SENARAI PEWARISAN BARU TAKHTA KERAJAAN BRITAIN

Hari ini 24 April 2018, Catherine, Duchess of Cambridge selamat melahirkan anakanda ketiga yang juga cicit kepada Ratu Elizabeth II. Berikutan kelahiran putera ini, senarai perwarisan takhta Britain berubah mengikut Undang-undang Pewarisan Takhta yang diubah pada tahun 2013. Kali terakhir senarai perwarisan takhta ini berubah adalah pada tahun 2015 iaitu semasa kelahiran Her Royal Highness Princess Charlotte Elizabeth Diana of Cambridge (waris takhta 2015). Berikut merupakan senarai terkini pewaris takhta:

1. Putera Charles (Anakanda sulung Ratu Elizabeth II)
2. Putera William (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Putera Charles)
3. Putera George (Cicit Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Putera William, Cucu Putera Charles)
4. Puteri Charlotte (Cicit Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Putera William, Cucu Putera Charles)
5. Putera baru kepada Putera William dan Catherine, Duchess of Cambridge
6. Putera Harry (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Putera Charles)
7. Putera Andrew (Anakanda ketiga Ratu Elizabeth II)
8. Puteri Beatrice (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Putera Andrew)
9. Puteri  Eugenie (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Putera Andrew)
10. Putera Edward (Anakanda keempat Ratu Elizabeth II)
11. James Viscount Severn (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Putera Edward)
12.  Lady Louise (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Putera Edward)
13. Puteri Anne (Anakanda kedua Ratu Elizabeth II)
14. Peter Philips (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Puteri Anne)
15. Savannah Philips (Cicit Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Peter Philips, Cucu Puteri Anne)
16. Isla Philips (Cicit Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Peter philips, Cucu Puteri Anne)
17. Zara Philips (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Puteri Anne)
18. Mia Grace Tindall (Cicit Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Zara Philips, Cucu Puteri Anne)

Ulasan