MAJLIS ISTIADAT LAFAZ SUMPAH PEMANGKU SULTAN KELANTAN


Pada hari ini 8 Disember 2016, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada istiadat yang berlangsung di Istana Kota Lama di sini, hari ini. Baginda akan memegang jawatan itu sepanjang Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 mulai 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun. Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Pemangku Raja Kelantan kepada adindanya itu, selepas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengisytiharkan pelantikan baginda memegang jawatan tersebut. Tengku Mahkota Kelantan kemudiannya melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan berkenaan. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu Datuk Ahmad Bache dan Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad menjadi saksi pada istiadat itu. Turut hadir pada istiadat berkenaan yang berlangsung kira-kira 6.30 petang ialah Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim, Tengku Temenggong Kelantan Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

 
KDYMM Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan Majlis Istiadat Lafaz Sumpah Pemangku Sultan Kelantan di Istana Kota Lama

YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yaakob membacakan pengisytiharan pelantikan Tengku Mahkota Kelantan sebagai Pemangku Raja Kelantan berkuat kuasa 13 Disember 2016 selama tempoh 5 tahun KDYMM Sultan Kelantan memegang jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-15

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Menjunjung Duli kehadapan KDYMM Sultan Muhammad V yang juga merupakan kekanda sulung baginda

Baginda membacakan surat sumpah jawatan pengisytiharan baginda sebagai Pemangku Raja Kelantan

Baginda berkenan menandatangani surat sumpah jawatan pengisytiharan baginda sebagai Pemangku Raja Kelantan
 
 Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu Datuk Ahmad Bache dan Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamadmerupakan saksi yang dilantik bagi majlis ini

Pada sebelah malam, KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan berkenan berangkat ke majlis solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat sempena pemasyhuran KDYMM Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV di Masjid Muhammadi

Foto: (Unit Media Pejabat Sultan Kelantan)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular