Sambutan 60 tahun pemerintahan Raja Thailand (2006) - Bahagian 2


Istana Rasmi Raja Thailand (The Grand Palace) tempat diadakan Majlis Santapan Diraja sempena meraikan perayaan 60 tahun pemerintahan Raja Bhumibol Adulyadej (Diamond Jublee) pada hari Selasa, 12 Jun 2006.

Suasana di luar Istana ketika Majlis Santapan Diraja berlangsung

 Pintu masuk istana tempat Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Puteri Maha Chakri Sirindhorn mengalukan keberangkatan tiba para tetamu negara



Majlis Santapan Diraja ini bermula kira-kira jam 7 petang waktu Thailand dimana Raja Bhumibol Adulyadej berserta kerabat diraja yang lain berada di Borommaratchasathit Maholan Throne Hall, Grand Palace untuk menerima ketibaan tetamu kerajaan. Anakanda Sulung Raja Thailand, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Anakanda kedua baginda, Puteri Maha Chakri Sirindhorn berada di pintu masuk utama untuk menyambut ketibaan kerabat diraja yang hadir. Tetamu paling awal hadir adalah Penasihat khas kepada Sultan Oman, Sultan Qaboos iaitu Putera Sayyid Shihab bin Tariq Taimour Al-Said manakala tetamu akhir yang tiba adalah Sultan dan Raja Isteri Brunei.





Suasana Dewan Santapan The Grand Palace dihiasi dengan bunga-bungaan segar dengan lampu Chandeliar mewah menaikkan seri Dewan Santapan ini. Di atas meja santapan diletakkan patung-patung dan bahtera diraja kecil yang melambangkan adat kebudyaan masyarakat siam.



 Raja dan Permaisuri Sweden, Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Sofia 

Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Puteri Maha Chakri Sirindhorn mengalukan keberangkatan tiba Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid mengadap Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit

Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Puteri Maha Chakri Sirindhorn mengalukan keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

Baginda Sultan menghadap Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit

 Maharaja dan Maharani Jepun, Maharaja Akihito dan Maharani Michiko

Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II bin Al-Hussein

Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni


Raja dan Permaisuri Lesotho, negara benua Afrika Raja Letsie III dan Permaisuri Masenate Mohato Seeiso

Raja Swaziland, Raja Mswati III dan Puteri Inkhosikati LaDube

Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah


 Emir Qatar Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani dan Sheikha Mozah Bint Nasser Al-Missned

Pemerintah negara yang kaya dengan Hotel dan Kasino mewah, Putera Albert II

Pemerintah Luxembourg, Grand Duke Henri

Pewaris pertama takhta negara kecil Liechtenstein, Putera Alois

Putera dan Puteri Mahkota Norvay, Putera Mahkota Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Merit
 Duke dan Duchess of Brabant, Putera Philip dan Puteri Mathilde (kini Raja dan Permaisuri Belgium)

Putera Willem Alexander dan Puteri Maxima (Kini Raja dan Permaisuri Belanda)

Putera Andrew, Duke of York
Puteri Lalla Salma, Isteri kepada Raja Maghribi, Raja Mahammed VI

Sheikha Mozah, Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani, Raja Letsie III, Raja Mswati III dan Putera Andrew

Tetamu bergerak meninggalkan Chakri Throne Hall menuju ke Boromma Ratcha Sathit Maholan Throne Hall (Dewan Santapan). Kelihatan Raja dan Permaisuri Thailand mnggunakan tangga bergerak (escalator) mankala Permaisuri Sofia dan Puteri Inkhosikati LaDube lebih memilih menggunakan tangga biasa

Kerabat Diraja Thailand bergerak menuju ke Boromma Ratcha Sathit Maholan Throne Hall

Susunan tetamu di Meja Santapan Utama. Kelihatan Tuanku Syed Sirajuddin duduk bersebelahan dengan Sheikha Mozah dan Permaisuri Lesotho, Permaisuri Masenate Mohato Seeiso manakala Tuanku Fauziah duduk bersebelahan Grand Duke Henri dan Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah

Pandangan Dewan Santapan dari sebelah kanan meja utama
Pandangan Dewan Santapan dari sebelah kiri meja utama
 Titah Ucapan Diraja daripada Raja Bhumibol Adulyadej

Titah Ucapan Tahniah daripada wakil tetamu, Sultan Brunei. Baginda merupakan tetmu paling senior mengikut tahun pemerintahan selepas Raja Thailand

Syiling kenang-kenangan (Royal Commemorative Coins) yang diperbuat dari emas diberikan kepada tetmu kerajaan yang hadir sebagai hadiah cendera kenangan dari Raja Bhumibol. Tertera bendera Thailand dan juga Bendera tetamu dan ukiran nama raja pemerintah

Keberangkatan balik Putera Mahkota Willem Alexander dan Puteri Maxima

Keberangkatan balik Putera Philip dan Puteri Mathilde

Keberangkatan balik Putera Mahkota Bhutan, Putera Mahkota Jigme Khesar Namgyel Wangchuck

Keberangkatan balik Sayyid Shihab bin Tariq Taimour Al Said
Keberangkatan balik Permaisuri Sofia

Keberangkatan balik Putera Mahkota Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Merit

Keupayaan Kerajann Thailand memberikan layanan kelas pertama kepada kesemua 25 tetamu diraja luar negara diberi pujian oleh mereka yang hadir. Dari sambutan rasmi  di lapangan terbang sehinggalah ke hotel penginapan dan juga penyediaan kereta mewah Mercedes Benz S-class. Kereta mewah ini adalah sumbangan dari syarikat pengeluar Mercedes Benz Thailand sebagai salah satu cara meraikan Raja Bhumibol Adulyadej. Selepas majlis ini, kesemua kereta yang digunakan oleh, Raja, Permaisuri, Putera dan Puteri Mahkota telah dilelong kepada pembeli yang berminat.

*Gelaran yang ditulis adalah berdasarkan gelaran semasa yang diperoleh dan dipegang sewaktu Majlis ini berlangsung tanpa mengambil kira gelaran terkini sama ada yang telah naik takhta, turun takhta, mangkat atau bercerai


Ulasan

Catatan Popular