SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG XV: NAMA, GELARAN DAN GAMBAR RASMI
SULTAN MUHAMMAD V
D.K., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak).,
D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., .D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
Pejabat Istana Negara hari ini mengeluarkan nama, gambar dan gelaran rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang baru. Berdasarkan gambar yang dikeluarkan, Sultan Muhammad V masih lagi mengenakan persalinan rasmi Sultan Kelantan (Putih Diraja). Kebiasaannya, selepas ditabalkan nanti barulah seorang Yang Di-Pertuan Agong itu akan memakai persalinan lengkap selaku ketua negara bagi Malaysia iaitu Muskat.. Gelaran rasmi baginda adalah:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V
D.K., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak).,
D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., .D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
dan (Bahasa Inggeris)
His Majesty The Yang Di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V
Kenyataan Akhbar mengenai penggunaan nama rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Negara dan disahkan oleh Dato' Perwira Raja Dato Nik Mohd Shafriman Bin Nik Hassan, Setiausaha Sulit Kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV bertarikh 15 Disember 2016
dan (Bahasa Inggeris)
His Majesty The Yang Di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V
D.K., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak).,
D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., .D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.Kenyataan Akhbar mengenai penggunaan nama rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Negara dan disahkan oleh Dato' Perwira Raja Dato Nik Mohd Shafriman Bin Nik Hassan, Setiausaha Sulit Kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV bertarikh 15 Disember 2016
Foto: Unit Media Pejabat Sultan Kelantan
Keris Kerajaan Kelantan
Sultan Muhammad V memakai Keris Kerajaan Kelantan yang disisipkan pada bahagian pinggang baginda. Keris ini pertama kali digunakan pada masa pemerintahan Baginda Long Muhammad (Sultan Muhammad I) semasa istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Kelantan. Keris ini ditempa khas dari tukang besi dari Majapahit. Panjang keris ini adalah 24 inci dan bersalutkan warna putih keemasan. Keris ini telah menjadi salah satu daripada alat kebesaran bagi Sultan Kelantan sehingga hari ini. (https://www.facebook.com/notes/kelab-warisan-kelantan/sejarah-keris-kebesaran-kelantan/322233727799298)
Destar Ketam Budu
DESTAR KETAM BUDU Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh Sultan Kelantan dan pembesar di Negeri kelantan, perbezaanya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk dibahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Pada bahagian hadapan destar ini tertera simbol huruf S.N.K akronim bagi Sultan Negeri Kelantan yang diperbuat dari berlian putih. (http://tangisanmelayu.blogspot.my/2014/02/tengkolok-lambang-ke-agungan-islamelayu.html)
Lambang S.N.K yang terdapat pada bahagian hadapan Destar Ketam Budu
Pada potret rasmi, baginda memakai Selempang dan Bintang Darjah Kerabat Yang Amat Di-Hormati (Al-Yunusi) serta Kalung dan Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) serta Bintang Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I)
- D.K = Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia
- D.M.N = Darjah Utama Seri Mahkota Negara (terima 7 Disember 2011)
- D.K (Kelantan) = Darjah Kerabat Yang Amat Di-Hormati (Al-Yunusi) (terima 11 November 1989)
- D.K (Selangor) = Darjah Kerabat (D.K) Selangor Yang Amat Dihormati (terima 5 Januari 2011)
- D.K (Negeri Sembilan) = Darjah Kerabat Negeri Sembilan (terima 7 April 2011)
- D.K (Johor) = Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (terima 14 April 2011)
- D.K (Perak) = Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati
- D.K (Perlis) = Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullai
- D.K (Kedah) = Darjah Kerabat Kedah
- D.K (Terengganu) = Darjah Utama Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia
- S.P.M.K = Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I)
- S.J.M.K = Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I)
- S.P.K.K = Darjah Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi I)
- S.P.S.K = Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi I)
Lagi, sejarah baharu, pertama kali tiada Raja Permaisuri Agong. Daulat Tuanku!
BalasPadamya...pertama kali tiada suri bagi Yang Di-Pertuan Agong..sama2 kita doakan agar Sultan Muhammad V bertemu jodoh.
Padam