ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG MALAYASIA KE 15 - DPMM BERANGKAT KE KUALA LUMPUR

DYTM DPMM semasa berangkat tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang (TUDM), Kuala Lumpur

RIMBA, Ahad, 23 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkenan berangkat ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15, Sultan Muhammad V. Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal. Berangkat dan hadir bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Menteri-menteri Kabinet; Ahli Majlis Mesyuarat Diraja; Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam; dan Setiausaha-Setiausaha Tetap.

Oleh : Aimi Sani / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

KEBERANGKATAN DYTM DPMM di Pangkalan Tentera Udara Subang (TUDM) dijunjung oleh Yang Berbahagia Dato Kamis Samin, Ketua Istiadat/Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri

 DYTM DPMM semasa berkenan melintasi kawalan statik



KUALA LUMPUR, Ahad, 23 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berangkat tiba di Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15, Sultan Muhammad V (Ke-5).

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Pangkalan Tentera Udara Subang (TUDM) dijunjung oleh Ketua Istiadat / Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Dato Kamis Samin dan Ketua Protokol Malaysia, Yang Berbahagia Dato Kamilan Maksom. Turut sama menjunjung keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha.

Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya dijunjung menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, tempat persemayaman di sepanjang keberangkatan.



 DYTM DPMM berkenan berangkat tiba di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur di alu-alukan oleh Mr Robert Dallimore, Pengurus Am Hotel 

Ulasan

Catatan Popular