MAHARAJA AKIHITO DAN ALMARHUM TUANKU ABDUL HALIM ANTARA HUBUNGAN NEGARA DAN PERIBADI

Persahabatan Tuanku Abdul Halim dengan Maharaja Akihito dan Maharani Michiko terjalin sejak 1970 lagi. Lawatan Maharaja Akihito ke Malaysia pada waktu itu sebagai Putera Mahkota Jepun sementara Tuanku Abdul Halim memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Mereka juga bertemu dalam dua siri lawatan Maharaja Akihito dan Maharani Michiko ke Malaysia pada tahun 1991 dan 2006. Baginda berdua bertemu lagi sewaktu sama-sama menghadiri sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth di London pada 2012. Kemudian sebaik menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua pada 13 Dis, 2011, baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diundang berkunjung ke Jepun pada Oktober 2012. Di sana, baginda dan Raja Permaisuri Agong diberikan sambutan penuh istiadat dan diraikan dengan majlis santapan diraja di Kamar Bambu (Take-no-Ma) di Istana Maharaja Jepun itu. Ada juga persamaan dalam ciri-ciri unik antara kedua-dua Ketua Negara Malaysia dan Ketua Negara Jepun itu apabila pada tahun 2015 Tuanku Abdul Halim dan Maharaja Akihito, sama-sama disenaraikan oleh akhbar ‘The Guardian’ sebagai antara 10 pemerintah monarki yang terpanjang tempoh pemerintahannya di dunia. 
 
 "Pertemuan kali pertama Beta dengan Tuanku ialah 42 tahun yang lepas ketika Beta membuat
lawatan ke Malaysia sebagai Putera Mahkota bersama dengan Puteri Mahkota, mewakili
Maharaja Hirohito. Lawatan tersebut adalah susulan dari lawatan yang telah dibuat oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra dan Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong dari Perlis sebagai Tetamu Negara pada tahun 1964. Pada waktu itu
Yang di-Pertuan Agong sedang gering, Tuanku, ketika itu merupakan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong, menerima kehadiran Beta Berdua di Kuala Lumpur. Lawatan itu termasuk ke Pulau
Pinang, Perlis, Selangor, Johor telah membantu Beta Berdua untuk lebih memahami Malaysia,
dan tidak dapat dilupakan kebaikan hati rakyatnya di mana jua Beta berdua lawati."
- Titah ucapan Maharaja Akihito sewaktu Majlis santapan diraja sempena lawatan Almarhum Tuanku Abdul Halim ke Jepun pada Oktober 2012

Sahabat baik: Almarhum Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Maharaja Akihito

LAWATAN KALI PERTAMA 1970

Keberangkatan tiba Putera Akihito dan Puteri Mahkota Michiko

19 Februari 1970: Sambutan Kenegaraan di Lapangan Terbang Subang sebaik keberangkatan tiba pasangan ini sempena lawatan rasmi ke Malaysia. Keberangkatan tiba Putera dan Puteri Mahkota Jepun disambut oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Sumber: Getty Images  
 
Jamuan Negara meraikan Putera Mahkota Jepun Akihito dan Puteri Mahkota Jepun Michiko oleh Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Almarhum Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Puteri Mahkota Michiko berkenan melihat hadiah kenangan sambil diperhatikan oleh Sultanah Kedah Almarhumah Sultanah Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 20.2.1970

Almarhum Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menunjukkan hadiah kepada Putera Mahkota Jepun Akihito di Istana Negara, Kuala Lumpur. 20.2.1970
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Puteri Mahkota Michiko bersama Almarhumah Sultanah Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Lawatan negara sewaktu bergelar Puteri Mahkota, baginda dilihat memakai kalung dan bintang kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara dan Almarhum Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah memakai selempang dan bintang Darjah Grand Cordon of the Order of the Rising Sun

Almarhum Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berbual dengan Putera Mahkota Jepun Akihito di Istana Negara, Kuala Lumpur. 20.2.1970

Kelihatan dari kiri Puteri Mahkota Michiko, Raja Permaisuri Timbalan Yang Di-Pertuan Agong ke-V, Puan Sharifah Rodziah sedang berbual di Istana Negara, Kuala Lumpur. 20.2.1970


Pasangan diraja ini sempat mengadakan lawatan singkat ke Selangor dan di sambut oleh Sultan Selangor Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dan Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat

Puteri Mahkota Michiko bersama Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat semasa lawatan pasangan ini ke Selangor

 
Klik: Sultan Kedah Mangkat Telah Buat Maharaja Jepun MENANGIS. Puncanya Buat Ramai SAYU

DIGARHAYU TUANKU

Ulasan