JUBLI NILAM PEMERINTAHAN RATU ELIZABETH II

Pada tanggal 6 Februari 2017, genap 65 tahun pemerintahan Ratu England, Ratu Elizabeth II. Tempoh hampir 6 dekad ini memperlihatkan sokongan penuh rakyat England dan 16 belas negara jajahan takluknya ke atas monarki ini yang kini berusia 90 tahun. Jika dipanjangkan umur pada tahun 2022, baginda akan menyambut Jubli Platinum ketika berusia 95 tahun.

Ratu Elizabeth II
Queen Elizabeth II of the United Kingdom and the other Commonwealth Realms


LONDON: Ratu Elizabeth II, ratu paling lama memerintah di dunia, semalam mencipta rekod baharu sebagai ratu Britain pertama untuk menyambut jubli nilam, selepas 65 tahun bertakhta. Baginda, kini 90, menaiki takhta pada 1952 pada usia 25 tahun selepas kemangkatan awal ayahandanya Raja George VI.  Seperti mana peristiwa penting pada masa lalu dalam pemerintahannya yang lama, Elizabeth kemungkinan akan menghabiskan masa pada Hari Kenaikan Takhta secara peribadi di Estet Sandringham di Norfolk, timur England. Bagaimanapun, kelmarin, baginda tersenyum ketika orang ramai yang mengucapkan tahniah memberikan bunga kepadanya di luar gereja. Di Menara London, di Green Park di ibu negara, dan di seluruh negara, tembakan hormat dilepaskan sebagai tanda penghormatan.

ANGGUN: Elizabeth II memakai set barangan kemas bertatahkan nilam dan berlian hadiah ayahandanya Raja George VI dalam gambar rakaman David Bailey pada 2014 serahan Istana Buckingham baru-baru ini . — Gambar Reuters

Set barang kemas nilam yang diberikan kepada Ratu Elizabeth II oleh bapanya, Raja George VI sebagai hadiah perkahwinan pada tahun 1947

Nilam merupakan batu permata ulang tahun ke-65 dan sekeping gambar telah dikeluarkan semula yang menunjukkan baginda memakai barangan kemas batu nilam yang diberikan ayahandanya sebagai hadiah perkahwinan pada 1947. Potret pada 2014 oleh David Bailey itu menunjukkan baginda memakai rantai leher berkilauan, yang dihasilkan pada 1850 dan meliputi 16 butir batu nilam berbentuk bujur lonjong bertatahkan berlian. “Baginda mempunyai mata yang sangat baik dengan sedikit sinar kenakalan. “Saya selama ini menyukai wanita yang tabah, dan baginda adalah seorang wanita yang sangat tabah,” kata jurugambar itu ketika itu. Royal Mint telah menyambut ulang tahun dengan syiling sambutan yang direka khas, meliputi syiling 5 sen hingga syiling emas tulen seberat satu kilogram yang bernilai AS$50,000 untuk dijual. Syiling 5 sen menampilkan mahkota diraja yang menunjukkan batu nilam Stuart. Ia turut mempunyai kata-kata terkenal ketika ucapan ulang tahun ke-21 beliau hingga kepada Komanwel pada 1947: “Seluruh hidup saya, sama ada panjang atau pendek, harus bertujuan berkhidmat untuk anda.” Sementara itu Royal Mail telah mengeluarkan satu setem 5 sen dengan warna biru nilam. “Ia adalah sangat, sangat sukar untuk membenci beliau,” kata Andrew Gimson, penulis buku ‘Gimson’s Kings and Queens’, kepada AFP. “Beliau tidak pernah menjawab balik, dia sentiasa berada di atas politik. “Pada keseluruhannya, ahli politik kita sama sekali tidak popular kalangan rakyat jelata.“Mereka lebih suka dengan wanita yang bertanggungjawab ini untuk menjalankan peranan ini.”

Ratu Elizabeth menjadi kerabat diraja Britain yang paling lama berkhidmat dalam sejarah pada September 2015 apabila beliau mengatasi pemerintahan moyang beliau Ratu Victoria, satu rekod yang beliau sebut “bukan sesuatu yang saya pernah inginkan”. Baginda juga menjadi kerabat diraja hidup yang paling lama memerintah dunia pada Oktober tahun lepas ekoran kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej di Thailand. Tiga jubli besar Ratu Elizabeth adalah jubli perak pada 1977, selepas 25 tahun, yang diwarnai parti jalanan dan jelajah dunia. Jubli emas pada 2002, pada tahun ke-50, memaparkan satu konsert pop di Istana Buckingham manakala jubli intan pada 2012, sempena 60 tahun, menyaksikan pertandingan sungai di Sungai Thames, London. Sebagai ketua badan Komanwel, baginda juga sudah menjadi ratu Australia, Kanada dan New Zealand selama 65 tahun. Dengan usia yang semakin lanjut, Ratu Elizabeth perlahan-lahan menyerahkan lebih banyak tanggungjawab kepada anggota lebih muda dalam kerabat diraja. Cucundanya Putera William, 34, yang merupakan pewaris kedua takhta selepas ayahandanya Putera Charles, meletak jawatan sebagai juruterbang ambulans udara tahun ini untuk menjalankan lebih banyak tugas diraja mewakili nendanya. — AFP Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2017/02/07/elizabeth-ii-rai-jubli-nilam

Monarki paling lama memerintah sejak abad ke-17


Selain Ratu Elizabeth II, hanya 6 monarki sahaja yang pernah menyambut pemerintahan Jubli Nilam iaitu;

Raja Perancis, Raja Louis XIV
His Majesty The King of France, King Louis XIV
memerintah dari 1643 hingga 1715 dan mangkat pada usia 76 tahun
menyambut Jubli Nilam pada tahun 1708 pada usia 70 tahun

Pemerintah kepulauan Sicilies, Raja Ferdinand III
His Majesty The King of the Two Sicilies, King Ferdinand III
memerintah dari tahun 17 59 sehingga tahun 1825 dan mangkat pada usia 74 tahun
menyambut Jubli Nilam pada tahun 1824 pada usia 73 tahun

Maharaja Austria, Maharaja  Franz Joseph I
  His Imperial and Royal Apostolic Majesty The Emperor of Austria, Apostolic King of Hungary
memerintah dari tahun 1848 sehingga tahun 1916 dan mangkat pada usia 86 tahun
menyambut Jubli Nilam pada tahun 1913 ketika berusia 83 tahun

Pemerintah Liechtestein, Putera Johann II
His Serene Highness Prince Johann II of  Liechtestein
memerintah dari tahun 1858 sehingga tahun 1929 dan mangkat pada usia 88 tahun
menyambut Jubli Nilam pada tahun 1923 ketika berusia 83 tahun


Raja Swaziland, Raja Sobhuza II
His Majesty King of Swaziland, King Sobhuza II
memerintah dari tahun 1899 sehingga tahun 1982 dan mangkat pada usia 83 tahun
menyambut Jubli Nilam pada tahun 1964 ketika berusia 65 tahun
diangkat menjadi raja pada usia 4 bulan dan pemerintahan diletakkan di bawah kuasa nendanya (Permaisuri Labotsibeni Mdluli) dan bapa saudaranya, (Putera Malunge) sebelum takhta diserahkan kepada baginda semula pada tahun 1921 apabila baginda cukup umur 22 tahun menjadikan baginda sebagai RAJA PALING LAMA MEMERINTAH DI DUNIA UNTUK TEMPOH 82 TAHUN



Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej
His Majesty The King, Rama IX of Thailand
memerintah dari tahun 1946 sehingga tahun 2016 dan mangkat pada usia 88 tahun
menyambut Jubli Nilam pada tahun 2011 ketika berusia 84 tahun

Ulasan

  1. Long may she reigns. God save The Queen.

    BalasPadam
  2. Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dapat Rp.630 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI MANGKUBONO
    karena cuma beliaulah yang memberikan angka
    ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 200 ribu karna
    saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya karna 4X berturut-turut saya menang
    buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
    hubungi di nomor hp: 085203333887 AKI MANGKUBONO
    saya jamin beliau akan membantu kesusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih

    INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP AKI MANGKUBUNO NMR (_0_8_5_2_0_3_3_3_3_8_8_7) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRI
    M’S ROO,MX

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular