RAJA MOHAMMED VI BERCERAI

Penceraian antara pemerintah Maghribi,Raja Mohammed VI dengan isterinya, Puteri Lalla Salma tersebar luas di media internet. Walaubagaimanapun belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Istana Diraja. Menurut sumber media, penceraian antara pasangan diraja ini telah lama berlaku namu tersebar secara meluas pada hari ulang tahun ke-16 perkahwinan mereka iaitu pada 21 Mac 2018. Raja Mohammed VI dan Puteri Lalla Salma berkahwin pada 21 Mac 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata Putera Mahkota Moulay Hassan (8 Mac 2003) dan Puteri Lalla Khadija (28 Feb 2007).

Penceraian ini berlaku ketika Raja Mohammed VI sedang menjalani pembedahan pintasan jantung di Paris tetapi Puteri Lalla Salma tidak berada di hospital sepanjang proses pembedahan dan rawatan suaminya. Pejabat Istana mengeluarkan sekeping gambar Raja Mohammed VI setelah selesai menjalani pembedahan dikelilingi ahli keluarga terdekat dua anakanda baginda dan adindanya Putera Mulay Rachid, Puteri Lalla Meryam, Puteri Lalla Asma dan Puteri Lalla Hasna. Berikutan tahap kesihatan raja yang tidak mengizinkan, kerajaan Maghribi menunda lawatan rasmi Raja dan Permaisuri Sepanyol ke negara itu.

 Raja Mohammed VI usai menjalani pembedahan jantung di Paris

Kali terakhir pasangan diraja ini melakukan lawatan rasmi bersama adalah pada april 2017 ketika lawatan rasmi ke Cuba dan Miami dan penampilan terkakhir Puteri Lalla Salma melakukan tugas diraja adalah pada Oktober 2017 ketika mengadakan lawatan ke Muzium Yves Saint Laurent di ibu negara Maghribi, Marrakech. Berhubung dengan gelaran rasmi Puteri Lalla Salma, pihak istana belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan penggunaan gelaran diraja. setelah berkahwin Salma Bennani diberi gelaran 'Lalla' dan dibahasakan dengan panggilan 'Her Royal Highness Princess Lalla Salma of Morocco'. 'Lalla' adalah gelaran tertinggi dan terhormat dalam masyarakat maghribi dan hanya diberikan kepada ahli kerabat diraja sahaja. Mengikut adat diraja Maghribi isteri raja pemerintah hanya diberi gelaran puteri tidak seperti mana negara lain yang dikenali sebagai permaisuri.

Ulasan

Catatan Popular