Khamis, 6 April 2017

SENARAI SUSUNAN KEKANANAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA-RAJA MUDA / TENGKU-TENGKU MAHKOTA / YANG DIPERTUAN MUDA/WARIS-WARIS PENGGANTI RAJA

 TENGKU MAHKOTA PAHANG
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, D.K., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Terengganu), D.K.(Johor), S.P.M.J., P.A.T. -
 dilahirkan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, pahang
Dilantik pada 1 Januari 1975 ketika berusia 16 tahun
kini Berusia 57 tahun
baginda dilantik sebagai pemangku Raja Pahang berkuat kuasa 28 Disember 2016 



 RAJA MUDA PERLIS
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, D.K., S.P.M.P., P.A.T.
dilahirkan pada 30 Dosember 1967 di Hospital Besar Alor Setar
Dilantik pada 1 Ogos 2000 ketika berusia 33 tahun
kini berusia 50 tahun



RAJA MUDA SELANGOR 
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.
dilahirkan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, AS
Dilantik pada 3 Mei 2002 ketika berusia 12 tahun
dimasyurkan pada 7 Oktober 2016 ketika berusia 26 tahun
kini berusia 27 tahun

YANG DI-PERTUAN MUDA TERENGGANU
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, D.K.R., D.K., S.S.M.Z.
Dilahirkan pada 1 Mac 1998 di Kuala Terengganu
 Dilantik pada 12 Januari 2006 ketika berusia 8 tahun
kini berusia 19 tahun


TUNKU MAHKOTA JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
D.K., S.P.M.J, S.S.I.J, P.I.S
dilahirkan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu
 Dilantik pada 23 Januari 2010 ketika berusia 26 tahun
kini berusia 33 tahun


 TENGKU MAHKOTA KELANTAN
Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K.
Dilahirkan pada 20 Januari 1974  di Kota Bharu
Dilantik pada 18 Oktober 2010 ketika berusia 36 tahun
kini berusia 43 tahun


RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN
Duli Yang Teramat Mulia Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa
D.K., D.K.A., S.P.C.M., J.S.M.
Dilahirkan pada 26 September 1941 di Hospital Taiping
Dilantik pada 20 Jun 2014 ketika berusia 73 tahun
 kini berusia 76 tahun

 RAJA MUDA KEDAH DARUL AMAN
Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, S.H.M.S., S.S.D.K., P.S.M., D.S.D.K., P.A.T., B.C.K., K.P.K.
Dilahirkan pada 30 April 1942
Dilantik pada 15 Disember 2016 ketika berusia 74 tahun. Difahamkan baginda merupakan pewaris takhta kerajaan paling tua di dunia dilantik ketika ini
kini berusia 75 tahun



Tiada ulasan:

Catat Ulasan