tengku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim sebagai Sultan Dan Yang Di Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim. Perlantikan Baginda sebagai Raja Perempuan Kelantan adalah mengikut nasihat dan disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri [MPN]. Tengku Zainab memakai gelaran Raja Perempuan Zainab II bagi mengelakkan kekeliruan kerana pada ketika itu Bonda mertua baginda masih lagi hidup dan mempunyai nama dan gelaran yang sama iaitu Raja Perempuan Zainab

Ketika Istiadat Pertabalan Sultan Yahya Petra sebagai Sultan Kelantan

 Pertabalan baginda berdua sebagai Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Dewan Tunku Abdul Rahman
 
Raja Perempuan Zainab telah dianugerahkan gelaran Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati [D.K] pada 10hb. Disember 1960 bersamaan dengan 12 Jamadilakhir 1380 oleh KDYMM Sultan Yahya Petra sempena dengan istiadat pertabalan dan kemahkotaan Baginda sebagai Sultan Kelantan Darulnaim.

Raja Perempuan Zainab seorang yang peramah dan mempunyai hati yang kasihan belas terhadap seluruh rakyat jelata. Baginda suka mengambil berat tentang kerja-kerja kebajikan masyarakat. Baginda pernah berkenan memegang beberapa jawatan dalam bidang kebajikan, di antaranya Baginda pernah memegang jawatan Pengelola Negeri Tabung Rayuan Bunga Merah dan memegang jawatan Yang Di Pertua Persekutuan Pandu Puteri Kelantan, di samping menjalankan berbagai-bagai aktiviti kemasyarakatan lagi.

Baginda mangkat pada pukul 12.00 tengah malam, 9hb. Januari 1992 di Istana Negeri Kubang Kerian dalam usia 70 tahun setelah gering sekian lama kerana sakit tua.

RUJUKAN:

Ulasan

Catatan Popular