MENDIANG PUTERA HENRIK DIPINDAHKAN KE ISTANA AMELIENBORG

15 Februari 2018, Ratu Margrethe II mengetuai ahli kerabat diraja Denmark menyempurnakan upacara pengebumian suaminya, mendiang Putera Henrik. Buat masa ini, keranda Putera Henrik di bawa keluar dari Istana Fredensborg ke Istana Amalienborg. Baginda Ratu bersama Putera Mahkota Denmar, Puteri Mahkota Mary dan Putera Christian, Puteri dan pasangan kembar Puteri Josephine dan Putera Vincent kemudian berkumpul di laman istana untuk bertemu dengan sebahagian rakyat jelata yang hadir. Turut menyertai Ratu Margrthe II adalah anakanda keduanya Putera Joachim, isterinya, Puteri Marie dan cucundanya Putera Nikolai, Putera Felix, Putera Henrik dan Puteri Athena.

Keranda Putera Henrik dibawa keluar oleh petugas istana sambil diperhatikan oleh Ratu Margrethe II. 

Keranda dilitupi dengan bendera negara berserta jata rasmi Putera Henrik

Upacara Pengebumian tertutup akan dilakukan pada hari Selasa nanti (20 Februari) dan hanya akan dihadiri kaum kerabat terdekat sahaja. Rakyat jelata dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Putera Henrik bermula Sabtu (17 Februari) sehingga Isnin (19 Februari) di Gereja Istana Amelienborg. Kali terakhir Istiadat Pengebumian Diraja dilakukan 18 tahun  yang lalu untuk bonda Ratu Margrethe iaitu Permaisuri Ingrid pda November 2000.

Kenderaan yang membawa Mendiang Putera Henrik bergerak keluar dari Istana Fredensborg ke istana rasmi negara, Istana Amalienborg. Turut kelihatan di belakang adalah kenderaan yang membawa ahli keluarga diraja.
 

 

Rakyat meletakkan kalungan bunga di hadapan Istana Amelienborg

 Ratu Margrethe II bertemu dengan rakyat yang datang ke istana untuk menyampaikan rasa takziah atas kemangkatan suaminya

Separuh tiang.....bendera peribadi baginda Ratu Denmark dikibarkan separuh tiang di istana rasmi kerajaan, Istana Amelienborg.





Ulasan