KEDAH: PERSIAPAN ISTIADAT PERTABALAN DIRAJA

Tahun 2018 akan menjadi sejarah baru bagi kerajaan dan rakyat negeri Kedah berikutan sultan baru negeri ini akan ditabalkan dalam satu istiadat diraja gilang gemilang. Peraturan Istiadat Pertabalan di Negeri Kedah Darul Aman adalah merupakan warisan daripada adat istiadat yang telah disempurnakan dalam zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin ibni Sultan Sulaiman (1625 hingga 1651 Masihi), Sultan Negeri Kedah yang bersemayam di Naga, Daerah Kubang Pasu. Peraturan ini telah menetapkan Gerak Kerja Adat Istiadat Pertabalan Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Perkara 23, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memperuntukkan bahawa "Raja hendaklah ditabalkan mengikut adat istiadat Negeri Kedah Darul Aman". 

Adat Istiadat Pertabalan adalah merangkumi
  1. Penetapan Hari Pertabalan dan Perlantikan Jawatankuasa
  2. Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Ke Balai Pertabalan
  3. Menerima Tabik Kehormatan dan Pemeriksaan Barisan Kehormatan 
  4. Istiadat Pertabalan.
Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Isahak Murat, acara bermula dengan Istiadat Meletak Kerja di Balai Besar pada 20 September, Istiadat Ziarah Makam di Makam Diraja Langgar (5 Oktober), Istiadat Siram Tabal di Istana Anak Bukit (14 Oktober), Istiadat Perbarisan dan Perarakan di Dataran Balai Besar (20 Oktober) dan disusuli Istiadat Pertabalan di Istana Anak Bukit pada 22 Oktober. “Pelbagai acara sempena pertabalan Sultan Kedah diadakan termasuk istiadat perarakan dan perbarisan yang bermula di hadapan Dataran Wisma Darul Aman sehingga ke Dataran Medan Bandar,” katanya di sini hari ini. Katanya, acara perarakan itu menyaksikan komponen terdiri daripada Bahtera Diraja, Perarakan Bergajah, Pasukan Unit Berkuda dan pasukan keselamatan

Penetapan Hari Pertabalan dan Perlantikan Jawatankuasa - 22 OKTOBER 2018

Menteri Besar setelah berunding dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah menetapkan Hari Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Kemudian Menteri Besar hendaklah mempersembah maklum keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk diperkenankan cadangan itu.

Apabila cadangan tersebut telah diperkenankan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan akan memaklumkan melalui surat kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman akan ditabalkan.

Dalam masa yang sama, Menteri Besar hendaklah memaklumkan melalui surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia mengenai cadangan hendak menabalkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Di samping itu, Menteri Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Kerja Pertabalan yang beliau sendiri menjadi pengerusinya. Jawatankuasa Kerja ini berkuasa melantik beberapa Jawatankuasa Kecil dan menetapkan rojokan penentuan untuk setiap Jawatankuasa.

Majlis Mengadap Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah kehadapan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob bertempat di Istana Melaka, Bukit Beruang bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Ke-29.

Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah kehadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertempat di Istana Alam Shah, Klang, Selangor bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Ke-29. Turut berangkat adalah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor dan Tengku Sulaiman Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Majlis Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah,Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin kehadapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Ke-29

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima Majlis Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Sultan Negeri Kedah Ke-29

Majlis Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Ke-29

Majlis Mengadap Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Kedah kehadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di Istana Perak Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Ke-29

Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah ke Majlis Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, bagi tujuan mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29

Majlis Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah kehadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis di Istana Arau, Bandar DiRaja Arau, Perlis bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Ke-29
Sumber: Facebook Kedah Royal Family

Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Negeri Kedah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertempat di Istana Nurul Iman, Brunei bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Ke-29

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas menerima Majlis Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Sultan Negeri Kedah Ke-29

Majlis Mengadap Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Ke-29

Ulasan

Catatan Popular