Sambutan 60 tahun pemerintahan Raja Thailand (2006)

Selain dari Ratu Elizabeth II yang pernah menyambut perayaan jubli Intan pemerintahan, Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej turut berkesempatan menyambut perayaan ulang tahun pemerintahan baginda. Tempoh perayaan selama 6 hari ini telah disusun dengan baik oleh kerajaan Thailand dan sambutan perayaan pemerintahan baginda diiktiraf sebagai sambuatan paling ramai dihadiri oleh ketua negara beraja di dunia. Baginda yang naik takhta pada tahun 1946 menggantikan kekandanya, telah memerintah Thailand dengan baik dan baginda berjaya menjadi simbol penyatuan rakyatnya yang sering kali menghadapi pergolakan politik. Monarki Diraja sekadar mengimbas kembali sambutan perayaan ini yang merupakan sambutan paling berprestij bagi sebuah negara beraja memandangkan baginda memegang rekod raja paling memerintah di dunia.

Sambutan yang diadakan begitu meriah bermula 8 Jun 2006 dengan upacara keagaaman dan kemuncak sambutan adalah pada 12 dan 13 Jun dimulai dengan Majlis menerima menghadap tetamu-temau khas kerajaan yang diadakan di Ananta Samakhom Throne Hall. hari isnin jam 4 petang. Manakala pada keesokannya 13 Jun diadakan pula Majlis Santapan Diraja di Istana Rasmi Raja Thailand  (The Grand Palace). Daripada 27 buah negara yang mengamalkan sistem monarki 25 daripadanya bersetuju memenuhi jemputan  iaitu 13 raja pemerintah dan 12 daripadanya menghantar wakil peribadi. Pemerintah Nepal tidak menghantar wakil disebabkan berlakunya krisis keluarga diraja sehingga menyebabkan sistem beraja negara itu dihapuskan manakala Raja Arab Saudi ketika itu Almarhum Raja Abdullah tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Majlis bermula pada jam 1.00 petang waktu Thailand dimana semua ahli kabinet diketuai oleh Perdana Menteri Thaksin Shinawatra tiba di Ananta Samakhom Throne Hall bersama isteri masing-masing. Raja Thailand dan Permaisuri Sirikit tiba di sana pada pukul 2.00 petang. Pada jam 2.05 petang, tetamu khas kerajaan mula hadir mengikut kepada tempoh pemerintahan mereka. Sultan Brunei dan Raja Isteri merupakan tetamu paling akhir tiba berikutan Sultan Brunei merupakan tetamu paling senior dalam senarai jemputan kerajaan. Selesai sahaja semua tetamu kerajaan hadir, mereka dibawa ke Central Hall untuk ucapan sembah tahniah daripada pihak kerajaan Thailand kepada Raja Bhumibol. Baginda kemudiannya menyampaikan titah diraja dan baginda meninggalkan majlis diiringi bersama Sultan Brunei dan Raja Isteri.

Keberangkatan tiba Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit di Ananta Samakhom Throne Hall disambut oleh Perdana Menteri Thailand ketika itu, Thaksin Shinawatra dan isterinya Potjaman Na Pombejra

Keberangkatan tiba Sultan Brunei
 
Keberangkatan tiba Raja dan Permaisuri Sweden, Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia

Keberangkatan tiba Maharaja dan Maharani Jepun, Maharaja Akihito dan Mahari Michiko

Keberangkatan tiba Pemerintah Monaco, Putera Albert II
Keberangkatan tiba SPB Yang di-Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Keberangkatan tiba Pemerintah Luxembourg, Grand Duke Henri

Keberangkatan tiba Raja Jordan, Raja Abdullah II

Keberangkatan tiba RajaSwaziland, Raja Mswati III bersama salah seorang daripada 15 orang isterinya, Puteri Inkhosikati LaDube

Keberangkatan tiba Raja Lesotho, Raja Letsei III

Keberangkatan tiba Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani dan Sheikha Mozah bint Nasser Al Missned (Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani telah turun takhta pada pertengahan tahun 2013 dan menyerahkan takhta Qatar kepada anakandanya Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani)

Keberangkatan tiba Duke Of York, Putera Andrew mewakili bondanya Ratu Elizabeth II

Keberangkatan tiba Putera Mahkota Abu Dhabi merangkap Timbalan Komanden Angkatan Bersenjata UAE, Putera Mohammed bin Zayed bin Sultan Al Nahyan. Baginda hadir mewakili Presiden dan Emir UAE, Putera Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan

Keberangkatan tiba Duke of Brabant, Putera Philip mewakili ayahanda baginda Raja Albert II
Keberangkatan tiba Putera Mahkota Haakon mewakili ayahanda baginda Raja Harald V

Keberangkatan tiba Putera Mahkota Bhutan, Putera Mahkota Jigme Khesar Namgyel Wangchuck mewakili ayahanda baginda Raja Jigme Singye Wangchuck (kini Putera Mahkota Jigme Khesar Namgyel Wangchuckmerupakan Raja pemerintah Bhutan)

Keberangkatan tiba Putera Mahkota Tonga Putera Mahkota George Tupou mewakili ayahanda baginda Raja Tāufaʻāhau Tupou IV (Putera Mahkota George Tupou mangkat pada tahun 2012 memerintah Tonga selama 6 tahun dan takhta Tonga telah diberikan kepada adinda baginda disebabkan ketiadaan waris)
Keberangkatan tiba Pewaris takhta Liechtenstein, Putera Alois mewakili ayahanda baginda Putera Hans Adam II
Keberangkatan tiba Puteri Lalla Salma mewakili suami baginda Raja Maghribi, Raja Mohammed VI

Keberangkatan tiba Putera Henrik mewakili isteri baginda Ratu Denmark, Ratu Margrethe II

Menerima Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan Raja Isteri Brunei Darussalam

Menerima menghadap Raja Dan Permaisuri Sweden

Menerima menghadap Maharaja dan Maharani Jepun, Maharaja Akihito dan Mahari Michiko

Yang di-Pertuan Agong ke-12 dan Raja Permaisuri Agong

Menerima menghadap bekas Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani  dan Isteri kedua baginda Sheikha Mozah bint Nasser Al Missned

 Menerima menghadap Raja Abdullah II dari Jordan. Kelihatan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Tengku Fauziah sedang berbual mesra bersama dengan Putera Mahkota Haakon, Puteri Mahkota Mette-Marit dan Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn

Menerima menghadap Grand Duke Henri dari Luxembourg

Menerima menghadap Emir Kuwait Sheikh Sabah IV Ahmad Al-Jaber Al-Sabah

Menerima menghadap Perdana Menteri Bahrain Putera Sheikh Khalifa bin Salman Al Khalifa mewakili Bapa Saudaranya, Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa

Menerima mengadap Putera Mahkota Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck
Menerima Mengadap Permaisuri Sofia dari Sepanyol yang mewakili suaminya Raja Juan Carlos

 Menerima Menghadap Duke dan Duchess of Brabant, Putera Phillip dan Puteri Mathilde yang mewakili Raja Albert II dan Permaisuri Paola (Kini mereka berdua merupakan Raja dan Permaisuri Belgium)

Menerima Menghadap Putera Willem Alexander dan isterinya Puteri Maxima dari Belanda mewakili Bonda Putera Willem Alexander, Ratu Beatrix (Kini Putera Willem bergelar Raja Willem Allexander dan Permaisuri Maxima dari Belanda)

Menerima menghadap Putera dan Puteri Mahkota Norway, Putera Mahkota Haakon Magnus dan Puteri Mahkota Mette-Marit

Menerima menghadap Puteri Lalla Salma dari Maghribi

Menerima menghadap wakil peribadi Ratu Elizabeth II, Putera Andrew

Mnerima Menghadap Putera Henrik

GAMBAR SEKITAR MAJLIS







Putera Andrew bebual bersama Puteri Ubol Ratana dan 2 orang anakanda baginda Khun Ploypailin Jensen, Khun Sirikitiya Jensen. Kedua-dua anakanda Puteri Ubol Ratana tidak mewarisi gelaran Puteri berikutan perkahwinan baginda dengan orang kebanyakan.

Kerabat Diraja Thailand
Berdiri dari Kiri: Khun Ploypailin Jensen, Khun Sirikitiya Jensen, Puteri Siribhachudabhorn, Puteri Sirivannavari Nariratana, Puteri Bajrakitiyabha, Puteri Soamsawali, Puteri Sirasmi, Puteri Ubol Ratana, Puteri Chulabhorn Walailak, Puteri Maha Chakri Sirindhorn dan Putera  Maha Vajiralongkorn

Maharani Michiko, Raja Letsei III, Permaisuri Masenate Mohato Seeiso, Raja Abdullah II, Raja Norodom Sihamoni, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Puteri Lalla Salma

Berbual mesra dengan Sultan Brunei dan Raja Isteri. Di Asia, Sultan Brunei merupakan Monarki paling lama memerintah (48 tahun) selepas Raja Thailand.

Bekas Permaisuri Sepanyol, Permaisuri Sofia bersama dengan Putera Mahkota Bhutan





 Hiasan dalaman di Centre Hall, Ananta Samakhom Throne Hall

Kedudukan tetamu untuk sesi bergambar. Unik apabila "tag" kedudukan tetamu khas kerajaan adalah berdasarkan kepada bantal kecil yang diletakkan di atas tempat duduk masing-masing. Pada bahagian hadapan bantal terdapat sulaman jata peribadi Raja/Ratu pemerintah










Sesi bergambar kenangan di Center Hall, Ananta Samakhom Throne Hall

Duduk dari kiri: HSH Hereditary Prince Alois of Liechtenstein, HM Queen Sofia of Spain, HSH Prince Albert II of Monaco, HM Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, the Raja Permaisuri Agong of Malaysia, HM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail the Yang di-Pertuan Agong XII of Malaysia, HRH Grand Duke Henri of Luxembourg, HH Sheikha Mozah Bint Nasser Al-Missned of Qatar, HH Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani of Qatar, HM King Mswati III of Swaziland, HRH Princess Inkhosikati LaDube of Swaziland, HM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha of Brunei Darussalam, HM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muûizzaddin Waddaulah of Brunei Darussalam, HM King Bhumibol Adulyadej of Thailand, HM Queen Sirikit of Thailand, HM King Carl XVI Gustaf of Sweden, HM Queen Silvia of Sweden, HM Emperor Akihito of Japan, HM Empress Michiko of Japan, HM King Letsie III of Lesotho, HM Queen Masenate Mohato Seeiso of Lesotho, HM King Abdullah II bin Al-Hussein of Jordan, HM Preah Bat Samdech Preah Baromneath Norodom Sihamoni of Cambodia, HH Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah of Kuwait, HRH Princess Lalla Salma of Morocco, HRH Prince Henrik of Denmark, HH Shaikh Khalifa bin Salman Al Khalifa of Bahrain

Berdiri dari kiri:  Khun Ploypailin Jensen (cucunda pertama Raja Thailand), HRH Princess Siribhachudabhorn (Cucunda Raja Thailand), HRH Princess Bajrakitiyabha (Cucunda Raja Thailand, Anakanda Sulung Putera Mahkota Thailand), HRH Princess Soamsawali (Bekas Menantu Raja Thailand dan Bekas Isteri Putera Mahkota). HH Sayyid Shihab bin Tariq Taimour Al-Said of Oman, HH Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan Crown Prince of Abu Dhabi, the United Arab Emirates, HRH Crown Princess Mette-Marit of Norway, HRH Crown Prince Haakon of Norway, HRH Princess Chulabhorn (Anakanda Raja Thailand), HRH Crown Prince Jigme Khesar Namgyel Wangchuck of Bhutan, HRH Crown Prince Maha Vajiralongkorn of Thailand, HRH Princess Maha Chakri Sirindhorn (Anakanda Raja Thailand), HRH Crown Prince Tupoutoûa of Tonga, HRH Crown Prince Willem-Alexander of the Netherlands, HRH Princess Maxima of the Netherlands, Princess Ubol Ratana (Anakanda Raja Thailand), HRH Crown Prince Philippe of Belgium, HRH Princess Mathilde of Belgium, HRH Prince Andrew, the Duke of York, the United Kingdom, HRH Princess Srirasmi (isteri Putera Mahkota Thailand), HRH Princess Sirivannavari Nariratana (Anakanda Putera Mahkota Thailand), Khun Sirikitiya Jensen (Cucunda Raja Thailand)

*Gelaran yang ditulis adalah berdasarkan gelaran semasa yang diperoleh dan dipegang sewaktu Majlis ini berlangsung tanpa mengambil kira gelaran terkini sama ada yang telah naik takhta, turun takhta, mangkat atau bercerai

Ulasan

Catatan Popular