Isnin, 24 April 2017

KEBAWAH DYMM PADUKA SERI SULTAN BRUNEI BERKENAN BERANGKAT KE KUALA LUMPUR MALAYSIA BAGI MENGHADIRI MAJLIS SANTAP DIRAJA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Majlis Santapan Diraja bagi meraikan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15, Sultan Muhammad V.

DOA Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

BERANGKAT BERSAMA Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.






Sumber: http://www.infofoto.gov.bn/main.php?g2_itemId=602482

Tiada ulasan:

Catat Ulasan