Sabtu, 3 Disember 2016

MAHARANI FARAH DIBA PAHLAVI


Her Imperial Majesty Empress Farah Diba Pahlavi of Iran

Farah Diba binti Sohrab Diba dilahirkan pada 14 Oktober 1938 di Tehran. Beliau merupakan satu-satunya anakanda kepada pasangan Kapten Sohrab Diba dan Farideh Ghotbi. Farah Diba dilahirkan dalam keluaga kelas pertengahan, datuknya merupakan Duta Besar Iran ke Romanov dan juga Moscow, Rusia. Bapanya, Kapten Sohrab Diba berkhidmat sebagai tentera negara (Imperial Iranian Armed Forces). Ketika berusia 10 tahun bapanya telah meninggal dunia menyebabkan keluarga mereka menghadapi masalah kewangan. Ibunya mengambil keputusan untuk meninggalkan villa mewahnya dan berpindah ke sebuah apartment kecil yang turut dihuni bersama bapa saudara Farah Diba.
Farah Diba ketika sesi pengambaran dalam majalah Life sebagai tunang kepada Maharaja Iran

Beliau bertemu buat kali pertama dengan Maharaja Mohammad Reza Pahlavi dalam satu majlis di Pejabat kedutaan Iran di Perancis sempena lawatan negara Maharaja Iran ke Perancis. Ketika itu, Farah Diba ketika itu merupakan pelajar Iran di Perancis atas sumbangan biasiswa daripada pihak kerajaan. Farah diba mempunyai hubungan yang baik dengan anakanda Maharaja Mohammad Reza Pahlavi iaitu Puteri Shahnaz Pahlavi. Hubungan yang baik dengan kelurga diraja menyebabkan Farah Diba sentiasa bertemu dengan Maharaja Iran dan akhirnya pada tanggal 23 November 1959 pasangan ini mengumumkan berita mengenai perkahwinan mereka.

Farah Diba merupakan isteri ketiga bagi Maharaja Mohammad Reza Pahlavi. Sebelum ini Maharaja Iran pernah berkahwin dengan Puteri Diraja Mesir, Puteri Fawzia. Perkahwinan ini diserikan dengan seorang Puteri iaitu Puteri Shahnaz Pahlavi. Perkahwinan yang bersifat politik ini akhirnya tidak bertahan lama dan berakhir dengan penceraian pada tahun 1948. Perkahwinan kedua Maharaja Mohammad Reza Pahlavi adalah pada tahun 1951 dengan  Soraya Esfandiary-Bakhtiari. Soraya diberikan gelaran Permaisuri namun kegagalan memberikan waris lelaki kepada suaminya menyebabkan beliau diceraikan pada tahun 1958. setelah bercerai Soraya diberikan gelaran Her Imperial Highness Princess Soraya of Iran sehinggalah kemangkatan beliau pada tahun 2000.
memakai Noor-ol-Ain Diamond tiara yang ditempah khas sempena perkahwinannya

Gaun perkahwinan yang ditempah khas dari pereka fesyen terkenal Dior

Majlis Perkahwinan yang diadakan pada Istana olestan pada 21 September 1959

The Royal Wedding of Mohammad Reza Shah Pahlavi and Farah Diba 

Perkahwinan Farah Diba dengan Maharaja Mohammad Reza Pahlavi dilaksanakan secara besar-besaran. Ketika itu, beliau hanya berusia 21 tahun manakala suaminya berusia 40 tahun. Perkahwinan mereka mendapat liputan meluas seluruh dunia kerana pada ketika itu Monarki Iran adalah sangat dikenali seperti mana liputan media ke atas keluarga diraja Britain hari ini. Gaun pengantin Farah Diba direka oleh pereka terkenal Dior,Yves Saint Laurent, dan sebentuk tiara ditempah khas (Noor-ol-Ain Diamond tiara) untuk majlis perkahwinan ini. Maharaja Mohammad Reza Pahlavi sangat berharap agar perkahwinannya kali ini akan memperoleh seorang waris lelaki sebagai pewaris takhta. Akhirnya impian baginda tercapai apabila 31 Oktober 1960 seorang putera dilahirkan dan diberikan gelaran Putera Mahkota Reza Pahlavi. Tiga tahun berikutnya lahir seorang puteri (Puteri Farahnaz Pahlavi), dan seterusnya  Putera Ali Reza Pahlavi (1966) dan Puteri Leila Pahlavi (1970). Pada tahun 1967, Maharaja Mohammad Reza Pahlavi telah membuat satu majlis untuk menabalkan dirinya sebagai pemerintah Iran dengan menggunakan gelaran Maharaja 26 tahun selepas baginda menjadi raja Iran. Baginda menyatakan bahawa ketika baginda mengambil takhta Iran daripada ayahandanya (Mohammad Reza Pahlavi memaksa ayahandanya turun takhta)pada tahun 1941 ketika era perang dunia kedua masa tersebut adalah tidak sesuai untuk mengadakan majlis pertabalannya. Ditambah pula keadaan ekonomi Iran ketika itu yang agak kurang stabil. Serentak dengan majlis pertabalan baginda, Farah Diba diangkat dengan gelaran Maharani Iran atau Shahbanu of Iran. Sebagai seorang Maharani, baginda banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan dan sentiasa mempromosikan budaya dan kesenian Iran kepada masyarakat antarabangsa. Baginda juga meminta kebenaran agar pihak kerajaan mengeluarkan peruntukan khas untuk membeli dan membawa pulang semula artifak milik kerajaan Iran yang berada di luar negara.

 Farah Diba dipakaikan Mahkota Mharani oleh suaminya pada Istiadat Kemahkotaan Maharaja dan Maharani Iran pada 27 Oktober 1967

 
مراسم تاج گذاری محمدرضا شاه و شهبانو فرح پهلوی ۴ آبانِ ۱۳۴۶ 
Istiadat Kemahkotaan Maharaja dan Maharani Iran


Kelahiran Putera Mahkota Iran, putera Mahkota Reza Pahlavi, khas untuk "Cover" majalah Paris Match 31 Disember 1960 

Gambar dirakam pada tahun 1967 Maharaja Mohammad Reza Reza Pahlavi, Maharani Farah Diba, Putera Mahkota Reza Pahlavi, Puteri Farahnaz Pahlavi, Putera Ali Reza Pahlavi, dan Puteri Leila Pahlavi

Dikurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara oleh Tuanku Ismail Nasiruddin Shah sempena lawatan Maharaja dan Maharani Iran Ke Malaysia
 
 

Antara potret rasmi baginda semasa masih lagi bergelar Maharani Iran. Baginda menjadi Maharani Iran selama 12 tahun sebelum suaminya digulingkan pada tahun 1979

Hidup dalam buangan
Era pemerintahan Dinasti Pahavi bermula pada tahun 1925 oleh Ayahanda Mohammad Reza Pahlavi iaitu Reza Shah Pahlavi. Pemerintahan ketika ini berbentuk autokrasi, modenisasi tetapi lebih kepada telunjuk barat. Setelah Mohammad Reza Pahlavi merampas kuasa daripada ayahnya sendiri, corak pemerintahan masih lagi sama dimana kerajaan Iran ketika itu sangat rapat dengan Amerika Syarikat. Rakyat mula menunjukkan pemberontakan di bawah pimpinan pemimpin Syiah  Ayatollah Ruhollah Khomeini.Revolusi Iran atau lebih dikenali Revolusi Islam yang tercetus pada 1978 digerakkan oleh golongan muda di negara itu. Gelombang bantahan golongan muda termasuk pelajar yang semakin memuncak menyebabkan sistem pemerintahan beraja di Iran tumbang. Pada April 1979, kerajaan baru dibentuk dan Iran secara rasmi dikenali Republik Islam Iran dengan pemerintahan utama diletakkan di bawah Ayatollah Sayyid Ruhollah Mūsavi Khomeini sebagai Pemimpin Agung Republik Iran.


Antara poster anti pemerintahan Maharaja Mohammad Reza Pahlavi

Selepas pemerintahan beraja Iran dihapuskan seluruh kerabat diraja dihalau keluar dari Iran. Disebabkan hubungan yang rapat dengan Presiden Mesir ketika itu, Anwar El Sadat, Presiden Mesir telah mempelawa mereka berdua untuk tinggal di Mesir. Walaubagaimanapun bagi mengelakkan hubungan antara Iran dan Mesir menjadi masalah, Presiden Anwar meminta agar pasangan ini meninggalkan Mesir atas sebab diplomatik. Mereka berpindah ke Maghribi atas jemputan Almarhum Raja Hassan II. Kemudian mereka berpindah ke Bahamas dan diberikan visa sementara. Setelah tempoh visa tamat, kerajaan bahamas tidak memperbaharui visa mereka dan sekali lagi berpindah ke Mexico. Maharani Farah Diba menganggap bahawa hidup dalam tempoh sebagai pelarian adalah yang paling sukar dalam kehidupannya.

Selepas digulingkan keadaan kesihatan Mohammad Reza adalah tidak stabil. Mereka mendapatkan rawatan kesihatan di Amerika. Pemimpin Republik Islam Iran mendesak agar Mohammad Reza dihalau keluar dan memberikan kata dua kepada Presiden AS jika tidak mahu hubungan Republik Iran dengan Washington terjejas. Walaupun AS menyatakan bahawa kehadiran bekas Maharaja itu adalah disebabkan faktor kesihatan dan tidak mempunyai sebarang muslihat politik, kerajaan Iran menolak alasan yang diberikan. Sekali lagi mereka berpindah ke Panama. tetapi timbul desas desus bahwa kerajaan Panama akan mengenakan ekstradisi ke atas mereka. Akhirnya Farah Diba menulis surat peribadi kepada Presiden Mesir, Presiden Anwar El Sadat  untuk memohon bantuannya dan meminta kebenaran untuk kembali ke Mesir. Oleh sebab hubungan peribadi yang rapat antara mereka berdua, Presiden Anwar membenarkan mereka pulang ke Mesir pada bulan Mac 1980. Empat bulan selepas itu (27 Julai 1980), Maharaja Mohammad Reza Pahlavi mangkat dan dikebumikan di Masjid Al-Rifa'i Mesir. Presiden Anwar memberikan istiadat pengebumian negara kepada bekas Maharaja Iran ini dan Istiadat pengebumian dihadiri oleh seluruh ahli kerabat diraja Iran,  Presiden AS,Richard Nixon and  dan Raja Greece, Raja Constantine II.

29 Julai 1999 Istiadat Pengebumian Maharaja Reza Pahlavi di Kaherah, Mesir

Kehidupan selepas kematian suami
Selepas kematian suaminya, Farah Diba menetap di Mesir selama 2 tahun atas kebenaran Presiden Anwar di salah sebuah istana kerajaan, Istana Koubbeh sehinggalah Presiden Anwar dibunuh pada tahun 1981. Presiden As, Ronald Reagen mempelawa Farah Diba dan kesemua ahli keluarganya tinggal di AS. Di sana, beliau menyewa sebuah rumah di Williamstown, Massachusetts dan kemudiannya membeli sebuah rumah di Greenwich, Connecticut. Pada tahun 2001, Puteri ketiganya Puteri Leila Pahlavi ditemui mati akbat mengambil dos ubat berlebihan manakala pada pada tahun 2011 anakanda bongsunya Putera Ali-Reza Pahlavi juga ditemui mati dalam rumahnya akibat masalah kemurungan. Kini, Farah Diba menetap di Potomac, Maryland bersama anakanda sulungnya Putera Mahkota Reza dan Puteri Farahnaz manakala anakanda tirinya, Puteri Shahnaz kini menetap di Switzerland. Walaupun kesemua ahli kerabat diraja Iran dihalau dan monarki ditumbangkan, mereka masih lai dibenarkan menggunakan gelaran diraja mengikut kepada protokol antarabangsa. Farah Diba masih lagi dibahasakan sebagai Maharani dan sering kali dijemput menghadiri Majlis Diraja yang melibatkan keluarga diraja Eropah yang lain.


  Antara koleksi pakaian baginda yang diguna pakai semaasa menjadi Maharani Iran. Baginda merupakan ikon fesyen pada awal tahun 70 an dan sering kali menjadi tumpuan media antarabangsa untuk dijadikan kulit hadapan majalah terkenal




Antara Majalah yang sering kali memaparkan pasangan diraja ini sebagai "Hot royals"

 menziarahi makam suaminya di Masjid Al-Rifa'i Mesir pada 27 Julai 2009 sempena memperingati 29 tahun pemergian suaminya.

 Ttetamu diraja; ketika menghadiri Istiadat Perkahwinan Putera Mahkota denmark, Putera Mahkota Frederik dengan Mary Donaldson pada tahun 2004

Baginda bersama anakandanya Putera Mahkota Reza Pahlavi dan Puteri MahkotaYasmine Pahlavi ketika menghadiri Istiadat Perkahwinan Putera Felipe dengan Letizia Ortiz pada tahun 2004
 
Menghadiri majlis perkahwinan Putera Nikolaos dan Tatiana Blatnik pada tahun 2010

Menghadiri Majlis perkahwinan Putera Albert II dengan Charlene Wittstock pada tahun 2011

Menghadiri Majlis Makan Malam sempena perkahwinan Putera Mahkota Leka II dengan Elia Zaharia pada tahun 2016 
 
 His Imperial Majesty Emperor Mohammad Reza Pahlavi
&
Her Imperial Majesty Emperess Farah Diba Pahlavi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan