Selasa, 13 Disember 2016

KHAS YANG DIPERTUAN AGONG KE-15: NENDA SULTAN MUHAMMAD V

 Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
D.K.M., D.K., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.S.K., D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), D.K. (Kedah), D.K. (Brunei), D.K. (Pahang), D.K. (Perlis), D.P. (Sarawak), D.K (Brunei), The Most Distinguished Order of Saint Michael and Saint George GCMG,Companion of the Order of St Michael and St George CMG, Queen Elizabeth II Coronation Medal
21 September 1975 - 29 Mac 1979

Sempena pemasyuran Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15 hari ini, jendela Monarki Diraja sekadar menyingkap kembali seorang lagi Sultan Kelantan yang pernah diangkat menjadi Yang Di-Pertuan Agong iaitu nenda Sultan Muhammad V, Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Semasa Almarhum Sultan Yahya Petra  diangkat menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-6, terdapat dua orang calon Sultan yang lebih kanan untuk jawatan tersebut. Dua sultan itu adalah Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mutasim Billah Shah dan Sultan Johor, Almarhum Sultan Sir Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Sir Ibrahim. Kedua-duanya menolak atas faktor kesihatan. Sultan Yahya Petra juga menolak namun akhirnya menerima semula jawatan Yang Di-Pertuan Agong. (https://en.wikipedia.org/wiki/Yahya_Petra_of_Kelantan#Death_and_Funeral). Walaubagaimanapun Sultan Yahya Petra tidak sempat menghabiskan 5 tahun pemerintahan baginda. Baginda mangkat dalam beradu semasa bersemayam di Istana Negara. Jenazah baginda di letakkan di Parlimen untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

 Duta Perancis dan isterinya mengadap DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong di Istana Negara. 08.12.1975

Keberangkatan tiba DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra semasa Istiadat Pertabalan Tuanku di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. 28.2.1976


DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan mengucup keris semasa Istiadat Pertabalan Tuanku di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. 28.2.1976


SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan berarak semasa Upacara Perarakan Panji-panji sempena Hari Keputeraan baginda di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. 02.06.1976

Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim duduk untuk berbuka puasa semasa Majlis Berbuka Puasa bagi Peserta-peserta Tilawah Al-Quran di Istana Negara, Kuala Lumpur. 15.9.1976


SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan memberi tabik hormat ketika Kunjungan baginda ke Pulau Pinang dan disambut oleh disambut oleh Gabenor Pulau Pinang, Tun Haji Sardon

TYT Gabenor Pulau pinang bersalaman sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. 11.06.1977

Keberangkatan tiba SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir pada Majlis Jamuan Teh meraikan kanak-kanak sempena Hari Keputeraan Baginda di Perkarangan Istana Negara, Kuala Lumpur.2.6.1977

Kelihatan SPB Yang Di Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn menunaikan sembahyang sunat sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri dimulakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 15.09.1977

SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan bersalaman dengan Duta Asing yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Keputeraan baginda di dalam taman, Kuala Lumpur.

SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Cokmar Universiti Teknologi Malaysia kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Istana Negara, Kuala Lumpur. 28.11.1977

DYMM Raja Perlis, Sultan Syed Putra Jamalullail, SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Raja Permaisuri Agong, Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra dan Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail berkenan duduk di meja santapan di Istana Negara, Kuala Lumpur. 13.2.1978. Majlis penerimaan Darjah Kebesaran Negeri Perlis, Darjah Kerabat Baginda Syed Putera daripada DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong VI di Istana Negara, Kuala Lumpur.


SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Watikah Tauliah kepada anggota-anggota Angkatan Tentera yang telah tamat latihan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.21.12.1978

Duta Besar Pakistan ke Malaysia, Mejar Jeneral Mohammad Rahim Khan bersalaman dengan SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur. 08.01.1979

Keranda Diraja dibaluti untuk Istiadat Kemangkatan Almarhum SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Istana Negara, Kuala Lumpur.30.3.1979

Suasana pada Istiadat Kemangkatan SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.30.3.1979


Kerabat diraja memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.30.3.1979
 Para tetamu kehormat mengucapkan takziah kepada Tengku Zainab binti Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.30.3.1979

Jenazah DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dibawa ke Istana Negara, setelah selesai upacara solat jenazah di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 30.03.1979


Suasana pada Istiadat Kemangkatan SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.30.3.1979

 Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra semasa upacara pemakaman jenazah SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim di Kota Bahru, Kelantan. 1.4.1979

Upacara pemakaman jenazah SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim di Makam Diraja Langgar,Kota Bahru, Kelantan. 1.4.1979

SUMBER: Jabatan Penerangan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan