Sabtu, 22 April 2017

CUTI UMUM PERTABALAN AGONG

 YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA XV
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV 
Sultan Muhammad V
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.(Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K. 

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan tarikh 24 April (Isnin) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pengisyiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Katanya, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing. "Kerajaan akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik pada 13 Disember 2016 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan 12 Disember tahun lalu. "Pada pagi Isnin, 24 April, Istiadat Pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan Istana Negara. "Di samping itu, Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat akan diadakan pada Khamis, 20 April di Masjid Putra, dan Pameran Raja Kita akan diadakan pada Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 10:53 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan